7 CARA KESAN SERANGAN JANTUNG YANG PERLU KORANG KETAHUI| Penyakit jantung adalah pembunuh senyap nombor satu negara.Empat dari lima kematian berkaitan dengan sistem tersebut disebabkan oleh serangan jantung dan strok
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), hampir 17.9 juta kematian direkodkan diperingkat global pada setiap tahun akibat masalah sistem kardovaskular.
Risiko untuk seseorang itu mati selepas mendapat tanda serangan jantung berkait rapat dengan tempoh waktu mereka diperiksa dan dirawat.
Jadi kita perlu ambil tahu gejala serangan jantung bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
KENAPA SESEORANG ITU BOLEH MENDAPAT SERANGAN JANTUNG?
Amnya, sakit jantung berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan otot jantung untuk mendapat bekalan darah akibat salur darah tersumbat.
Seperti sel tubuh badan yang lain, sel jantung turut memerlukan oksigen dan nutrien untuk berfungsi dengan baik.
Tanpanya, sel jantung boleh beransur-ansur mati.
Seperti proses penyakit yang lain, salur darah tersumbat tidak berlaku semalaman.Ia merupakan satu proses patologikal yang berlaku beransur-ansur sehingga ruangan salur darah terlibat menjadi sangat sempit.
Ketulan darah beku boleh terbentuk di dalam aliran darah akibat daripada penguraian plak kolestrol.
Ia berupaya menyebabkan ruangan kecil yang masih tertinggal itu tersumbat, sekaligus membuatkan aliran darah ke otot jantung tergangu.
Sel jantung tidak akan mendapat bekalan oksigen yang cukup dan akan beransur-ansur mati.
Disebabkan oleh proses inilah seseorang itu akan mengalami sakit dada setiap kali mereka mendapat serangan jantung.
Jenis serangan jantung yang dialami boleh ditentukan berdasarkan dapatan bacaan di mesin elektrokardiogram(ECG)
Secara amnya ianya boleh dibahagikan kepada 2:-
- Sakit jantung dengan karakter ECG yang menunjukkan peningkatan pada segmen ST(salur darah tersumbat sepenuhnya)
- Segmen ST tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika individu mengalami penyakit jantung(salur darah tidak tersumbat sepenuhnya)
TANDA SERANGAN JANTUNG YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
- Lengan disebelah kiri, leher, dagu atau bahagian belakang terasa lemah atau kebas.
- Sesak nafas
- Loya
- Sakit pada bahagian abdomen atas
- Berpeluh sejuk
- Kelesuan
- Pening kepala
DIAGNOSIS DAN RAWATAN OLEH DOKTOR PERUBATAN
- Angioplasti, pembukaan salur darah menggunakan tiub yang mempunyai belon pada muncungnya.
- Penggunaan wayar tibu(stent) bagi memastikan salur darah terbuka selepas prosedur angioplasti.
- Pembedahan pintasan jantung untuk mencipta saluran baharu bagi memintas kawasan salur darah yang tersumbat.
- Pemasangan pacemaker bagi memastikan rentak degupan jantung normal.
- Pembedahan injap jantung bagi mereka yang mengalami kebocoran injap semasa jantung berdegup
- Pemindahan organ jantung jika terdapat kerosakan kekal pada majoriti otot jantung menyebabkan fungsi jantung tidak efisien