Bertukar Kembali Dari Wordpress Kepada Blogspot |Mungkin ada yang menyindir dan ada juga yang beri kata-kata semangat.Tapi itulah keputusan yang perlu umi buat setelah beberapa tahun menggunakan Wordpress.
TAK SAYANG KE TINGGALKAN WORDPRESS
Bukan sebab taknak lagi menggunakan wordpress, sebab sejak guna wordpress la umi banyak menjana income, bukan sahaja dari adsense malah job-job yang lain.Umi suka dengan wordpress sebab dia sangat memudahkan umi dalam segi SEO, pengaturcaraan widget dan sebagainya.Jadi tak pening kepala dengan widget-widget yang ada.Plugin juga banyaklah membantu.
Cuma tak sempat nak explore untuk kesemuanya.Yelah, kalau kita pengguna wordpress, kalau tak tau guna plugin memang kita rasa payah kan?
Menyesal tukar kepada Wordpress?
Tak pernah menyesal sebab banyak jasa wordpress pada umi, cuma bila meletakkan keutamaan, terpaksa juga umi kuburkan WP ni dan berbalik semula kepada Blogspot.
Jangan pernah kecam tindakan umi kerana korang tak berada di tempat umi sekarang.Bercakap memang mudah, nak menuding jari juga mudah.Tapi bila berada di dalam kasut empunya diri, baru tau macam mana strugglenya kehidupan.
Ingat, jangan membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.Setiap orang, Allah dah aturkan segalanya untuk dia.Nampak macam orang tu malas nak usaha untuk sesuatu yang mereka sayang, tapi hakikatnya naik jatuh bangun seseorang tu, kita takkan nampak.
Sudah berbulan-bulan umi fikir untuk migrate kembali ke blogspot, minta petunjuk pada Allah apa yang perlu umi buat.Dan hasilnya ya, umi tinggalkan juga WP dan kembali kepada dotcom
Bukan mudah nak buat keputusan ni, tapi itulah yang umi hadapi sekarang.Dengan keadaan kesihatan sekarang, dengan masalah yang kadang-kadang umi rasa Allah tu mahal tidak adil.Berbalik semula kepada Allah yang sentiasa sayangkan hambaNya.
Nak beri yang terbaik mungkin dari apa yang umi ada sebelum ni.Struggle beb!! Sangat struggle.Biasalah suri rumah yang takde pape, yang hanya menyusahkan suaminya, yang sentiasa tak buat apa-apa!
And yes, benda banyak nak diluah, tapi tak semua kita boleh cerita dekat alam maya.Bila bercerita orang mungkin di depan kita nampak kesian,tapi dibelakang kita, kecaman dan kata-kata sindiran tu akan wujud.
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang” (Maksud Surah Ali-Imran ayat 54)
Sebab tu sekarang lebih fokus untuk buat affiliate tiktok.Semoga umi dapat menjana pendapatan dari affiliate.Itu yang umi fokuskan sekarang hanya kerana ada benda yang perlu umi capai sebelum umi tutup mata.Ada perkara yang umi perlu selesaikan lebih penting dari tu.Tak perlu la untuk umi berkongsi disini sebab orang luar takkan faham apa yang kita rasa.
Takpe, biarlah orang nak kata apa pun.Katalah selagi boleh berkata-kata.Cuma mintak korang doa semoga Allah swt berikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan sentiasa diberikan kekuatan untuk terus berjuang.
Bermula dari bawah balik, walaupun banyak posting-posting yang terpaksa umi masukkan semula, takpelah kita buat slow-slow sampai jadi.
Usaha tangga kejayaan, yang penting masih minat nak menulis Eda..
ReplyDeleteKadang kita rendahkan sesuatu bukan makna kita kalah, tapi nak jadikannya lebih baik dari sebelumnya.. all the best..
tq sis atas semangat anda!!
DeleteCie baru je create acc WP tapi tengok macam rumit tak jadi nak migrate lagi. Tapi apa pun yang kita guna asalkan menyenangkan kita yang nak menggunakannya.
ReplyDeleteWelcome back to blogspot =D
ReplyDeleteyeayyy
DeleteYou know what is the best.. Kadang Kasut kita tak sama.. All the best dengan dot com pula ye ❤️ Teruskan usaha Dan jalan terus! 🤗
ReplyDeletetq nona
DeleteI will lend my shoulder if you need kak. Stay strong K
ReplyDeletetqs
Delete