MENGINAP DI THE FACE SUITES KUALA LUMPUR | Ia terletak di betul-betul bandar diantara KLCC dan juga Menara KL.Itulah bestnya bila menginap disini, korang akan nampak 2 bangunan dari bilik korang.Bernasib baik, bilik korang betul-betul menghadap dua bangunan ni.
Kalau baca entry lepas, umi ada sebut tentang Itinerary ke Perak tu kan, dan lokasi pertama kami di KL dimana kami naik KL dulu sebelum esoknya bergerak ke Penang.Jadi jome baca pengalaman menginap di The Face Suites Kuala Lumpur ni.
Di Kuala Lumpur, kami menginap 1 malam je di The Face Suites Kuala Lumpur.Cukuplah untuk kami 3 keluarga ni.Dia macam apartment la, ada dua bilik tidur dan sangat-sangat selesa.Memang umi rekemen sangat kalau korang mencari penginapan di Kuala Lumpur ni.
Masa kami sampai di KL pun dah petang, so adik yang dok KL dia dah standby kat sini.Jadi kami tinggal masuk je dalam bilik.Bila masuk sahaja ke dalam bilik ni nampaklah ruang yang sangat luas(tak sempat nak snap semua tempat dalam bilik ni).Banyak betul tempat penyimpanan barang kat ruang ni.
Ada satu bilik dan satu bilik lain yang boleh dibesarkan ruangnya.Yang tu korang boleh google, sebab umi tak sempat nak ambil gambar masa tu.Al-maklumlah kan, travel dengan anak-anak ni cukup mencabar.Itu pun dah ajak pi swimming.Meh tengok apa yang ada di dalam bilik yang kami menginap ni.
ANTARA KEMUDAHAN YANG ADA DI THE FACE SUITES
- Mesin basuh
- dapur
- Cerek air\
- Pinggan/sudu/cawan
- Pan
- Peti ais
- tv
- Iron/iron board
- Toiletres
- dan banyak lagi la
THE FACE SUITES KUALA LUMPUR
Umi sertakan Maps sekali untuk memudahkan korang
nice sharing. selalu berangan je nak menginap kat sini tapi tak sampai lagi. memang lawa view
ReplyDeletenanti wajib try datang sini
DeleteTengok hotel ni, terbayang Pinetree Residence tu, macam lebih kurang sama je kannn..
ReplyDeletehah gitu ler
Delete