MENGINAP DI BALI RESIDENCE MELAKA 2D1N | Kali ni umi menginap di Bali Residence Melaka dan kebiasaannya beginilah kami bila balik Melaka.Dan Bali Residence ni memang kawasan yang strategik yang berdekatan dengan Bandar Melaka.
Walaupun umi akan ke Merlimau dan mengambil masa dalam satu jam perjalanan, tapi oklah kan, takdelah jauh sangat.
Bali Residence ni bukanlah hotel, ia cuma Service apartment .Jadi takdelah breakfast dan sebagainya.Tapi kalau korang nak stay hotel yang berdekatan bandar, mungkin korang boleh baca entry umi menginap di Swan Garden Hotel Melaka tiga tahun lepas.
Jenis Studio yang menempatkan 2 queen bed sesuai untuk kami 5 orang tidur |
Banyak lagi hotel yang umi dah try di Melaka ni, nanti umi akan up semula story penginapan budget di hotel Melaka bagi memudahkan korang nanti.So, ni yang latest penginapan umi di Melaka.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kitorang tak menginap sahaja di rumah kakak atau yang berdekatan dengan kampung kami.
Kalau Merlimau tu jarang ada apartment yang macam ni, yang ada pun cuma homestay rumah kampung or rumah teres.Harga pun lebih kurang dari penginapan yang kami pergi tu.Yang bestnya bila menginap di apartment macam ni, adalah kolam renang.Anak-anak pulak memang suka kalau dapat berenang.Jadi adalah kan aktiviti diorang bila di apartment tu nanti
Nampak tak ada apa disitu, ruang bath tub tetapi disebabkan ianya tak ditutup, jadi tak bolehla umi nak bermandi-manda disitu.Umi pun seriau jugak kalau suruh anak-anak mandi kat situ, sebab takut berlecak pulak kang sampai keluar.Jadi mungkin owner kena fikir kan cara macam mana nak ubah suai bath tub tu dari jadi perhiasan, menjadi tempat untuk release tension di dalamnya.