10 AMALAN DI HARI JUMAAT RUGI TAK BUAT | Hari Jumaat merupakan hari penghulu hari dan banyak fadhilat dan kelebihan hari jumaat ni.
Allah SWT menjadikan hari jumaat adalah hari yang sangat istimewa sehingga ia digelar penghulu segala hari.kelebihan hari jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW :”Sesungguhnya Hari jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung disisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya,(hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.”(Riwayat Ibnu Majah)
Selalunya Jumaat nilah yang ramai yang membuat amal kebajikan dan melipat gandakan amalan.Jadi kita perlu tahu 10 amalan dihari jumaat ini supaya kita dapat mengumpul banyak lagi pahala.Lebih baik kejar pahala dari kejar dosa kan? 10 amalan dihari jumaat rugi tak buat kalau kita tahu kebaikkannya.
10 AMALAN DI HARI JUMAAT RUGI TAK BUAT
- Mandi sunat hari jumaat.Sebelum nak mandi tu kita niat unttuk mandi sunat hari jumaat.Pahala yang kita dapat.
- Berpakaian kemas.Terus boleh pergi ke tempat kerja dan bawa ke masjid untuk solat Jumaat
- Memakai wangian.Hari Jumaat ni, semburlah lebih sikit.Tapi janganlah wangian yang terlalu keras sampai boleh orang pening kepala.
- Datang awal ke masjid.Bagi mengelakkan sesak di perkarangan masjid.Parking pun penuh,Jadi kalau datang awal, at least takdelah berebut nak cari parking.
- Membaca surah Al-Kahfi.Paling tidak 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir
- Banyakkan selawat ke atas Nabi.Ambil masa, berselawatlah sebanyaknya.Letakkan jumlah kalau boleh, contohnya nak selawat hari ni berapa banyak.Jadi buat sampai habis ye.
- Banyakkan berdoa hari ini.Kerana ada waktu yang mustajab berdoa pada hari Jumaat.
- Di masjid nanti, elakkan melangkah bahu jemaah lain, hati-hati supaya kalian tak lalu depan orang sembahyang, duduk dekat dengan iman, dengar khutbah.
- Bersedekahlah hari ini.Tak kira di tabung masjid atau kepada sesiapa sahaja.
- berkata yang baik-baik sahaja.Elakkan mengumpat dan mencarut.Banyakkan mendengar nasihat dan cuba sampaikan nasihat juga.
Nak jadi baik kena mula dari sekarang.Jangan bertangguh.
Thankyou share
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan.. Salam Aidiladha sis
ReplyDelete