BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR LINDUNG MATA DARIPADA BLUE LIGHT PADA SCREEN | Sejak anak-anak mula PDPR hari tu, mereka menggunakan laptop dan handphone untuk komunikasi secara online.
Disebabkan terlalu lama melihat monitor, mata anak-anak akan cepat letih dan penglihatan kurang selesa.Itu yang paling umi risaukan tu.Jadi bila dah lama sangat PDPR dijalankan terpaksalah umi cari alternatif untuk elak mata anak-anak dari rosak.
Umi pun boleh la tumpang sekaki.Macam tak puas pulak guna screen laptop.Jadi bolehlah umi guna sekali BenQ eye care stylish monitor GW2780T ni.Kalau korang nak tau, BenQ Stylish Eye Care Monitor ni memang direka khas untuk E-learning anak-anak di rumah.Sebab tu umi dapatkan satu untuk mereka.
BenQ Eye Care Stylish Monitor ni dapat melindungi mata anak-anak kita daripada blue light yang ada pada Screen.Sebab tu dia di design khas untuk student.Kesan Blue light pada pada deria penglihatan sangat bahaya untuk mata tau.
KESAN BLUE LIGHT PADA MATA
Kajian menunjukkan bahawa , dari masa ke semasa pendedahan kepada cahaya biru, samaada secara semulajadi dari matahari atau tiruan iaitu dari dari skrin peranti digital, boleh menyebabkan kerosakan retina dan buta. Ini lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mata mereka lebih menyerap lebih banyak cahaya biru dari skrin peranti berbanding orang dewasa.
Sumber Cahaya Biru
- Matahari
- Lampu pendarfluor
- Lampu LED
- Menthol CFL ( lampu pendaflour padat )
- Monitor komputer, telefon pintar, skrin tablet, peranti elektronik dan lain-lain
- Televisyen LED
- Menthol lampu pijar
Kesan Dan Bahaya Kepada Pendedahan Berlebihan Kepada Cahaya Biru
Tanda-tanda tekanan mata digital termasuk gejala sakit mata dan iritasi, penglihatan kabur, sakit kepala, leher, sakit belakang dan bahu
Kerosakan retina dan kemerosotan makula yang berkaitan dengan usia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan
Penyelidik Harvard telah mengaitkan pendedahan kepada cahaya biru pada malam hari untuk beberapa jenis kanser ( payudara dan prostat ) , diabetes, penyakit jantung, obesiti dan peningkatan risiko kemurungan.
Dah baca kan betapa bahayanya blue light ni pada anak-anak kita.Jadi meh umi cerita sedikit tentang BenQ Eye Care Stylish Monitor yang dapat melindungi mata anak-anak kita dari cahaya biru ini.
BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR
BenQ eye care stylish monitor GW2780T memang design untuk anak-anak kerana ia mempunyai perlindungan mata dari sinaran cahaya biru yang selalunya terdapat pada gadget dan monitor lain.Terdapat sensor cahaya yang ada pada BenQ eye care monitor yang dapat mengesan cahaya persekitaran dan kecerahan pada kandungan skrin.
KELEBIHAN BENQ EYE CARE STYLISH MONITOR
BenQ eye care stylish Monitor GW2780T adalah monitor 27 inchi IPS dengan eye care technologies mempunyai resolusi 1920×1080 dan aspet ratio 16.9.
Mudah untuk kita sambungkan pada laptop, tablet mahupun smartphone.Tapi macam umi ni, hanya gunakan monitor sahaja.Sebab cikgu-cikgu kebiasaannya memberikan video untuk anak-anak umi.Just umi sambungkan kepada Android box sahaja.
