LAFAZ NIAT PUASA TARWIYAH 8 ZULHIJJAH | Puasa pada hari Tarwiyah ini berlangsung pada 8 Zulhijjah dan ia termasuk dalam lapan hari yang disunatkan untuk berpuasa sebelum hari Arafah.
PUASA SUNAT TARWIYAH
10 hari terawal pada bulan Zulhijjah merupakan diantara hari-hari yang paling disukai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya.
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”
— Riwayat Abu Daud (2082)
MAKNA TARWIYAH
Makna Tarwiyah ada disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya yang mempunya dua sebab iaitu :-
- Para Jemaah haji setelah berihram akan menujuk ke Mina Untuk bermalam - Ini kerana keesokkan harinya mereka akan menuju ke Arafah.Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah.Ia adalah istillahkan sebagai Yatarowwaun (يتروون).
- Selain itu ia juga dinamakan dengan 'Tarwiyah" adalah disebabkan pada malam tersebut,Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buat kali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail As.Seharian baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepda dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan.Tertanya-tanya juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah.
LAFAZ NIAT PUASA TARWIYAH
NAWAITU SHAUMAT TARWIYATA SUNNATAN LILLAAHI TA’AALA
Maksudnya:
Sahaja aku niat puasa sunat tarwiyah kerana Allah Taala.
TARIKH DAN WAKTU PUASA TARWIYAH
Tarikh dan waktu Puasa Tarwiyah adalah pada 8 Zulhijjah sehari sebelum hari Arafah.
Disebutkan oleh Syeikh al-Ramli:
Disunatkan berpuasa 8 hari sebelum hari Arafah (9 Zulhijjah) sebagaimana yang telah disebutkan dengan jelas oleh Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin sama ada yang demikian itu bagi orang yang melaksanakan haji atau selainnya.
Adapun orang yang melaksanakan haji, tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah.
Bahkan sunat baginya tidak berpuasa hari Arafah walaupun dia mempunyai kekuatan kerana mengikut perbuatan Nabi sollallahu alaihi wa sallam sepertimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta agar memberi kekuatan untuknya berdoa (pada hari Arafah).”
(Nihayah al-Muhtaj)
KELEBIHAN PUASA PADA HARI TARWIYAH
Hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih.
Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun.
Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.
Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248].
Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini.
Sebahagian mereka menilai status hadis ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri.
Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadis ini dianggap sebagai pendusta.
Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali).
Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani.
Alhamdulillah banyak kelebihan kita berpuasa esok.Semoga kita dipermudahkan urusan dan sentiasa didalam lindunganNya.