Penjagaan Kesihatan Anak-anak Dengan Eskayvie Diffenz Junior | Bila cerita pasal penjagaan kesihatan anak-anak ni teringat pula masa di awal musim persekolahan baru bermula.
Pada mulanya rasa was-was nak hantar anak-anak ke sekolah disebabkan virus yang kita tak nampak ni yang semakin berleluasa. Lebih-lebih lagi bila anak ke sekolah, mestilah kita bertambah risau. Lagipun, antibodi anak-anak ni bukan semuanya sama. Ada yang mempunyai antibodi yang kuat dan ada juga yang lemah.
Tapi nak tak nak, terpaksa juga hantar anak-anak ke sekolah sebab taknak mereka ni ketinggalan dalam pelajaran. Tambahan pula si adik ni jenis mudah sangat demam dan selesema. Lagilah kan kita risau.
Bukan sahaja kita risau bila mereka ke sekolah, nak bawa jalan-jalan atau bermain di luar pun buatkan kita sendiri tak pasti samada selamat atau tidak.
Jadi, bagi melindungi anak-anak agar mereka kekal cergas, pengambilan vitamin ni sangat-sangat perlu. Bukan orang dewasa sahaja yang memerlukan suplemen tambahan, malah anak-anak yang masih kecil juga.
Anak-anak kita sekarang ni sangat terdedah kepada amalan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan tubuh mereka kekurangan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran. Jadi, sebaiknya kita perlu cari solusi bagaimana nak cukupkan nutrisi untuk tumbesaran anak-anak menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Nutrisi Tambahan Adalah Satu Keperluan
Saranan daripada pakar sangat menggalakan ibu bapa untuk memberikan anak-anak mereka pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, produk berasaskan tenusu dan protein dalam menu seharian bagi mendapatkan nutrien yang cukup. Ini bagi membantu proses tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
Tetapi jarang anak-anak yang suka makan sayur dan buah-buahan sehingga menyebabkan mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Akibatnya, mereka mudah terkena penyakit, sering demam, batuk dan selesema.
Sebab tu umi perlukan satu suplemen yang lengkap untuk bantu anak-anak umi melawan pelbagai jenis penyakit. Lebih-lebih lagi dalam keadaan wabak yang melanda sekarang ni.
Eskayvie Diffenz Junior Terbaik Untuk Perlindungan Anak Kita
Dalam usaha melindungi diri, kita perlu tahu yang anak-anak juga memerlukan perlindungan yang sama seperti orang dewasa. Malah, perlindungan untuk anak-anak seharusnya diberikan kerana imun badan mereka masih lemah.
Selain menyahut saranan kerajaan dalam program vaksin untuk anak-anak, kita boleh berikan perlindungan extra kepada mereka dengan memberikan Diffenz Junior sebagai suplemen tambahan dalam diet seharian.
PRODUK DIFFENZ JUNIOR
Diffenz Junior berperisa oren ini diformulasikan oleh Dr Syid Ayob yang merupakan seorang doktor dan juga formulator terbaik. Ia terdiri daripada gabungan beberapa bahan utama seperti Kolostrum, multivitamin seperti vitamin C dan D, Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-camu yang kaya dengan antioksidan dan flavonoid semula jadi, tablet kunyahan berkhasiat ini mampu memberikan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak.
Jom kita lihat apa khasiat yang terkandung dalam bahan yang umi sebutkan di atas.
Kolostrum
Kolostrum merupakan susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak.Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai faktor pertumbuhan (Growth Factor).
Selain itu juga ia membantu :-
● Meningkatkan sistem imun badan
● Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
● Kesan anti-mikrob dan anti-virus
● Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan ciri birit
● Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat
Multivitamin Dan Mineral
Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater.
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu:
● melengkapkan keperluan nutrisi
● menyokong penglihatan
● merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
● melindungi diri daripada jangkitan
● membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
● membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhicocerus)
Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus. Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya dan sukar diperolehi. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram!
Pada tahun 2002, pelbagai kajian telah giat dijalankan apabila mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.
