TERACUN DENGAN LIPMATE HARGA TAK SAMPAI RM4 | Jarang sangat umi teracun dengan barang-barang makeup ni sebab umi jenis bukan orang yang suka make up.Cuma bila lipmatte dan seangkatan dengannya tu selalunya jugak teracun.
Disebabkan hari tu adik umi dok swatches lipmatte yang dia beli dari tiktok, umi pun tengoklah kesemua shade yang dia beli tu.Nampak cantik semua shade tu.Tapi tak semua kena dengan kita yang berkulit gelap ni.Nak kena tengok juga kan? kang main beli je tak sesuai pulak dengan si pemakainya.
Untuk Lipmatte PCU Express Control ni, dia ada 6 jenis warna dari no 1-6 la, umi cuma piliha 3 warna sahaja yang umi rasakan sesuai dengan kulit umi.Jadi tiga jenis warna dibawah umi rasakan sesuai la kan.
Shade 2,4 dan 6 |
Tapi ada satu tu saja umi beli merah sikit, tu pun kakak kata dekat umi jangan pakai sebab nampak seksi sangat merah tu.haduiii, anak ni memang tak boleh bagi chance kat mak dia nak melawo la kan
Tapi takpelah, at least beli jugak sebab teringin.Agak-agak tak boleh pakai kat luar, kita pakai jelah dalam rumah.Bila dah tak kerja ni, memang takdelah nak pakai make up segala ni.Sebab tu kalau kat rumah, bila teringin tu, umi pakai je.hahahah.Biar laki tengok,hihihi
Umi suka packaging dia warna pink dan nampak cantik.
Nak pilih warna lipstick ni tak boleh main bedal je,kalau tak kena dengan bibir atau kulit kita, memang nampak pelik.Boleh nampak muka kita jadi tua jugak tau kalau tak kena dengan warnanya.
Siapa setuju?
Untuk kulit asia ni kita ada tiga warna kulit iaitu cool(kulit wajah lebih pucat,putih dan terang),warma(sawo matang) dan neutral(kulit gelap)
TIPS PILIH LIPSTICK IKUT WARNA KULIT
#1 KULIT SAWO MATANG
Untuk mereka yang berkulit sawo matang, warna yang sesuai adalah warna merah, merah muda, coklat atau ungu.Ini adalah kerana warna-warna ini boleh membuatkan kita lebih nampak elegen.
Jadi, kalau korang nak hadiri apa-apa majlis, pakailah warna yang disarankan supaya korang tampil dengan bergaya dan nampak classy di khalayak ramai.
#2 KULIT CERAH
Untuk yang berkulit cerah pulah atau cold undertone, warna yang sesuai ialah warna nude, merah, orange dan emas.Ini adalah kerana warna-warna ini mampu memberi kesan bibir yang berkilat dan juga nampak natural.
Jadi pilihlah warna yang disarankan seperti diatas ni.
#3 KULIT KUNING LANGSAT
Untuk wanita yang memiliki kulit warna kuning langsat, korang perlu memilih lipstick berwarna dark berry, red cherry, orange bata dan merah maroon.Berbeza dengan warna kulit cerah, korang yang mempunyai kulit kuning langsat perlu elakkan warna nude kerana ia boleh mebuatkan korang kelihatan pucat.
Hah, lepas ni dah boleh lipstick yang sesuai untuk kulit kita.Kalau korang teracun jugak, moh ler ke showcase umi di tiktok.Beli je kat situ.Terima kasih kerana support saya.ahhahaha