LAFAZ NIAT PUASA ARAFAH DAN KELEBIHANNYA | Tarikh Puasa Sunat Arafah adalah pada setiap 9 Zulhijjah pada setiap tahun.
9 Zulhijjah pada setiap tahun Hijrah dengan berpandukan kalendar atau takwim Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini (bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji)
APA ITU HARI ARAFAH
Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dalam bulan Zulhijjah dan merupakan salah satu hari yang dimuliakan oleh Allah SWT yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dan merupakan hari kemuncak bagi ibadah Haji.
Arafah adalah nama salah satu tempat yang semua jemaah haji diwajibkan berwukuf di situ pada hari dan waktu yang telah ditetapkan oleh syariat islam sebagai salah satu daripada rukun haji.Mengikut apa yang disebut dalam Tafsir Al-Qurtubi, terdapat beberapa pendapat ulama mengenai nama tempat itu sebagai Arafah antaranya ialah :-
- Kerana di tempat itulah manusia berkenal-kenalan di antara satu sama lain pada hari wukuf.
- Kerana Jibril a.s telah membawa Nabi Ibrahim a.s mengelilingi tempat itu dan memperlihatkan kepada baginda segala pemandangannya lalu berkata ” Adakah engkau kenal? Nabi Ibrahim pun menjawab, ” Saya kenal.Saya kenal”
- Kerana Nabi adam a.s dan Siti Hawa ketika diturunkan dari syurga di tempat yang berasingan.Akhirnya mereka bertemu semula dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain di tempat itu.
KELEBIHAN PUASA HARI ARAFAH
Hari Keampunan segala Dosa
” Apa yang mereka kehendaki? Dalam riwayat yang lain pula Rasulullah bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya Allah taala melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikat Nya pada waktu petang hari Arafah dengan ramainya ahli Arafah, lantas berfirman , lihatlah kamu kepada hamba-hambaku yang telah datang kepada ku dengan keadaan kusut masai dan berdebu(riwayat muslim)
Penyempurnaan Agama Oleh Allah
Allah mengambil Perjanjian Setia
Amalam Sunat hari Arafah
- Berpuasa sunat Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji.Kerana orang yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan dosanya selama dua tahun.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ” Berpuasa pada hari Arafah,. aku berharap bahawa Allah akan mengampunkan dosa pada tahun sebelumnya dan tahun selepasnya(riwayat Muslim)
- Menjaga solat secara berjemaah ,memperbanyakkan solat sunat dan qiamulail.Kerana semua ini merupakan ibadah-ibadah yang paling afdal bagi mendekatkan diri kepada Allah.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ” Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kerana sesungguhnya tiap-tiap kali engkau bersujud kepada Allah, Allah akan mengangkatkanmu dengan sujud itu satu darjat dan menghapuskan daripadamu satu kesalahan(riwayat muslim)
- Memperbanyakkan doa dan zikir kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Sebaik-baik doa ialah dia pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku berkata dan juga para nabi sebelum aku ialah
Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah Atau Wukuf
Disunatkan berpuasa bagi mereka yang tidak melakukan ibadah Haji dan ianya mempunyai ganjaran yang besar bagi sesiapa yang melakukkannya.
Puasa itu ( Puasa Hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang lalu dan akan datang(HR Muslim)
” Daku berniat puasa hari Arafah, Sunat kerana Allah Ta’ala”
Rugi kalau kita lepaskan peluang untuk berpuasa hari Arafah ni.Banyak kebaikkan dan pahala yang kita dapat.
Selamat menjalani ibadah puasa sunat arafah
ReplyDelete