Antara kelebihan yang umi suka pada BenQ eye care monitor ni adalah:-
HEIGHT ADJUSTMENT STAND(HAS) – KETINGGIAN BOLEH LARAS
Seriuslah boleh? Ye korang, pasti korang tak pernah lagi kan jumpa monitor yang boleh adjust ketinggiannya? BenQ eye care monitor ni boleh adjust penggunaannya samada korang nak rendahkan atau tinggikan.Jadi bila anak-anak guna, mereka akan rendahkan, dan kalau umi yang guna boleh laraskan ketinggian mengikut ketinggian umi pulak.Jadi takdelah nanti dok nak usung sana-sini nak rendahkan monitor ni kan?Kalau korang tengok kat gambar tu, macam tulah cara nak laraskan ketinggian monitor ni.
Dan satu lagi ia boleh dicondongkan ke atas dan kebawah.Dia pun boleh bersenam jugak..hahahah.Best tau monitor ni.Boleh adjust mengikut ke mana kita nak tengok monitor tu.
LOW BLUE LIGHT TECHNOLOGY -TEKNOLOGI CAHAYA BIRU YANG RENDAH
Antara fungsi istimewa yang ada pada monitor ni adalah ia dapat melindungi kesihatan mata kanak-kanak dan orang yang menggunakanannya.
Lampu biru yang dipancarkan dari peranti digital dapat menurunkan pengeluaran melatonin. Ini mempengaruhi kualiti tidur kita, yang berkait rapat dengan produktiviti di tempat kerja dan kecekapan belajar di sekolah pada keesokan harinya. GW2780T dengan Teknologi Cahaya Biru Rendah menyaring cahaya biru yang berbahaya untuk kualiti tidur yang baik dan kesihatan mata.Jadi tak perlu risau dengan mata yang penat bila menghadap skrin
BRIGHTNESS INTELLIGENT TECHNOLOGY
Yang best pada monitor ni ia dapat mengesan cahaya disekeliling kita dan menyesuaikannya sendiri secara automatik.Yelah, kita ni mana rajin nak adjust kecerahan cahaya pada monitor ni.Jadi penyelesainnya of courselah bila menggunakan BenQ eye care monitor ni.Dengan Sensor BI yang terletak pada bahagian depan monitor ni dia dapat mengesan cahaya sekeliling kita.Kita tak perlu risau untuk cahaya yang boleh merosakkan mata tu.
FLICKER-FREE TECHNOLOGY
Belajar atau bekerja sepanjang hari dapat benar-benar melelahkan mata kita, dan ketika kita harus menatap skrin, terutama komputer riba, dan melakukan tugas di rumah, kerlipan pada skrin dapat memberi tekanan tambahan pada mata kita, menyebabkan berkedip berlebihan dan sering menggosok mata. Teknologi GW2780T dengan Flicker-Free dapat mengurangkan keletihan dan kerengsaan mata dengan berkesan untuk keselesaan melihat dan kecekapan bekerja dengan lebih baik.
COLOR WEAKNESS MODE
Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa kekurangan penglihatan warna kongenital mempengaruhi 8% lelaki dan 0.5% wanita. Bagi kanak-kanak yang suka mencipta seni, kelemahan warna mungkin mempengaruhi pengecaman warna dan minat mereka dalam pembelajaran seni.Jadi dengan adanya BenQ eye care monitor ni mereka dapat melihat warna sebenar menggunakan monitor ini.
IPS PANEL / HDMI 1.4/ DISPLAY PORT 1.2 / D-SUB/ HEADPHONE JACK
Korang boleh tonton video dari youtube umi untuk melihat sejauh mana penggunaan yang memudahkan kita
REVIEW BENQ EYE CARE MONITOR GW2780T SELEPAS MENGGUNAKANNYA
- Harga berpatutan
- Jaminan selama 3 tahun
- On-site pickup service
- Speaker yang sudah sedia ada
- Pemasangan yang sangat mudah
- Screen yang besar
Maklumat lanjut di bawah
BenQ GW2780T- https://bit.ly/3iPns2M
Shopee – https://cutt.ly/5QZa1Vy
Lazada – https://cutt.ly/zQZaBXR