RESEPI BAKWAN TOMYAM SHEILA RUSLY SEDAP BUAT MINUM PETANG| Nak buat Bakwan ni mudah je kalau ada bahan-bahan kat dapur.
Hari tu ternampak ig Sheila Rusly kemain sedap dia makan Bakwan Tomyam.Krup Krap dengo ui.Umi pun apa lagi, tengok bahan ada kat dapur,jadi petang hujung minggu tu adalah juga idea nak sediakan menu untuk kudapan bebudak ni.
Cuma bebudak ni leceh sikit sebab tak makan sayur.Geram pulak dok kirai bakwan tu buangkan sayur dia.Umi pesan kat dia, tak mati kalau termakan sayur tu dik oii.
RESEPI BAKWAN TOMYAM BY SHEILA RUSLY
Bahan-bahannya
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Air
- 2 kiub Tomyam Maggie
- Kubis( sagat halus)
- Lobak Merah(Sagat halus)
- Sausage(hiris tak terlalu halus la)
- Daun Ketumbar( hiris halus0
- Daum limau purut(hiris halus)
- Nampla( sos ikan)
- Bawang Besar*
- Bawang putih*
- Cilipadi*( tambah kalau nak pedas ye)
- 2 batan serai*
- bahan perasa
* bahan kisar
Cara buatnya
- Masukkan tepung gandum dan tepung beras.Masukkan air sedikit demi sedikit) dan masukkan kiub tomyam
- Kemudian masukkan bahan kisar diikuti dengan sausage,sayur dan daun ketumbar serta daun limau purut tu tadi.
- Kacau sehinga sebati.Masukkan sos ikan dan perasakan juga sehingga rasa sebati
- Panskan kuali dan goreng macam kita goreng jemput-jemput tu ler.
- Dan siap dihidangkan.
- Untuk sos korang boleh guna sos thai dan masukkan sedikit daun ketumbar.
Memang sedap uiii..Umi dah buat banyak kali dan resepi bakwan sheila rusly ni..
Nanti nak buat tahap pedas pulak.Hari tu derhaka ngn resepi ni sebab tak letak cili