LIRIK LAGU MAKUTA - Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama | Duo hip hop popular, Kmy Kmo dan LucaSickta kini berkolaborasi dengan penyanyi pop rock tanah air, Hazama menerusi lagu berjudul Makuta.
Kerjasama ini berlangsung selepas kejayaan mereka merakamkan tiga single dengan penyanyi terkenal Datuk M Nasir menerusi lagu Zuhud, Datuk Sri Siti Nurhaliza (7 Nasihat) dan Datuk Jamal Abdilllah (Neraca).
Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkata, lagu ciptaan mereka yang menggabungkan elemen hip hop dan rock serta konsep Nusantara ini mempunyai mesej cukup mendalam.
LIRIK LAGU MAKUTA - Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama
(Pre Chorus)
Dibentangkan,
papan catur landasannya drama,
bidaknya disusun yang utama,
(Chorus)
“Selendang Dunia” hanya maya,
Melindungi berjuta warganya,
Berilusi,
Jamahan matanya,
Perhalusi,
Jambatan "matanya",
(Kmy Kmo)
Sihir dibibir hadir bersifir,
si modenisasi singkirkan zikir dan witir berdikir sindir komunikasi,
sitkom konflik pandemik panik pelan "covid",
komitmen konkrit,
eksperimen elemen komplit,
kompeten pada teknik,
semua skrip-skrip,
dalam zon-zon,
macam magis bola dan kon-kon,
tektik "Gary ( Gary Wolfsberger )" dan teknik semua di praktik,
sama sedondon,
tragiknya makin panik lebih dramatik kita menonton jadikan nasi kandungan plastik
kumpulan klasik penuh bertong-tong,
(Chorus)
(Hazama)
Bergelora,
jalanan hidup,
dipenjara jalanan hidup,
digembala aturan ini,
tanpa ruang suara ini,
seketika akur mengikut,
telunjuk yang tunjang pengikut,
haluannya dalam habuan,
tumpuan yang dalam tujuan.
(Bridge Hazama, Kmy, Luca)
Aku,
Engkau,
Dia,
Kita,
Tahu,
Hanya,
Dasar,
Mahu,
(Luca Sickta)
Perhatikan peranan bayang
Perhatikan kerahan wayang
Perhatikan serahan layang
Perhatian gerakan datang..
Ey
Kan muncul tiba,
Disulam diam dalam senyum, hiba,
Berjuta risalah diatas riba,
Yang sanjung mula dibalas, kira,
Bila,
Suara lenyap maka jiwa mati,
Yang palsu yang benar bersemadi,
Da vin ci hidup di amati?
Namun tidak kan ia abadi,
Maka terbuka,
Segala kisah duka, buat ramai terluka,
Segala yang dilafaz hanya janji percuma,
Maka berita buruk terhadap si buta hati,