ADA KERETA BARU SATU KEPERLUAN ATAU KEHENDAK | Terpulang kepada masing-masing.Ada yang memiliki kereta baru sebab ianya keperluan dan adanya kemahuan yang boleh dikatakan mengikut kepada bajet mereka.
Kalau kita tak mampu untuk memiliki kereta hanya kerana kita nak sangat atau mengikut-ngikut orang untuk ada kereta baru, kita perlu fikir sedalam-dalam mungkin.Bukan apa, bila kita terlalu mengikut kehendak, tapi tidak ada kemampuan untuk memilikinya, takut ianya memakan diri.
Macam tulah umi masa mula-mula fikir untuk memiliki kereta baru setelah menggunakan kereta lama hampir 14 tahun tu.Yelah, bila kereta yang dah lama digunakan, adalah rosak itu ini, nak berjalan jauh pun kena fikir banyak kali.
Dan banyak kali jugaklah umi dengan babah fikir sebelum memiliki kereta ni.Masa mula-mula berbincang tu, teringin nak kereta itu dan ini, tapi tulah, kenalah buat pengiraan perbelanjaan bulanan.Jadi barulah kita boleh tahu kereta mana yang boleh kita miliki.
Kereta Waja tu kami gunakan untuk hantar dan ambil anak sekolah je.Jadi khidmat kereta waja tidak terhenti sampai situ je.Kalau ikutkan MIL dia suruh jual je, tapi bagi kami, ada sentimental value lagi kereta tu.Kereta Waja tulah yang banyak jasa masa kami susah dulu.Masih lagi elok, cuma untuk perjalanan yang jauh, mungkin tidak.
Lama kami fikir masa nak beli kereta baru ni.Yelah, nak beli kereta ni kenalah ikut kemampuan.Walaupun ikutkan kami nak kereta lain, tapi setelah tolak segala perbelanjaan kami dan harga bulanan yang kami mampu untuk bayar,jadi kami memilih kereta lain iaitu Toyota Avanza 1.5 berwarna silver.Masih lagi dibawah budget kami juga.Boleh juga nak dapatkan kereta idaman kami tu, tapi kena fikir jugak perbelanjaan minyak untuk kereta baru tu.Tu jugak termasuk dalam costing bulanan kami.
Taknaklah nanti bila mengikut sangat kehendak hati kami ni, bila tak mampu bayar, ditarik dan sebagainya kereta tu.Bukan sahaja rugi, malah nama pun boleh terjejas dari pihak Bank.Lagi risau kalau dah sampai tahap muflis.Nauzubillah.Mohon dijauhkanlah dari kami.
Lagi satu masa tu, cubalah juga usha kereta second dekat beberapa kedai, memang murah dan alhamdulillah, dapat kereta yang oklah.Tapi bila fikir pulak kos untuk betulkan apa yang perlu betulkan, terus kami lupakan niat nak beli kereta terpakai.Bukan umi demand nak kereta baru.Bagi orang yang pandai jaga kereta, tengok-tengokkan kereta tu oklah.Tapi bagi kami yang start kereta terus jalan, janji ada minyak, air dan service cukup dah memadai.
Jadi kami tak percaya dengan diri kami sendiri samada boleh ke tak menggunakan kereta terpakai ni.Umi cerita berdasarkan pengalaman umi masa umi anak dara dulu.Beli kereta terpakai.Pergi balik kerja, dah tak kisah sangat dengan keadaan kereta, tup-tup rosak je.Rupanya dah berminggu kereta tu ada masalah, tapi sebab tak tau nak tengok apa yang rosak, jadi inilah jadinya.
Tapi itu cerita umi yang tak tau nak tengok pasal kereta ni ye.Bukan umi pandang rendah siapa yang ambil kereta terpakai tu.Nop!!!
Setelah dipertimbangkan segala jenis kewangan kami, maka kami dapatlah memiliki Kereta Avanza 1.5 tu.Itupun babah yang bayar.Alhamdulillah, dia kata dia belikan untuk umi supaya mudah untuk umi ke sana sini bawa kereta Auto ni.
Itu antara punca juga babah belikan umi kereta, sebab dia tak mampu untuk bawa kereta jauh-jauh.Jadi sebab tu dia belikan umi kereta Auto ni.Seronok bukan main umi.Boleh la umi race macam main game Daytona tu.hahahah…Babah duduk sebelah je.Biar umi yang uruskan pemanduan.Mau naik darah tinggi babah kang kalau umi buat macam tu kan.
Alhamdulillah, impian kami nak beri keselesaan pada keluarga tercapai.Semoga Allah swt terus berikan kekuatan dan perluaskan rezeki untuk babah untuk senangkan keluarganya.
Ada satu lagi perancangan insyallah Moga Allah permudahkan urusan, mana tau boleh pindah ke Melaka pulak lepas ni
Alhamdulillah
ReplyDeleteKereta dah jadi suatu keperluan sekarang ni