REVIEW FILEM MAT KILAU BUAT RAMAI YANG MENANGIS | Akhirnya dapat jugak umi tonton cerita Mat Kilau walau dah beberapa hari ditayangkan.
Thanks kat babah sebab bagi umi ME TIME untuk tengok wayang.Nasib baiklah ada geng yang nak join umi tengok cerita ni.Kalau tak sampai sudah memang tak pergi pun menonton.
Semangat berkobar-kobar sebelum masuk ke pawagam tau.Punyalah excited nak tengok filem Mat Kilau ni.Sebelum kita enjoy the movie, kita layan dulu minum kopi dekat Cawan Mas kat Today ni.Sebab tu plan pergi awal, lepas maghrib umi terus cabut.Wayang start pukul 8.30 jadi 7.40 umi dah sampai.Adalah masa kan nak mengopi dulu.
Walaupun banyak komen-komen yang tak sedap untuk didengar, umi tak peduli.Umi nak jugak tengok filem ni.Yelah, kita kan tau sejarah Mat Kilau yang berjuang untuk mengusir anggota British dari tanah Pahang.Sebelum tu meh la kita throwback dulu sejarah Mat Kilau.
SEJARAH MAT KILAU
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatuh pada tahun 1847.Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang.
Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah.Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Korang boleh baca selanjutnya dekat Wikepedia.Umi ambil info ni dari sana.Kalau betul-betullah ye.
Jadi bila kita nak bandingkan dengan sejarah Mat Kilau dengan cerita yang sedang ditayangkan ni memamg la jauh bezanya.Umi taklah pandai nak komen tentang apa yang orang komen tentang cerita ni.
Tapi bagi umi, umi enjoy je tengok cerita ni.
Dari mula cerita ni dah banyak babak sedih.Paling sedih bila Wahid lakonan Beto Kusyairi melihat sendiri isteri dan anaknya dibunuh.Dia cuma lihat dari jauh sebab dia terpaksa.Masa tu memang tak dapat nak tahan dah air mata umi.
Kat dalam wayang ni, umi rasa nak menjerit je, nak menemplak si british tu asyik kecam orang Melayu je.Lepas tu paling sakit hati dengan si Toga tu.Kemain liat dia nak mati kan.
Banyak-banyak lakonan di dalam cerita Mat Kilau, umi paling suka Beto.Cara dia menyampaikan dialog tu sangat-sangat kena.
Macam tu jugak dengan Fattah Amin.Dia memang kena dengan watak-watak macam ni dari memegang watak-watak lelaki jambu tu.Betul ke betul?
Diharap lepas ni, banyak lagi filem-filem melayu yang diketengahkan dan harapnya jalan cerita lagi smooth kan.Satunya umi tak suka part silat tu macam terlalu lama pulak.Part yang berdialong pun macm kurang.Orang kata itu trademark Syamsul Yusof.
Entah la kan.hahahha..Janji umi enjoy cerita Mat Kilau.Macam nak pi repeat pulak tengok cerita ni
dialog diorang moden sangat. kelakar pulak
ReplyDeletePuashati tonton sendiri.. sebelum tengok, memang aku tak baca semua review ke apa ke orang tulis, termasuk sinopsis... dah tengok.. baru tau kenapa filem ni boleh raih berjuta-juta...
ReplyDeleteHampir nak menangis tengok scene beto khusairy tu, kesian bini dia meninggal
ReplyDelete