Akhirnya Sampai Juga Di Kopi Tenggek Tanjung Piai.Punyalah lama tempat ni, umi anak dah besar baru dapat ke sini.Yelah, itu semua rezeki masing-masing.Ada yang dapat pergi semasa tempat ni meningkat naik, dan ada juga yang baru sekarang dapat ke sini.
Tapi baguslah sebab kalau dulu nak kesini, memang kena melalui Bandar Pontian dan sebagainya manakala sekarang ni, tak perlu lagi.Dah ada highway yang menghubungkan antara Gelang Patah dan Tanjung Piai.
Jarak perjalanan nak ke sana pun tak berapa nak jauh sangat.Jadi sehari sebelum ke sana, babah yang sibuk sangat nak plan untuk ke Kopi Tenggek Tanjung Piai ni.
Umi pun tak taulah sedap ke tidak Kopi Tenggek yang di viralkan sangat tu.Jadi untuk memastikan cakap-cakap orang tu betul, umi pun confirm la dengan babah untuk rasa kopi kat sini.
Lepas pada bersarapan di rumah, kami memulakan perjalanan dalam pukul 10 pagi kot.Umi tak ingat pulak pukul berapa.Disebabkan tak tau perjalanan tu mengambil masa berapa lama jadi kenalah keluar awal kan?
Kami sampai sana dalam tengahari disebabkan banyak sangat menyinggah sana sini.
Bukti umi dah pun sampai Kopi Tenggek dan alhamdulillah, masa tu takdelah ramai sangat sampai kami kena beratur.Tempatnya luas dan bersih je.Tak banyak sangat umi rasa menu menarik selain dari tu.Jadi untuk mengalas perut kami, kami order je apa yang dia rekemen.
Yang penting babah dah order 2 Kopi Tenggek untuk dia sorang je tau.
Actually masa Kopi tu dihantar, umi tak tau macam mana cara nak minum kopi tu.Sampai umi tengok orang sebelah macam mana nak buat?
Rupanya kopi tu ditenggekkan di atas, jadi takdelah hampas kopi tu bersepah masuk ke cawan.Nak lagi pekat, tekan-tekan sikit kopi yang kat atas tu supaya turun ke bawah and then korang kacau
Serius, umi suka betul dengan rasa kopi ni.Lain dari yang lain dan sebab tulah ramai yang suka minum Kopi Tenggek ni.Cuma tulah, umi boleh pulak lupa nak beli kopi instant yang dijual disini.
Biasalah bila dah bawa anak saudara yang tantrum, sorang lagi nak benda lain tapi tak dapat, jadi nak makan pun rasa tak feel ye.Banyak fokus pada dia.
Disamping tu umi order la jugak keropok lekor cheese, nasi goreng udang, nasi arab(kalau tak silap umi la) Chicken grill dan tak ingat apa lagi yang umi order.
So, itu jelah yang umi order untuk kami sekeluarga.Lepas ni tak taulah nak repeat lagi ke tidak, tapi bila fikirkan kesedapan kopi tu, rasa macam nak dating dengan babah jelah lepas ni.
So, korang dah pernah datang sini ke tidak?
Alamat : Kampung Serkat Laut, 82300 Kukup, Johor
Tempat kegemaran Laki aku kalau ke Pontian, tapi sejak dah jumpa port baru di sana, lama pulak tak ke sini hehehehe
ReplyDeleteTeringin nak ke sini tapi entah bila la nak sampai Johor.
ReplyDelete