TIADA GAMBAR MENU HARI RAYA QURBAN UNTUK TAHUN INI | Sejujurnya hati memang tak senang bila terpaksa tinggalkan mak walaupun ada adik-adik yang balik ke Kampung
Actually tiga hari sebelum hari raya mak dibawa ke Hospital Besar Kota Tinggi.Atas arahan doktor di klinik kesihatan kampung, mak perlu dibawa ke sana sebab kemungkinan doktor kata mak hampir terkena serangan jantung.
Walaupun dari pagi umi dok berbalas mesej mak, tapi hati ni memang tak senang kalau tak tengok dia dengan mata sendiri.Call babah dan mintak izin dia balik dengan anak-anak.
Sampai sahaja di kampung, umi tumpangkan anak-anak di rumah dan terus bergegas ke Hospital.Dari pagi mak masuk ke dalam wad kecemasam sampailah pukul 2 petang masih tiada jawapan.Biasalah dengan keadaan sekarang ni manalah boleh sesuka hati nak masuk kecemasan kan.
Jadi tunggulah kami diluar bersama adik beradik yang lain.Bila mak call kata nak pergi ke bilik air, itulah dapat jumpa dengan dia.Tengok dia umi dah sebak walau dia kata dia takde pape.
Dapatlah temankan dia ke bilik air dan bagi dia makan sebab umi tau dia tak makan lagi dari pagi tadi.
Bila mak masuk semula ke kecemasan, kami masih lagi tunggu mak sebab doktor kata kemungkinan di tahan.Dalam hati dah risau sangat.
Petang dalam pukul empat gitu, doktor panggil waris mak.Jadi umi masuk wakilkan semua dan doktor bagitahu yang mak alami keradangan di bahagian dada mungkin akibat dia batuk dan mungkin anginlah kot.
Alhamdulillah, mak dah boleh balik dan doktor bekalkan ubat je untuk dia.Cuma keesokkan harinya mak kena ke klinik kesihatan semula untuk check balik jantung dia.