APA ITU GERD DAN TANDA ANDA MENGALAMINYA

APA ITU GERD DAN TANDA ANDA MENGALAMINYA

sitirohaida
1

 APA ITU GERD DAN TANDA ANDA MENGALAMINYA | Kalau dilihat dari segi fizikal, kita akan nampak orang yang mempunyai Gerd ni takde pape.Tapi yang mengalaminya sahaja tau macam mana kalau Gerd tu datang.

APA ITU GERD DAN TANDA ANDA MENGALAMINYA


Sebelum tu meh umi share sikit tentang GERD ni.


APA ITU GERD

GERD ialah penyakit yang sangat umum terjadi pada pencernaan manusia. GERD atau gastroesophageal reflux disease adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan suatu simptom atau perubahan mukosa yang diakibatkan oleh gangguan sistem saluran pencernaan, di mana asam lambung dan isi perut mengalir kembali ke kerongkongan (esofagus). Aliran balik atau refluks ini dapat menyebabkan Anda merasakan sensasi perih dan panas seperti terbakar di bawah tulang dada atau dikenal dengan istilah heartburn.

Penyakit ini sebenarnya umum terjadi pada pencernaan manusia, namun jika dibiarkan maka dapat memperburuk kesehatan saluran cerna hingga mengganggu aktivitas sehari-hari. Untuk mengetahui apakah Anda menderita GERD atau tidak, dapat diketahui dengan menjawab pertanyaan yang ada pada kuesioner GERD-Q, sedangkan untuk memastikan ada tidaknya kerusakan mukosa atau lapisan esofagus akibat teriritasi asam lambung, Anda disarankan menjalani prosedur pemeriksaan endoskopi. Apabila Anda sering mengalami gejala refluks dan tidak  kunjung membaik setelah minum obat, kemungkinan Anda menderita GERD dan perlu segera memeriksakan diri ke dokter guna mendapatkan perawatan lebih lanjut.

APA YANG MENJADI PENYEBAB GERD

GERD disebabkan akibat melemahnya sfingter esofagus atau otot-otot pembatas antara kerongkongan dan lambung sehingga menyebabkan refluks (aliran balik) atau naiknya isi dan asam lambung ke saluran esofagus (kerongkongan). Paparan asam lambung yang berulang-ulang naik ke esofagus akan mengakibatkan iritasi pada lapisan esofagus atau kerongkongan.

APA ITU GERD DAN TANDA ANDA MENGALAMINYA


Sfingter esofagus merupakan semacam otot yang berfungsi untuk mencegah isi lambung mengalir ke esofagus. Dalam keadaan normal, otot tersebut berkontraksi sehingga makanan dan isi lambung tidak mengalir ke esofagus. Sebaliknya, otot tersebut akan berelaksasi saat makanan akan masuk ke dalam lambung. Refluks asam dapat terjadi ketika sfingter melemah sehingga tidak dapat menutup dengan benar. Inilah yang menyebabkan cairan dan isi lambung Anda bisa naik kembali ke kerongkongan.

TANDA-TANDA GERD DAN CARA HILANGKAN ASID DALAM PERUT

Untuk pengetahuan korang, simptom utama GERD ini adalah pedih ulu hati.Apabila kita mengalami situasi di mana asid dalam perut naik ke tekak, kita akan rasa tidak selesa pada bahagian dada seperti sensai terbakar.

Ia biasanya akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu berbaring, membongkok mahupun selepas pengambilan sebarang hidangan makanan.

Tidak semua individu dengan penyakit asid refluks mengalami pedih ulu hati.

Antara tanda-tanda GERD ialah

  1. Sakit dada
  2. Loya atau muntah
  3. Nafas berbau
  4. Waterbrash- air liur berlebihan secara tiba-tiba
  5. Masalah pernafasan
  6. Kesukaran atau kesakitan ketikan menelan
  7. Pereputan gigi(gigi rosak)
  8. Memunthakan(regurgitation)makanan atau cecair masam.
  9. Disfagia-terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak
  10. Rasa terbakar di dada ang berlaku selepas makan.
Sekiranya korang mengalamai serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami ialah:-
  1. Batuk yang berpanjangan
  2. Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara
  3. Asma baru atau semakin teruk
  4. Tidur terganggu

KOMPLIKASI YANG BOLEH DIALAMI OLEH PESAKIT GERD


Untuk kebanyakkan individu, GERD mungkin tidak mengakibatkan komplikasi serius.
Namun, bagi sesetengah keadaan yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan risiko masalah kesihaan mengancam nyawa seperti:
  • Esofagitis-keradangan pada tekak
  • Esophageal stricture, berlaku apabila esofagus menjadi sempit atau ketat
  • Esofagus Barret, melibatkan perubahan kekal pada lapisan esofagus.
  • Barah Esofagus, menjejaskan sebahagian kecil individu dengan esofagus barret.
  • Asma, batuk kronik, atau masalah pernafasan lain.Terjadi jika korang menyedut asid dalam perut ke paru-paru.
  • Hakisan enamel gigi, penyakit gusi, atau masalah pergigian lain.

LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK HILANGKAN ASID DALAM PERUT


Antara cara untuk hilangkan asid dalam perut adalah dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup iaitu
  • Makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan elakkan makan berlebihan.
  • Elak pengambilan hidagan berat 2 hingga 3 jam sebelum tidur.
  • Berhenti atau hindari tabiat merokok
  • Jika berdepan dengan masalah obisiti, turunkan berat badan dapat mengurangkan gejala GERD
  • Tidur dengna meninggikan sedikit bahagian kepala.
Mereka dengan masalah gangguan asid dalam perut juga digalakkan untuk menghidnari pengamblan makana seperti,
  • Makanan berminyak
  • makanan pedas
  • coklat
  • pudina
  • kopi
  • Makanan yang mengandungi produk tomato
  • Minuman beralkohol
Jika perubahan gaya hidup tidak membantu dan masih mengalami pedih ulu hat, adalah perlu untuk korang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan secara terperinci penyakit yang sedang korang alami.


Tags

Post a Comment

1Comments



  1. Thanks for sharing. memang siksa kalau kena, so kena sentiasa jaga makan

    ReplyDelete
Post a Comment