5 TIPS PENJAGAAN KENDERAAN BAGI PEMANDU WANITA

sitirohaida
0

 5 TIPS PENJAGAAN KENDERAAN BAGI PEMANDU  WANITA  | Selalu sangat pemandu wanita dipandang negatif oleh sesetengah pemandu lelaki.Ini mungkin disebabkan oleh kaum wanita itu sendiri yang lebih cermat dan berhati-hati ketika memandu mereka memberi stereotype bahawa "Lady Driver" membawa kereta dengan perlahan.

5 TIPS PENJAGAAN KENDERAAN BAGI PEMANDU  WANITA


Walaupun begitu, satu benda yang tak dapat disangkal berkaitan pemandu wanita adalah kekemasan dan kebersihan kereta. Para penjual kereta terpakai selalu menyelitkan ciri-ciri kereta yang ingin dijual adalah ‘previously lady owned car’. Ini memberi highlight bahawa kereta yang dimiliki oleh kaum wanita adalah lebih baik keadaan dalamannya.


5 TIPS PENJAGAAN KENDERAAN BAGI PEMANDU  WANITA 

Oleh itu, dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 5 tips penjagaan kenderaan bagi pemilik wanita.


#1 JAGA KEBERSIHAN KERETA

Kebersihan luaran dan dalaman kenderaan merupakan perkara penting untuk dijaga dan menjadi cerminan kepada peribadi pemandu tersebut. Bahagian luar kereta sering terdedah dengan habuk, debu, dan najis burung. Kotoran ini boleh menyebabkan kereta kelihatan kusam dan cat kereta akan rosak sekiranya dibiarkan terlalu lama. Windscreen kereta yang kotor juga akan mengganggu pandangan semasa memandu. 

Bagi kaum wanita khususnya, membasuh kereta boleh menjadi leceh dan memenatkan. Jadi, adalah lebih baik untuk menghantar kereta ke ‘car wash’ sekurang-kurangnya sebulan sekali. 

Untuk memastikan dalaman kereta sentiasa kemas dan bersih, sediakanlah bekas untuk membuang sampah sarap. Apabila penuh, segeralah kosongkan bekas tersebut bagi mengelak makhluk perosak seperti lipas dan semut.


#2 PERIKSA KONDISI TAYAR

5 TIPS PENJAGAAN KENDERAAN BAGI PEMANDU  WANITA


Penjagaan tayar merupakan aspek penting untuk memastikan pemanduan yang lancar dan selamat. Anda digalakkan untuk memeriksa keadaan tayar secara berkala terutamanya keadaan bunga tayar dan tekanan angin tayar. Setiap kenderaan mempunyai tetapan tekanan angin tayar yang berbeza. Maklumat tentang tekanan angin tayar kebiasaannya boleh didapati di tepi pintu kereta anda. Anda boleh mengisi angin tayar di stesen minyak di bahagian “Air dan Angin”. 

Tayar yang mempunyai tekanan angin yang ideal akan melancarkan pemanduan anda. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.

#3 CARA PEMANDUAN YANG CERMAT

Cara pemanduan sesebuah kereta juga harus diambil berat untuk memastikan kereta tahan lebih lama.

Jangan memecut dengan menekan habis pedal minyak kerana ini akan menyebabkan beberapa bahagian dalam kereta mengalami tekanan yang kuat. Sama juga dengan menekan pedal brek secara mengejut, ia akan menyebabkan pad brek kereta cepat haus. 

Sekiranya anda melalui jalan yang berbonggol, bawalah secara perlahan. Membawa kenderaan dengan laju sewaktu melalui bonggol akan mengakibatkan hentakan yang kuat yang boleh mengakibatkan kerosakan. 

#4 SERVIS KERETA SECARA BERKALA

Penyelenggaraan kereta atau servis kereta akan memastikan kereta anda dalam keadaan yang ‘tip-top’ dan selamat. Tetapi, bila anda patut lakukan servis kereta?

Untuk kereta baru, anda boleh menghantar kereta untuk diservis dengan merujuk buku manual yang disertakan semasa pembelian. Selain itu, kekerapan penyelenggaraan kereta juga bergantung kepada kekerapan pemanduan. Semakin kerap anda memandu kereta, semakin kerap anda perlu menghantar kereta untuk diselenggara.

Minyak hitam atau minyak enjin harus ditukar pada kekerapan sejauh 5,000 km apabila menggunakan minyak enjin jenis mineral atau semi sintetik (semi synthetic). Bagi minyak sintetik penuh (full synthetic) pula, jarak perbatuan anda boleh pergi sejauh 10,000 km. 

Brake fluid pula harus ditukar setiap 60 000 km. Untuk anda yang memandu kereta auto, Automatic Transmission Fluid (ATF) mesti diganti baru setelah mencecah pemanduan 30 000 km untuk mengelak kerosakan pada gear box. Gear fluid bagi kereta manual pula boleh diganti setiap 60 000 km.


#5 PEKA KEADAAN ENJIN

Enjin adalah jantung kepada kenderaan anda. Sekiranya ia mengalami kerosakan, pasti pemanduan anda menjadi sukar dan boleh menyebabkan kemalangan.

Untuk memastikan enjin kereta anda masih baik, biasakan diri mendengar bunyi deruman enjin anda. Enjin yang bermasalah akan mengeluarkan bunyi-bunyi ketara yang berbeza dari pemanduan biasa. 

Selalu juga periksa minyak hitam kereta anda kerana minyak ini berfungsi sebagai pelincir enjin. Pastikan minyak hitam tidak kurang dari paras minima kerana ini akan menyebabkan penurunan prestasi enjin anda dalam jangka masa panjang.


Kesimpulan

Meskipun anda seorang wanita, tidak semestinya anda tidak perlu ambil tahu tentang kenderaan anda. 

Untuk memastikan pemanduan anda lancar dan prestasi enjin kereta anda lebih optimum, anda juga boleh mendapatkan produk Cycopro Friction Modifier.

Sedikit sebanyak wanita kena ambil tahu pasal kereta ni.

Tags

Post a Comment

0Comments



Post a Comment (0)