BUFFET ALA THAI DOUBLE TREE BY HILTON JB SEHINGGA BULAN OGOS | Macam dah lama sangat kan tak ke Food Thai Festival ni.Teringin tekak ni nak makan makanan Thai especially Miang Kham dan makanan Thai yang lain.
Tapi hari tu uols, umi berkesempatan untuk mencuba menu Buffet Ala Thai di Double Tree By Hilton JB ni.Fuh!! masa umi ambil gambar tu, rasa nak menjijis air liur ni tau.Yelah, makanan thai ni kan kebanyakkannya. ada masam, manis dan pedas.Jadi dia punya masam-masam tu dah sampai ke mulut dulu dah.
Mulanya umi tak tau pulak ada Miang Kham tu semua, nampak je terus rasa nak ambil dan makan.Kemain tak menyabo umi ek.Selesai je ambil gambo, umi ambil beberapa menu yang umi teringin sangat nak mencuba.Antara yang pertama umi cuba adalah Thai Beef Noodle,lepas tu barulah menu-menu lain.
Banyak Live station yang menyediakan Best Of Thai Noodle yang korang boleh pilih dan makan panas-panas
Antara menu Beef of Thai Noodle ialah, kanom jeem Namya, Rice noodle ith spicy fish curry dan lain-lain
Itu belum korang cuba otak-otak dan pepes yang juga dibakar secara live dan cicah dengan sos thai memang mengancam weh! Nasiblah perut umi ni tak boleh nak makan banyak, kalau tak mau umi repeat banyak kali menu-menu Thai ni.
Kalau korang tak boleh lari dari Nasi, banyak je lauk pauk yang disediakan seperti Steamed Aroma Pandan rice, Ayam paprik, Daging merah Ala Thai, Baby Kailan ikan masin, Seared Fish Fillet, Lemon Butter sauce. Chicken Lasagna dan macam-macam lauk lagi.
Kalau dah namnya Thai Food mestilah akan berjumpa dengan mango sticky rice kan? Dah 2 kali jugak umi repeat makan ni.Pulut lembut dengan santan yang cukup rasa tu memang buat korang menambah tau.
And of course korang yang tak pernah try Miang Kham wajib cuba ye.Sebab memang kalau korang tengok ada bahan-bahan yang ada di dalam daun kaduk tu, memberikan kelainan apabila korang makan.Seriuslah korang takkan rasa pelik bila makan.Entah-entah boleh menambah makan tau.
Korang boleh la buat sendiri Miang Kham tu dan tambah apa yang korang suka kat dalam tu.Macam umi suka kacang lebih.
Itu baru cerita sikit pasal menu Ala Thai tau, ada juga Seafood On ice untuk korang rasa.
Kalau korang nak tengok lagi pelbagai menu menarik untuk
BUFFET ALA THAI ni, boleh terus ke Page umi di
Sini ye
BUFFET ALA THAI DOUBLE TREE BY HILTON JB
3 July – 31 August 2022 | Sunday – Thursday | 6:30pm to 10:00pm
RM108 nett per adult | RM54 nett per child
50% off for senior citizens
NOW RM 324 nett for 4 persons
UNTUK TEMPAHAN
+6072686868 atau email ke JohorBahru.FB@hilton.com
ATAU
Miang kham tu ter ngiang² smpi skg..bila la nak makan lagi..haha
ReplyDelete