BENQ SCREENBAR E-READING LAMPU UNTUK MONITOR DAN BELAJAR | Bukan sahaja kita memerlukan monitor yang terbaik malah lampu monitor pun kita perlu ambil tahu jugak mana yang sesuai dan mana yang tidak.
Lagi pulak sekarang ni kita atau anak-anak menggunakan monitor terlalu lama dan ia boleh menyebabkan mata cepat menjadi penat.Jadi, Sangat penting ya lampu yang sesuai dikala kita bekerja seharian menghadap monitor kerana sudah tentu ia berbahaya pada mata.Mata kita perlu dilindungi supaya ianya tidak rosak.
Puas dah sebelum ni cari monitor light bar di pasaran.Selalunya umi menggunakan lampu sedia ada je dikala membuat kerja.Nak pulak bila buat kerja malam-malam kan.Sakit mata guna lampu yang sedia ada tu.Mengikut penyelidikan menunjukkan bahawa kita menggunakan computer selama 5-7 jam setiap hari.Menatap skrin yang terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan pada mata.Sebab tu mata kita cepat je penat apabila terlalu lama menghadap monitor kan.
Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia ni menjadi pilihan umi kerana lampu monitor Screenbar e-Reading Lamp ni telah direka khas untuk anak-anak yang sekarang ni belajar secara online.
MENGAPA KITA MEMERLUKAN LAMPU UNTUK BERFUNGSI DI HADAPAN SKRIN ATAU MONITOR
Bila kita membuat kerja berjam-jam dengan keadaan cahaya yang terlalu terang atau terlalu gelap, ia boleh merosakkan mata kita tau.Tau tak, apabila cahaya terang, pupil pada mata akan mengecil dan jika cahaya kurang terang pula, pupil akan mengembang.Pupil ini berfungsi seperti aperture kamera fotografi, ia akan mengecil dan membesar mengikut cahaya persekitaran kita.
Dalam keadaan cahaya yang tidak sesuai, otot sirkular pada mata akan mengecut apabila cahaya disekeliling kita rendah.Manakala otot ini akan berkontraksi menyebabkan pupil mengembang ketika berada dalam keadaan cahaya yang terang.Bila terjadinya seperti itu, mata akan cepat rasa tegang dah mudah letih yang boleh menyebabkan kita sering sakit kepala.
Jadi pemilihan lampu monitor yang bagus dapat membuatkan mata kita lebih selamat.
Baca juga : Benq Screenbar E-reading Monitor
Antara Lampu monitor yang sesuai digunakan bukan sahaja orang dewasa malah anak-anak yang sedang menghadapi PDPR ini adalah Screenbar e-Reading Lamp dari BenQ Malaysia.
SCREENBAR E-READING LAMP BENQ
KELEBIHAN BENQ SCREENBAR E-READING LAMP
- Terdapat fungsi eye-care dan juga 14 level adjustable brightness and 8 level adjustable 2700K warm light to 8500K cool light adjustable.Terdapat warm light untuk pencahayaan yang santai dan cool light untuk kita lebih fokus melakukan sesuatu kerja.
- kecerahan adalah kunci. amalan standard untuk pencahayaan pejabat mengesyorkan tahap pencahayaan pada 500 lux
- Kesemua lapan warna mematuhi standard warna putih ANSI.Warna yang boleh disesuaikan untuk meningkatkan kecekapan dan keselesaan penggunanya.
- Sumber cahaya LED yang berkualiti memastikan penjagaan mata yang betul.
- Kuasa USB – Tiada wayar tambahanama ada komputer, pengecas telefon atau power bank, mana-mana outlet USB dapat menghidupkan ScreenBar dan menerangi meja anda. Setelah menghidupkannya, ScreenBar menyambung semula tetapan suhu dan kecerahan warna yang terakhir anda gunakan untuk menyambut anda dengan bersemangat kembali bekerja.
- Reka bentuk ringkas untuk kualiti premium.Ia tidak ada lapisan dicat atau dicetak hanya aloi aluminum tahan lama dan polimer kejuruteraan berkualiti tinggi.
- Angle lampu yang boleh diubah mengikut keselesaan mereka yang menggunakannya.
- Korang boleh lihat dua cahaya dari screenbar e-reading yang boleh disesuaikan mengikut keadaan sekeliling.