DRAMA KERANA CINTA ITU ADA

DRAMA KERANA CINTA ITU ADA

sitirohaida
0

 Drama Kerana Cinta Itu Ada yang sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3.kini menjadi perhatian ramai.Drama 28 episod terbitan Global Station ini diarahkan oleh Azri Izhar.

DRAMA KERANA CINTA ITU ADA


Drama kerana Cinta Itu Ada menampilkan Pelakon Aedy Ashraf dan Nabila Razali selaku pelakon utama dalam drama ini.

Umi memamng minat sangat dengan lakonan Nabila Razali dalam mana-mana drama yang dia berlakon.

KERANA CINTA ITU ADA

Episod : 28 episod

Waktu siran : Isnin - Jumaat 7.00 malam


Watak Pelakon

Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)

Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)

Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal

Alvin Chong sebagai Rayyan

Syazuwan Hassan sebagai Zhafran

Raden Zaharatul sebagai Dayyan

Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia

Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah

Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri

Safura Yaakob sebagai Puan Hasni

Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz

Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah

Husna Mustaffa sebagai Aina

Anas Ridzuan sebagai Mamat

Saidah Kamarudin sebagai Yana

Nick Naem sebagai Edie

Najua Pramlee

Edika Yusof


Sinopsis Kerana Cinta Itu Ada

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya. 


Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina. 


Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia. 


Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.


Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella. 


Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy. 


Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri? 


Tags

Post a Comment

0Comments



Post a Comment (0)