JOM UBAH CARA BERDOA DENGAN BETUL AGAR DITERIMA OLEH ALLAH SWT

JOM UBAH CARA BERDOA DENGAN BETUL AGAR DITERIMA OLEH ALLAH SWT

sitirohaida
0

 JOM UBAH CARA BERDOA DENGAN BETUL AGAR DITERIMA OLEH ALLAH SWT | Pernah tak kita terfikir adakah betul cara kita berdoa tu untuk sampai kepada Allah swt? Selalu juga kita meminta-minta agar doa kita tu Allah perkenankan.Tapi berdoa pun kita kena tahu caranya yang betul supaya Allah melihat usaha kita berdoa tu betul atau tidak.


JOM UBAH CARA BERDOA DENGAN BETUL AGAR DITERIMA OLEH ALLAH SWT


Macam kita nak masuk rumah jugak, mestilah dahulukan dengan memberi salam dan sebagainya, menegur orang pun dengan memberi salam juga.Dan berdoa pun perlulah ada adab-adabnya.

Berdoa adalah salah satu ibadah yang penting dalam Islam, dan ada beberapa cara dan adab yang dianjurkan agar doa kita diterima oleh Allah SWT. Berikut adalah langkah-langkah dan tips untuk berdoa dengan betul:

CARA BERDOA DENGAN BETUL AGAR DITERIMA OLEH ALLAH SWT

1.BERWUDHU

Pastikan Anda dalam keadaan suci dengan berwudhu sebelum berdoa. Ini menunjukkan kesucian hati dan tubuh saat berkomunikasi dengan Allah.

2.MENGHADAP KIBLAT

Menghadap kiblat saat berdoa adalah salah satu sunnah yang dianjurkan, meskipun doa dapat dilakukan di mana saja dan dalam posisi apa saja.

3.MULAI DENGAN PUJIAN DAN SELAWAT

Mulailah doa dengan memuji Allah dan bershalawat kepada Nabi Muhammad SAW. Contohnya:

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

4.MENGANGKAT TANGAN

Angkat tangan dengan telapak tangan menghadap ke atas saat berdoa, sebagai tanda kerendahan hati dan pengharapan kepada Allah

5.BERDOA DENGAN IKHLAS DAN KHUSYUK

Berdoalah dengan hati yang ikhlas, penuh keyakinan, dan kekhusyukan. Hindari keraguan dalam hati bahwa Allah pasti akan mengabulkan doa kita.

6.BERDOA DENGAN BAHASA YANG DIFAHAMI

Anda boleh berdoa dalam bahasa Arab atau bahasa yang Anda pahami, yang penting adalah makna dan keikhlasan doa tersebut.

7.BERDOA DENGAN KESUNGGUHAN DAN KESABARAN

Berdoalah dengan kesungguhan hati dan kesabaran. Jangan terburu-buru dan jangan putus asa jika doa belum dikabulkan.

8.BERODA DI WAKTU-WAKTU MUSTAJAB

Ada beberapa waktu yang dianjurkan untuk berdoa karena dianggap mustajab, seperti:
  • Setelah shalat fardhu.
  • Sepertiga malam terakhir.
  • Antara adzan dan iqamah.
  • Saat berpuasa, khususnya menjelang berbuka.
  • Hari Jum’at.
  • Ketika turun hujan.

9.MEMOHON DENGAN RASA TAKUT DAN BERHARAP

Memohonlah kepada Allah dengan rasa takut akan murka-Nya dan berharap akan rahmat-Nya. Ini menunjukkan ketergantungan penuh kita kepada Allah.

10.AKHIRI DOA DENGAN SELAWAT DAN DOA UNTUK ORANG LAIN

Akhiri doa dengan bershalawat kembali dan mendoakan kebaikan untuk orang lain. Hal ini karena malaikat akan mendoakan hal yang sama untuk kita.

Kita pun mestilah perlu memahami antara doa-doa yang kita sebutkan.Tapi kita perlu ingat, nak mintak sesuatu kepada Allah pun ayat pun mestilah power kan.Jadi kita pun kena tahu teknik powerful words supaya kita lebih memahami dan Allah juga memahami doa kita tu supaya ia lebih mudah untuk kita fahami.


10 TEKNIK POWERFUL WORDS DALAM DOA


#1 Berilah kekuatan

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.

Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita. 

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”

#2 Berilah vs kurniakanlah

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah BERILAH aku..”

Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”

Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.

#3 Sebelum ni kita selalu berdoa

“semoga DIMURAHKAN rezeki.” 

Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah,
“semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.

#4 Tambahkanlah

Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.

“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

#5.Cara Mengaminkan Doa

Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini,
“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”

Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah,
“Amin Ya Allah Ya Mujib”.

Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.

#6 Doa Untuk orang lain

Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.

Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,

“Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”, 

(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)

Baca 100x, doa ketika beramai-ramai. 

“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,

(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)

Baca 100x, doa apabila seorang diri.

Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan. 

Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.

#7 Doa Ketika Bersedekah

Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.

Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,

“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”

#8 Doa Orang yang terlalu sibuk berniaga

Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang.

Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.

“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”


#9 Dia Mendapatkan Zuriat

Sebelum ni kita selalu berdoa,
“Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.

Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,

“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”

#10 Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaan

Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.

Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,

“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”







Tags

Post a Comment

0Comments



Post a Comment (0)