DRAMA TARIK AKU KE SYURGA - SLOT SAMARINDA TV3

DRAMA TARIK AKU KE SYURGA - SLOT SAMARINDA TV3

sitirohaida
0

 DRAMA TARIK AKU KE SYURGA - SLOT SAMARINDA TV3 | Drama arahan Malek Rahman mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3

DRAMA TARIK AKU KE SYURGA - SLOT SAMARINDA TV3

SINOPSIS TARIK AKU KE SYURGA

Disebabkan suatu rahsia tentang dirinya terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya.” – HAJAH RAUDAH

Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita.

Setelah bernikah, Zara tak pernah disentuh. Justeru itu, dia dapat merasakan keanehan pada sikap Zamri yang bagaikan tidak pernah memandangnya sebagaimana seorang suami memandang isterinya.


“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walaupun setelah tahu awak tak normal…” - ZARA

Namun hubungan mereka menjadi semakin sukar apabila Ricky yang berdendam, tidak mahu melepaskan Zamri.

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.” - RICKY

Apakah kesudahan cerita mereka? Terlunaskah segala dendam? Atau adakah kesakitan yang dibawa sehingga ke hujung nyawa?

DRAMA TARIK AKU KE SYURGA - SLOT SAMARINDA TV3


WATAK PELAKON DALAM DRAMA TARIK AKU KE SYURGA

Zul Ariffin sebagai Zamri

Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia

Keith Foo sebagai Shawn

Lisdawati sebagai Hajah Raudah

Izzendra sebagai Natasha

Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad

Aleeza Kasim sebagai Datin Maria

Esma Daniel sebagai Dato Azman

Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah

Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam

Hafreez Adam sebagai Kashaf

Nada Nursyuhada sebagai Che Pah

Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri

Idzham Ismail sebagai Dahlan

Ayra Messi sebagai Julia

Nabil Aqil sebagai Aidil

Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah

Zizi Hazirah sebagai Rahila 

Sean Lee sebagai Dr Chin


Lagu Tema (OST)

Bukti Cinta - Wanie Ooi

Kekasih - Aiman Sidek, Aniq Muhai, Alif Azhari

Teristimewa - Aiman Sidek

Tags

Post a Comment

0Comments



Post a Comment (0)