SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2022 | Selamat menyambut Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu.
Dan Sekolah akan mula bercuti bermula 20 haribulan Oktober sehingga 25 Oktober.Mula bersekolah semula pada hari rabu iaitu 26 Oktober 2022 .
Cuti Deepavali pada tahun ini sedikit lama dari kebiasaannya dan semoga hari perayaan ini dapat memberikan senyuman kegembiraan bagi mereka yang menyambutnya
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
PERAYAAN DEEPAVALI YANG PERLU KITA KETAHUI
Tarikh Deepavali ditentukan mengikut kalendar lunar Hindu, memandangkan tarikhnya di kalendar Masihi berbeza dari tahun ke tahun.
Terdapat beberapa cerita legenda yang berbeza untuk sambutan Deepavali didalam tulisan-tulisan Hindu. Satu cerita meriwayatkan bagaimana Rama kembali untuk menuntut semula takhtanya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Memandangkan dia kembali pada malam yang sangat gelap, orang-orang kota menyalakan lampu tanah liat di semua rumah-rumah mereka, bertujuan membantu menerangi jalan yang beliau gunakan untuk kembali ke takhtanya.
Kebanyakan orang menganggap Deepavali sebagai masa untuk menghormati Lakshmi, dewi Hindu yang mewakili kemakmuran dan cahaya lampu tanah liat di pasang di rumah mereka supaya dia boleh menemui dan memberkati mereka. Secara tidak lansung, lampu tanah liat yang kelihatan di setiap rumah dan pusat perniagaan semasa Deepavali adalah sebab ia turut dikenali sebagai “Pesta Cahaya.” Secara abstrak, perayaan itu adalah paparan simbolik kemenangan cahaya (yang baik) atas kegelapan (jahat).
Penganut Hindu secara tradisi bangun awal pagi pada hari Deepavali, bagi persiapan menyambut hari tersebut. Pertama sekali, mereka secara ritual mengambil mandi minyak herba yang tersedia, yang bertujuan untuk menyucikan dosa-dosa silam seseorang. Upacara doa keluarga kemudiannya akan diadakan di rumah, dan sesetengah dari mereka akan pergi ke kuil tempatan bagi upacara sampingan dan melakukan ibadat.
Kebanyakan rumah akan dihiasi dengan lampu lampu kertas bewarna atau “Kolam”. Kolam merujuk kepada reka bentuk rumit bersifat sementara di lantai dan diperbuat dari beras yang dicelup dengan serbuk berwarna-warni. Kolam menuntut latihan yang lama untuk sempurna, dan anda akan mengagumi apa yang anda lihat di pusat membeli-belah serta tempat-tempat awam yang lain.
Amalan lain semasa Deepavali di Malaysia termasuk menghadiri pertunjukan bunga api dan mercun kecil, memberi kanak-kanak hadiah wang yang terdapat di dalam pakej ungu atau kuning, serta limpahan makanan manis dan berperisa yang dikongsi sesama jiran.
sumber : sini
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA PENGANUT HINDU