APA ITU SELAWAT JIBIRIL DAN KELEBIHANNYA | Ramai yang kata Selawat Jibril ni bila diamalkan banyak kelebihannya.Dan untuk mereka yang berniaga pula disarankan untuk mengamalkan Selawat Jibril 1000 kali.Bila kita nak praktikkan sesuatu, kita kenalah tahu lebih mendalam apa itu selawat jibirl dan kelebihan kita mengamalkan selawat ini.
APA ITU SELAWAT JIBRIL
Selawat Jibril merupakan salah satu selawat Nabi yang lebih ringkas dan kerap kali diamalkan oleh komuniti Muslim disebabkan kandungannnya yang sangat bermakna walaupun ia singkat.
Selawat ini mendapat gelaran "Selawat Jibril" kerana ia pertama kali diucapkan oleh malaikat Jibril semasa memberikan pengajaran kepada Nabi Muhammad SAW.
Tujuan selawat ini dilafazkan ialah bertujuan untuk mendoakan, memuji serta memohon keberkatan daripada Allah SWT bagi Nabi Muhammad SAW.Seperti yang kita ketahui, berselawat tidak hanya digalakkan untuk manusia tetapi juga untuk malaikat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 56 ada menyebut :
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah serta malaikat-malaikat Nya telah berselawat untuk Nabi.Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
BACAAN SELAWAT JIBRIL PANJANG
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
يَاحَبِيْبِى يَامُحَمَّدْ
يَاعَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَامُؤَيَّدْ يَامُمَجَّدْ
يَاإِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Maksudnya:
“Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya. Engkau bagai matahari, engkau bagai bulan purnama. Engkau cahaya di atas cahaya. Engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya. Engkaulah pelita hati. Wahai kekasihku, wahai Muhammad. Wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia). Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu). Wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.”
BACAAN SELAWAT JIBIRL PENDEK
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya :-
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
KELEBIHAN SELAWAT JIBRIL
Dibawah ni disertakan kelebihan mengamalkan selawat ini dalam kehidupan seharian mereka:-
- Dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang melimpah
- Mendapatkan pimpinan dari malaikat yang terbaik
- Memperoleh rahmat dan berkah dari Allah SWT dan syafa’at dari Nabi Muhammad di hari akhirat.
- Mendapat pelindungan dari Allah SWT
- Mendapatkan pengampunan dari semua dosa-dosa yang telah diperbuatnya baik yang sengaja ataupun tak sengaja
- Mendapat pertolongan dan keselamatan dari Allah SWT
- Mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW
- Mendapatkan pertolongan di hari kiamat
- Disambut dari malaikat apabila menjelang ajal
- Membuka pintu rezeki
- Membuka 70 pintu rahmat
- Dianugerahkan keselamatan oleh Allah SWT dari segala malapetaka
- Ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT
- Hatinya akan disucikan dari sifat munafik sehingga hati dan fikirannya tenang, tenteram dan damai