MENGINAP 2D1N DI HOLIDAY INN JBCC SEMPENA CUTI SEKOLAH | Disebabkan babah tak boleh nak cuti, jadi umi bawa mama untuk temankan umi bawa anak-anak bercuti di Holiday Inn JBCC sempena cuti sekolah ni.Taklah jauh mana, masih di dalam Johor lagi.
Disebabkan Holiday Inn JBCC ada buat promosi sempena cuti sekolah ni.Umi ambil pakej "FAMILY FUN RETREAT" yang berlangsung dari 25 May hingga 22 June 2024 .Untuk pakej ni mereka sediakan bukan sahaja penginapan, malah diskaun untuk pergi ke tiga tempat permainan yang pastinya anak-anak teruja.
MENGINAP 2D1N DI HOLIDAY INN JBCC SEMPENA CUTI SEKOLAH
Alhamdulillah ini kali kedua umi menginap di sini.Cuma kali pertama penginapan umi, banyak aktiviti yang tak dapat dilakukan oleh anak-anak memandangkan masih dalam zaman Covid-19.Jadi banyak tempat tutup.Dan kali ni alhamdulillah, anak-anak dapat mandi kolam dan makan-makan serta dapat sama-sama membuat aktiviti lain yang disediakan di Hotel ni.
Sebelum umi bercerita lebih panjang lagi, umi kongsikan bilik yang umi pilih iaitu Premium room tak silap dengan extra katil.Ikutkan katil tu dah kira besar, tapi bagi keselesaan umi ada ambil extra bed untuk si kakak.Dia memang tak suka tidur berimpit-impit macam tu.
|
Bilik Premium Suite menghadap Singapore dan juga extra bed |
|
Kemas dan bersih |
|
Bantal empuk memang umi suka |
Overall kalau cerita pasal bilik yang ada di Holiday Inn JBCC ni, memang umi puas hati.Selesa dan kemas je.Begitu juga bilik air.
Ada juga disediakan kelengkapan lain seperti :-
- iron
- mini peti ais
- Minuman
- Tempat air panas
- Cawan
- Toiletress
- TV
- Tempat penyimpanan berkunci
- Bathrobe
- Laundry beg
- slipper
dan tilam yang sedap nak landing sampai rasa malas nak bangun pagi ui.Sebelum menantikan waktu untuk dinner, sempatlah anak-anak berendam dekat swimming pool dan umi pulak dapatlah ke gimnasium yang terletak di depan swimming pool.Jadi sambil bersenam, sambil tengok anak-anak
|
Para bapak-bapak mesti suka port ni.Banyak alatan dan juga selesa. |
Mak-mak pulak sambil tengokkan anak mandi kolam, boleh la healing kat kerusi tu ataupun membaca ke kat situ kan?
|
Kolam renang |
Oh ya, umi nak bagitau kolam renang ni tak sesuai kalau korang ada anak kecil nak berendam ye.Korang masuklah sekali dengan diorang tu untuk keselamatan.Nasib baik anak-anak umi dah besar, jadi bolehla lepaskan je mereka
Macam biasa check in pukul 2 dan malam tu kami dinner sahaja di hotel.Untuk dinner kami ambil Weekend dinner buffet yang hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu FUSIONSCAPE Weekend Dinner Buffet
Disebabkan dalam pakej kami juga ada aktiviti bersama anak-anak, jadi anak-anak berpeluang untuk join aktiviti Junior Chef Competition.Dapatlah budak berdua tu main masak-masak sambil makan dinner
Chef yang bertanggungjawab untuk sama-sama buat aktiviti masak-masak.Budak berdua ni sukalah kan dapat buat menu kegemaran mereka iaitu Pancake.Bukan je buat pancake, malah mereka boleh hias pancake mengikut kreativiti mereka sendiri.
Masing-masing kemain excited untuk decorate pancake masing-masing.Lepas tu pancake yang mereka hias tu boleh dibawa balik.
Bukan sekadar join aktiviti ni tau, malah mereka juga dapat sijil penyertaan untuk Junior Masterchef juga.Best kan.
Umi percaya kalau banyak hotel ada sediakan aktiviti-aktiviti macam ni untuk anak-anak, ramai parents yang suka untuk menginap di sini.Barulah dinamakan aktiviti cuti sekolah.
Lepas pada buat aktiviti tu, boleh sambung makan sampai cafe tutup hahahah.Dah kenyang kami naik bilik dan berehat sebab keesokkan harinya pula, ada tiga tempat yang umi akan bawa anak-anak.Stay tuned ok.
SKYSCAPE MENARA JLAND
Keesokkan harinya, selepas breakfast kami ke Skyscape Menara JLand.
Taraaaa..
Ingatkan budak-budak ni gayat, rupanya tidak ye.Kemain suka lagi diorang ke sini.Tengok bawah melalui lantai kaca di sini.Ada juga permainan lain yang ada disini, nanti umi ceritalah di posting lain.Kalau nak cerita kat sini memang jenuh nak mengarang panjang-panjang.
Kalau korang menginap di Holiday Inn JBCC dan mengambil pakej yang umi ambil tu, jangan lupa untuk tunjukkan kad bilik untuk dapatkan 15% diskaun.Banyak juga tu potongan 15% kan.Jimat sikit duit.
KIDZ REPUBLIC KOMTAR JBCC
Lepas keluar, kami lunch dulu di hotel sebelum bergerak ke 2 tempat lagi iaitu di Kidz Republik dan Cat Cafe yang berada di satu bangunan dengan Hotel.Tak payah susah-susah nak drive kereta.
Budak-budak dah tak sabar nak bermain dalam tu.Macam biasa tunjukkan kad bilik dan dapat 15% diskaun untuk harga tiket.Mainlah sampai tutup
kidz Republic tu.Kalau korang nak tahu tiket boleh check dekat page diorang ye.
CHUCKY CAT CAFE
Setelah puas bermain, kami ke
Chucky Cat Cafe.Walaupun anak-anak ni sedikit takutkan kucing, tapi umi saja nak bawa diorang supaya dapat berjinak-jinak dengan kucing-kucing kat situ.Adik ada hati nak bela, tapi bila kucing terkacau sikit, kemain lagi nak menangis bagai.
Macam biasa tunjukkan sahaja kad bilik dan dapat 15% diskaun.Yang ni pun nanti umi akan buat posting lain.
Hah, lepas dah puas bermain, kami berjalan-jalan di sekitar Komtar JBCC sebelum check out dan balik rumah.
FAMILY FUN RETREAT HOLIDAY INN JBCC
📌Kids Stay and Eat Free ( Percuma aiskrim untuk 2 orang kanak-kanak setiap bilik penginapan)
Potongan 15% untuk mereka yang stay kat sini tau.
📍 @chuckycatcafe
📍 @skyscapejb
📍 @kidz_republic_jbcc
Tak payah nak pegi jauh-jauh kan!Anak-anak korang mesti teruja nak join semua aktiviti kat tempat-tempat yang umi dah kongsikan tu
Untuk Tempahan:-
✉️reservation.jhbcc@ihg.com
☎️07-207 8888