Zikir Hari Khamis

Zikir Hari Khamis

sitirohaida
1

Zikir Hari Khamis | Bacaan zikir Subhanallahil ‘adziimi wabihamdihi yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari khamis, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah

Zikir Hari Khamis


Zikir ni sangat-sangat dianjurkan di dalam islam dan merupakan kewajipan untuk kita berzikir bagi mengingati Allah swt.Ambillah masa untuk kita berzikir kerana berzikir tu adalah ubat untuk rohani dan dapat menenangkan hati kita.


Zikir boleh diamalkan bila-bila sahaja atau hari apa sekalipun. Namun asbab disenaraikan zikir Subhanallahil ‘adziimi wabihamdihi sunat dilazimi dibaca pada hari khamis supaya kita dapat membahagikan ia mengikut masa yang kita sempat. Namun jika dalam satu hari kita mampu membaca semua zikir yang diharuskan itu, maka amalkanlah semampu kamu.



FADHILAT DAN KEBAIKAN BERZIKIR

Ada banyak kebaikan dan fadhilat apabila kita berzikir memuji dan menyebut nama Allah walau di mana kita berada. Saya ringkaskan seperti di bawah:
 
1. Allah sentiasa mengingatinya
2. Menghalau syaitan
3. Menanam rasa syukur
4. Menambah cinta kepada Allah
5. Membersihkan hati
6. Membuang kebimbangan
7. Mendapat kebaikan di dunia
8. Mendapat ganjaran dari Allah
9. Mendapat kebaikan di akhirat 
 
Semoga kita istiqomah dalam membuat kebaikkan dan menyucikan hati kita.


Tags

Post a Comment

1Comments



Post a Comment