PENGINAPAN DI 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG | Dah alang-alang ke Perak tu, kita singgahlah ke Pulau Pinang untuk menikmati Nasi Kandar kat sana.
Namun apakan daya, kita merancang Tuhan sahaja yang menentukan samada perancangan tu berjaya ataupun tidak.Korang boleh rujuk Itenerary Umi ke KL,Penang dan Perak kat sini.Plan asal kami dari KL setelah bermalam di The Face Suit KL,pagi-pagi tu kami dah keluar.Ikutkan jadual memang sampai tengahari di Penang.tapi kuasa Allah kan, kami sampai ke Penang betul-betul waktu maghrib.
Bayangkan berapa lama kami di jalanan menghadap jem dari KL ke Penang.Masyallah, sungguh luar biasa tau jem kali ni.Ikut pada adik umi, tak pernah jem sampai macam ni sekali.
Jadi kami taklah jadi nak ke port makan-makan di Penang.Sampai di Penang, kami terus cari tempat penginapan kami iaitu di 147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE.Masing-masing dah memang keletihan, jadi kami ke sini dahulu sebelum keluar jalan-jalan cari makan.
147 ARMENIAN PARK GUESTHOUSE PULAU PINANG
147 Armenian Park Guesthouse terletak di George Town, 7 minit berjalan kaki dari 1st Avenue Penang.Ia menyediakan bilik-bilik berhawa dingin dan lounge berkongsi.
Hotel ini juga hanya 3.1 km dari Wat Chaiyamangalaran. Hotel ini terletak berhampiran Muzium Kamera Asia dan 17 km dari lapangan terbang Penang (PEN-Penang Intl.). Muzium Kolonial Pulau Pinang juga terletak berhampiran hotel. Hotel yang ini berjarak 10 minit berjalan kaki dari stesen bas Weld Quay Terminal A.
Semua bilik mempunyai bilik mandi dikongsi, peti keselamatan peribadi, meja tulis dan menyeterika seluar. Ia mempunyai kemudahan dapur, seperti ketuhar gelombang mikro, pembuat kopi & teh dan peti sejuk.
Bilik yang kami inap ni boleh menempatkan seramai 10 orang.Terdapat 2 katil double decker, 2 katil queen dan ruang yang selesa.Cuma lantai kayu, jadi kalau anak-anak berlari tu boleh dengar lah..Jadi kenalah anak-anak behave kat dalam bilik tu.
Bilik kami dibahagian atas, dan kena naik tangga untuk ke atas.Cuma kesiannya masa kami datang tu, mak kena sakit lutut, jadi sangat kesian untuk dia naik turun bilik air.
Plan asal kami nak menginap di hotel, tetapi memandangkan kami ramai, jadi guesthouse adalah yang terbaik.
Umi suka dengan suasana kat sini, kalau korang takde aktiviti nak keluar ke mana-mana, boleh la sewa scooter dan motor di Guesthouse ni jugak.Depan guest house tu ada taman untuk lepak-lepak.
Ada juga Cafe berdekatan dengan Guesthouse ni yang korang boleh jumpa hanya dengan berjalan kaki.Rugi tak dapat nak masuk satu coffee house kat situ.Sebabnya kami dah kenyang makan nasi kandar.Eh, umi tak makan.Tak tau kenapa tak boleh nak makan.Mungkin faktor keadaan kedai tu kot.
Plan nak try nasi kandar viral, tapi disebabkan beratur panjang, jadi tak jadilah kami ke kedai tersebut.
Sebelum bererita lebih lanjut, meh umi tunjukkan bilik yang kami stay malam tu.
kemas juga ye penginapan ni, bolehlah try pergi bila balik perak nanti
ReplyDeletecantik gak tempat penginapan dia..bila gi bercuti ramai-ramai ni mmg kena cari tempat yang besar & selesa boleh muat semua...senang nak diskuss apa-apa...
ReplyDelete