TIPS AJAR ANAK BERENANG DARI KECIL PERLU ATAU TIDAK | Sebagai seorang ibu, bagi umi ia sangat-sangat perlu untuk kita ajar anak berenang semasa mereka masih kecil lagi.
Bukan apa, umi selalu fikir, kalaulah terjadi apa-apa semasa mereka sedang bermandi manda, siapa agaknya nak selamatkan mereka ni.Kalau parents yang tahu berenang oklah juga, yang tak tau macam umi ni, agak-agaknya macam manalah ye.
Sebab tu pentingnya kemahiran berenang ni bagi anak-anak yang masih kecil.Jadi apakah kebaikkan anak yang pandai berenang ni?
KEBAIKKAN ANAK PANDAI BERENANG
- Ia dapat menyelematkan anak dari lemas – Yelah, dah kita ni tak pandai berenang, kot nampak anak-anak terkapai-kapai kita hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa jika tiada pertolongan dari orang lain.At least kalau kita tak pandai berenang pun, anak pandai kan.Jadi dia boleh jaga diri dia bila di dalam air.
- Dapat bantu merangsang otak anak – Ia adalah salah satu aktiviti yang dapat merangsang otak anak dan membantu perkembangan mereka dalam membesar.
- Membangunkan kemahiran pembelajaran – Lengkap satu pelajaran tentang berenang dan ia sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar.
- Membangunkan kemahiran pembelajaran – Lengkap satu pelajaran tentang berenang dan ia sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar.
- Meningkatkan Keyakinan dalam diri – Salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan dalam diri anak-anak apabila mereka di dalam air.Tidak takut apabila mereka berada di dalam air yang dalam.
- Hobi yang sihat – Ia merupakan hobi yang sihat dan tidak membosankan.Dapat juga mereka release tension dari belajar kan.
- Mengelakkan Obesiti – Salah satu senaman juga kan.Macam kita buat senaman aerobik, begitulah juga kita berenang.
Alhamdulillah, anak-anak umi tak takut air.Kalau si kakak ada sedikit trauma la sebab dia pernah lemas masa kecil-kecil dulu.Tapi sekarang dah kuranglah takut dia dengan air ni.
TIPS AJAR ANAK BERENANG DENGAN BETUL SEMASA MEREKA MASIH KECIL
Boleh la follow tips dari perkongsian ibubapa yang dah berjaya mengajar anak mereka berenang.Jadi korang boleh praktikkan tips ni untuk anak-anak korang jugak.Umi pun on the way mengajar diorang berenang ni..hahah..
1# Praktikkan Mandi dalam tab mandi kecil terlebih dahulu di rumah.
Sebelum membawa anak untuk mandi manda di dalam sebuah kolam yang agak besar, kita perlulah biasakan anak-anak dengan berendam dahulu di tab mandi yang kecil di rumah.Caranya adalah dengan mengisikan air dan letakkan jgua mainan kegemaran ataupun buih sabun untuk menarik perhatian mereka.Yang penting kita kena sentiasa bersama dengan anak-anak semasa mereka sedang berada di dalam tab mandi.
2# Bermain dengan simanja ketika mandi dengan rasa seronok.
Salah satu cara untuk menggalakkan mereka berseronok sambil berenang untuk kanak-kanak adalah dengan bermain dengannya.Contohnya, kita boleh menyanyi bersamanya.Ataupun bercakap-cakap dengannya.Permainan ‘Pick-a-boo’ pun merupakan salah satu permainan kegemaran kanak-kanak di sekitar 1 tahun.
3# Jejakkan kaki ke kolam renang kanak-kanak bersama si manja
Setelah kita nampak anak semakin biasa dengan air maka bolehlah kita teruskan operasi seterusnya dengan membawa si manja ke kolan renang kanak-kanak.Fasa pertama sekadar untuk memperkenalkan kolan renang itu dengan menjejakkan kakinya dalam air.Jangan paksa anak kita untuk terus turun sepenuhnya bagi mengelakkan mereka berasa terkejut dan stress dengan persekitaran yang baru.
untuk kali yang pertama ini mungkin boleh dibawa main air sedikti saja sambil menunjukkan betapa seronoknya bermain air dan bermandi manda di kolam renang itu.Bawa anak sehingga ke tangga kolam, bawa mereka cubaan untuk turun di dalam pelukan dan jika anak nampak tidak selesa segera naik semula dan jangan di paksa.
4# Belikan pelampung yang sesuai untuk keselamatan anak.
Jangan lupa untuk membelikan pelampung pada anak sesuai dengan usia dan saiz tubuhnya.ada banyak pelampung dan korang boleh pilih dengan bentuk yang comel serta berwarna-warna untuk menarik minat si manja.
Pelampung ini sangat penting untuk keselamatan mereka.Selain itu, pelampung atau mainan air lain juga boleh galakkan mereka berenang dan lupakan ketakutan ketika sedang berada di dalam air.
5# Sediakan Pakaian renang yang sesuai
Baju renang yang sesuai dan berkualiti sangat penting untuk anak-anak kita yang sedang belajar berenang.Baju yang berlengan dan panjang dapat melindungi kulit mereka dari pancaran sinar UV matahari yang membahayakan kulit jika tidak dijaga.
6# Sentiasa pantau keadaan anak dalam kolam renang
Dalam tujuan kita untuk mengajar dan membiasakan diri anak dengan aktiviti berenang, adalah penting untuk kita pastikan keselamatan anak selalu.Jangan terlalu asyik berseronok sehinggakan nyawa anak sendiri menjadi mangsa.
Apa pun sila pastikan yang anak tidak ditinggalkan di dalam kolang renang seorang diri tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.Di dalam kolam renang ini adalah amat bahaya jika tidak dipantau.Semasa beramin dengan anak sila ketepikan dulu segala bentuk bantuan lain seperti handphone dan sebagainya.
Ajar anak berenang ni satu kepuasan apabila mereka pandai kelak.Jadi sebelum mengajar anak berenang, mestilah kita ada ilmu sikit-sikit apa yang boleh dan tak boleh semasa mengajar mereka berenang.
Umi tengah settlekan mereka dengan Taekwando.Nanti umi nak hantarlah salah seorang dulu pergi swimclass ni.Taekwando tu pun makan masa yang lama jugak kan.Ni pun baru habis 2 bulan.
Semoga bermanfaat ye untuk korang semua.Kalau ada budget lebih tu, hantarlah anak ke kelas berenang, sebab banyak kelebihan untuk anak-anak kita ni.
Tips yang bagus. Boleh suruh adik praktikkan dekat anak dia hehe
ReplyDelete