STROLLER BABYZEN YOYO2 RINGAN DAN MUDAH DIURUS | Menjadi satu keperluan bila ada anak kecil ni stroller yang dapat memudahkan kita.
Nak-nak jenis ibubapa yang suka travel, yang suka kesana sini, tapi bila ada anak kecil mereka sangat-sangat memerlukan stroller yang ringan dan mudah untuk diurus.
Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh umi kongsikan tentang ciri-ciri stroller yang perlu kita titikberatkan sebelum membelinya.Yelah, kalau kita tak tau apakah ciri-ciri penting yang perlu kita tahu sebelum membeli stroller, takdelah kita menyesal kan.Buatnya bila dah beli tu, tayar stroller payah nak urus, stroller berat dan besar, macam mana kita nak bawak travel kan
Jadi disini umi kongsikan beberapa tips untuk memilih stroller.
6 TIPS MEMILIH STROLLER YANG SESUAI DENGAN ANDA
#1. Keselamatan
Ini adalah ciri penting yang perlu kita titikberatkan dalam pemilihan stroller untuk sikecil.Kat pasaran di luar sana terlalu banyak stroller yang fake dan tidak melalui proses audit keselamatan.Nampak murah tetapi jika ia tidak menepati ciri-ciri keselamatan untuk anak kita, perlukah kita bertaruh nyawa anak-anak?
#2. Had Berat Dan Umur
Penting untuk kita tahu kerana sebtiap stroller mempunyai had masing-masing.Ada stroller yang sesuai dari 6 bulan ke atas dan ada yang sesuai dari newborn hingga besar.
#3 Berat Stroller
Of course ini adalah ciri yang sama penting yang perlu kita titikberatkan.Kalau dah stroller berat, macam mana nak handle anak kat dalam kan.Mestilah kita cepat penat .Sebab tu ramai ibubapa yang mencari Fully loaded stroller dengan hanya satu tangan.Macam Babyzen Yoyo ni.Sangat ringan dan mudah untuk diurus.
#4 Tayar
Ini juga ciri yang sangat penting untuk kita ambil tahu.Jangan tengok tayar je besar, kadang-kadang susah nak urus.Pengalaman anak pertama menggunakan stroller yang biasa, bab tayar tu sangat leceh.Tak boleh nak adjust bila nak ke kiri dan kanan, dia tak boleh bergerak selari.Dan penting untuk kita cari yang Air Filled.Sebab apa, sebab ianya smoother ride yang mampu menyerap impact from bumps dan crack.Tetapi tayar Air Filled ni lebih mahal dan takde ada stroller biasa.
#5 Stroller Folding/Unfolding
Kadang-kadang kita mak-mak ni jenis suka berdikari.Bawak anak sorang diri kat dalam mall pun tak kisah.Jadi bila dapat stroller yang boleh lipat dan bukak dengan mudah dah memadai.Kalau jenis tak kisah boleh la guna yang stroller unfolding tu.Tapi tulah, banyak kelebihan stroller folding ni dari unfolding
Korang suka mana? hahah
#6. Tujuan Membeli Stroller
Ok ni sebenarnya sesuailah untuk mereka yang suka beraktiviti luar.Ataupun parents yang suka travel.Jadi ciri-ciri stroller yang mudah urus ni kita kena cari supaya ia tidak membebankan kita sewaktu kita membawa stroller ni untuk travel.
Itu dia sedikit tips yang perlu kita titikberatkan dalam pemilihan stroller yang sesuai.
Jom kita lihat pulak kelebihan stroller Babyzen Yoyo2 dari Babyzen Malaysia
BABYZEN YOYO2
Sedikit ulasan tentang babyzen Yoyo 2 ini adalah Kereta tolak yang mudah dibuka dan ditutup dalam masa yang singkat dan boleh disangkut di atas bahu dan diletakkan di dalam kereta yang bersaiz kecil.Mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja dan travel ke mana-mana destinasi yang korang suka.Yang penting anak selesa.
Stroller serba boleh, ultra padat dan sangat kukuh memberikan keselesaan harian yang optimum kepada anak anda.
Yang bestnya korang boleh guna dari baby seawal 0 bulan.Cuma korang perlulah dapatkan yoyo car seat dan masih menggunakan frame yang sama
KELEBIHAN BABYZEN YOYO2
Stroller yang umi nak cerita ni adalah Babyzen Yoyo 2 yang terbaru dari Babyzen.Terdapat 6 warna menarik yang boleh korang pilih.Umi pulak suka dengan warna ginger yang sangat menarik ni.
- Melindungai anak anda sehingga berat 22 kg(48.5 lbs)
- Ringan 6.2kg(13.6 lbs) dalam versi 6+, 6.6kg(14.5 lbs) dengan anak kecil baru lahir atau 8.1kg(17.8 lbs) dengan bassinet.
- Dimensi bagasi kabin terlipat(Folded cabin baggage dimensions)
- Pemikul tali bahu yang empuk
- Penggantungan elastomer Hytrel®, teknologi yang unik.
- Handlebar yang lembut
- Dibekalkan dengan bag sarung
- Bakul dibawah yang menyokong sehingga 5kg(11 lbs)
- Tayar yang besar dan mudah diurus
- Tali pinggan keselamatan yang kemas
- Bukan itu sahaja,malah cushion yang disediakan sangatlah selesa dan terdapat zip pocket juga di belakangnya
Tengoklah betapa selesanya Alisa duduk dalam stroller Babyzen Yoyo2 ni.Umi pun tak penat nak bawak berjalan dia dekat mall.
Nak letak dalam bonet pun mudah hanya tutup sahaja stroller ni, masukkan ke dalam bag sarung yang disediakan dan letak dalam bonet.Mudah kan?
ni pulak umi share cara nak buka stroller ni dengan begitu senang dan menjimatkan masa
https://www.youtube.com/watch?v=uBihsgIPRTw
Ini antara stroller yang sangat versatile yang umi pernah jumpa.Terus jatuh cinta dengan stroller ni tau dan inilah antara stroller yang the one you need.
Banyak pilihan warna yang boleh didapati antaranya:-
- Ginger
- Peppermint
- Toffee
- aqua
- black
- grey
- taupe
- red
- air france blue
Nasib baik takde warna pink, kalau tak umi dah pilih dah.Tapi warna Ginger yang umi ambil ni pun cantik kan.In love betul dengn stroller ni berbanding dengan stroller sebelum-sebelum ni.
untuk korang yang nak mencari stroller yang foldable, lightweight, easy for travel, umi memang rekemen sangat stroller Babyzen Yoyo 2 ni.Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Babyzen Yoyo 2 ni Boleh layari laman web
web : https://www.babyzen.com/us/en-us
Korang juga boleh dapati Babyzen Yoyo2 Stroller Ringan Mudah Di Urus ni di retailer mereka di Baby innvasion, jumping baby jacks, Bebehayys dan banyak lagi
Dan untuk melihat perkongsian Babyzen Yoyo2 di media sosial, boleh klik Facebook Babyzen dan Instagram Babyzen