Kebaikan Cendawan Susu Harimau :
● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
● Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
● Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma
Buah Camu-Camu
Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, mengandungi vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.
Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.
Kebaikan Buah Camu-Camu:
● Menguatkan sistem imun
● Antioksidan dan anti-radang
● Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
● Menstabilkan tekanan darah tinggi
● Merangsang penghasilan kolagen
● Mengawal gula darah
Vitamin D
Vitamin D membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi.
Vitamin C
Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.
Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.
Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.
Khasiat & Kebaikan Eskayvie Diffenz
Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.
Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.
Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.
Khasiat & Kebaikan Eskayvie Diffenz
Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa sebenarnya kebaikan yang ada dalam Diffenz Junior ni untuk diberikan kepada anak-anak kita?
Terdapat beberapa kebaikan yang perlu korang tahu dan kenapa ianya sangat-sangat diperlukan oleh anak-anak kita, antaranya adalah :
● Menyokong tumbesaran yang sihat
● Meningkatkan sistem imun badan
● Melengkapkan keperluan nutrisi
● Menyokong kesihatan mata
● Menyokong kesihatan tulang dan otot
● Menyokong kesihatan paru-paru
● Melindungi daripada jangkitan kuman
● Menguatkan gigi dan gusi
● Memberikan tenaga
● Membantu penyembuhan luka.
Dan Umi rasa kita memang perlukan Diffenz Junior untuk diberikan kepada anak-anak. Kerana semua kebaikan di atas memang cukup lengkap untuk kanak-kanak kan? Ini sebagai persediaan untuk anak-anak sebelum melangkah ke alam persekolahan tidak lama lagi.
Bila baca banyak testimoni yang positif tentang Diffenz Junior ni, terus Umi rasa nak mencuba. Ni antara salah satu testimoni pengguna yang menggunakan Diffenz Junior.
Testimoni Adik Nor Syazwani, 10 tahun Selangor. Positif untuk 10 hari, gejala berat semakin berkurangan.
Adik Nor Syazwani (10 tahun) disahkan positif dijangkiti wabak Covid-19. Simptom yang dialami adalah demam panas, sakit-sakit badan, lenguh badan serta batuk yang amat perit dan berpanjangan.
Serangan wabak ini tidak mengira umur. Bukan sahaja membawa kesan kepada orang dewasa, malahan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Ia terlebih dahulu menyerang bahagian pernafasan. Mereka yang dijangkiti akan menjadi sangat tidak bermaya serta hilang selera makan.
Risau sekiranya virus pembunuh ini akan menjadi lebih mudarat, ibu kepada adik Nor Syazwani mengambil keputusan untuk memberikan Diffenz Junior sebagai ikhtiar kepadanya.
Adik Nor Syazwani mula mengambil 2 biji Diffenz Junior setiap hari bagi setiap 6 jam seperti yang telah disarankan. Perubahan yang ketara dapat dilihat pada hari ke-3 iaitu demamnya semakin kebah dan pada hari ke-10, badannya tidak lagi sakit malah batuknya juga telah berkurangan.
Lebih mengejutkan lagi, kakaknya Nor Syahidah (12 tahun) yang merupakan kontak rapat tidak dijangkiti kerana turut mengamalkan Diffenz Junior pada masa yang sama.
Diffenz Junior diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti Cendawan Susu Harimau dan buah Camu-camu yang telah dikaji boleh membantu melindungi paru-paru serta mampu meningkatkan sistem imun badan.
Jom sama-sama berikan perlindungan terbaik kepada anak-anak dengan bekalkan mereka Diffenz Junior. Anak-anak juga berhak diberikan perlindungan yang terbaik kerana mereka memiliki imunis badan yang masih lemah dan perlukan sokongan.
Sama-sama kita ikhtiar.
Hah.. Kalau korang nak tau tentang harga dan bagaimana nak dapatkan Diffenz Junior ni boleh la layari website dan social media Eskayvie Diffenz Junior di bawah ni.
#Eskayvie
#EskayvieDiffenz
#EskayvieDiffenzJunior
#KitaIkhtiar