PENGALAMAN MENGINAP DI SWAN GARDEN HOTEL MELAKA

PENGALAMAN MENGINAP DI SWAN GARDEN HOTEL MELAKA

sitirohaida
1

 PENGALAMAN MENGINAP DI SWAN GARDEN HOTEL MELAKA | Hotel yang terletak di Taman Kota Syahbandar Melaka ini  berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Melaka.

SWAN GARDEN HOTEL MELAKA

Dan tentunya ia menjadi pilihan para pengunjung yang datang ke Melaka untuk menginap di Swan Garden Hotel Melaka ni.Swan Garden hotel ni mempunyai 4 tema bilik yang berlainan.Masa kunjungan umi ke sini, masih lagi dalam suasana pendemik.Jadi tiadalah breakfast di hotel ni.Tapi yang bestnya bila di sini, kalau korang mencari tempat makan viral contohnya, roti canai kayu arang, mee goreng bodo, cendol kampung hulu dan lain-lainnya sangatlah dekat.

Jadi tak rugi kalau korang menginap disini tau.Harganya not bad jugaklah.Umi tunjukkan 4 tema bilik yang ada di Swan Garden Hotel Melaka ni ye.

4  TEMA BILIK DI SWAN GARDEN HOTEL MELAKA

  • Baba & Nyonya 
  • Bali
  • Malay Traditional
  • British Columbia

Semua bilik-bilik ni ada kelebihannya tersendiri tau.So korang boleh tengok nanti gambar-gambar yang umi share di bawah ni

BALINESS ROOM 

SWAN GARDEN HOTEL MELAKA

Ini adalah bilik Bali.Umi suka dengan suasana yang diwujudkan dalam bilik ni.Walaupun umi tak pernah ke Hotel di Bali, tetapi bila lihat gambar-gambar hotel di Bali tu, menggambarkan apa yang ada di bilik Hotel ni tau.

Orang Bali terkenal dengan budaya dan tradisi yang kaya dan untuk mencipta rasa ini, mereka  telah menggabungkan perabot tradisional dari buluh dan kayu jati bersama dengan ukiran batu dan patung fauna untuk pengalaman Bali yang asli.Tentulah bilik ni nampak lebih menarik kan?

BRITISH INDIAN ROOM

SWAN GARDEN HOTEL MELAKA
Bilik ni ada bath tub dan ada satu koridor di luar yang korang boleh lepak-lepak bersama keluarga.Sangat luas untuk keluarga korang yang besar.

Ketika orang Inggeris pertama kali tiba di Asia Tenggara, mereka membawa gabungan eklektik warisan India dan Eropah yang kini dikaitkan dengan Rajas Inggeris. Dari tiang tempat tidur dan panel tebu yang dirancang dengan rumit hingga aksen kulit palsu pada perabot yang diukir, setiap elemen telah disusun dengan penuh semangat untuk memberi korang  nuansa zaman dahulu.

Umi tengok pun rasa nak je stay kat bilik ni.Rasa nak cuba duduk kat semua biliklah senang cerita.

MALAY TRADITIONAL ROOM

SWAN GARDEN HOTEL MELAKA
Bagi Umi bilik yang lengkap untuk korang stay bersama keluarga.Siap ada jacuzzi dan juga pemandangan bandar Melaka di luar tu rasa nak stay lebih lama lagi.

Bilik Malay Traditional ni adalah warisan Melayu telah ditakrifkan semula dengan keselesaan mewah dengan penggunaan rotan, kayu dan perabot tenunan yang indah dengan ukiran bunga atau geometri. Suasana bilik semakin ditingkatkan dengan penggunaan warna coklat gelap dan gelap untuk mencipta semula keselesaan rumah Melayu.


BABA NYONYA ROOM
SWAN GARDEN HOTEL MELAKA


an inilah bilik yang umi diami ketika berada di Melaka.Bagi umi sangat selesa dan bersih.Semua lengkap dengan iron board, almari, peti keselamatan, meja dan lain-lain lagi.

Bilik baba dan Nyonya ni adalah Budaya Baba Nyonya lahir dari imigran Cina yang menyesuaikan gaya hidup mereka agar sesuai dengan masa penyelesaian selat. Perabot kayu rosewood dan kayu jati dengan reka bentuk bunga, tempat tidur kayu dan pasu porselin disusun untuk menghiasi bilik dengan kemudahan gaya moden.

Apa lagi yang best yang ada di hotel ni?
SWAN GARDEN HOTEL MELAKA

Of courselah ada SPA jugakkan.Yelah, bila dah penat jalan-jalan disekitar Melaka, mestilah penat dan nak rehatkan badan.So, jangan lupa untuk memanjakan diri.

Tak lupa jugak, pada korang yang nak buat Team building, meeting, kerja kahwin dan segala jenis majlis, ada juga beberapa bilik  yang sesuai disediakan.


Parkingnya tak perlu sampai naik bangunan.Parking bawah tu jelah.Jom tengok bilik yang umi stay masa ke sini
PENGALAMAN MENGINAP DI SWAN GARDEN HOTEL MELAKA
1 katil queen dan satu lagi katil bujang tu.Sesuai sangat yang bawa keluarga 


TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEKITAR SWAN GARDEN HOTEL MELAKA


Antara tempat makan berdekatan dengan hotel swan Garden ni adalah

  • Roti canai kayu arang
  • Mee hasan Tengkara
  • Asam pedas Kota Laksamana
  • Steamboat Food Truck
  • Cendol Kampung Hulu
  • Satay Kampung Jawa
  • Mee Besen Original
Dan banyak lagi tempat makan yang berdekatan dengan hotel ni.Serius rugi kalau korang tak menginap di hotel ni tau.

Oh ya,sebelum umi lupa, live band juga ada tau disini.Cuma belum sepenuhnya beroperasi dek kerana MCO tempohari.Mungkin semua facilities yang ada seperti Gym dan sebagainya akan dibuka tidak lama lagi di hotel ini.


Dan banyak lagi sekitarnya yang korang boleh jelajahi.Untuk maklumat lanjut tentang hotel ni korang boleh lihat details di bawah ye.

 

Website : https://www.swangardenhotel.com/melaka/



Email : reservation.melaka@swangardenhotel.com

Telefon: +606-288 0888



Tags

Post a Comment

1Comments



  1. nice. boleh try menginap nanti. suka bilik yang ada jacuzzi tu

    ReplyDelete
Post a Comment