Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus Memudahkan Kerja Rumah | Tak perlu nak terbongkok-bongkok dengan adanya Vacuum Cleaner ni di rumah.Kerja jadi pantas dan waktu rehat umi makin panjang.Jadi bolehlah buat kerja lain kan.
Masa mula-mula nak dapatkan Vacuum Cleaner ni, fikir jugak brand mana yang bagus dengan harga yang berpatutan.Yelah, selalunya Vacuum Cleaner di pasaran ni, agk mahal kan.Jadi terbantut lama sangat tau nak memilikinya..Hah gitu
Tapi bila umi ternampak Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus ni, terus umi rasa nak beli.Yelah, harga murah dan banyak tau kelebihan Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus ni.Sementara tu jom ketahui lebih lanjut tentang A&S ni.
TENTANG A&S
A&S adalah pereka, pengeluar dan pengedar produk elektronik pengguna inovatif terkemuka di Malaysia.
Sejak 2017, A&S telah mengubah produk elektronik tradisional menjadi produk unik yang direka untuk menjadikan hidup lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Kami bekerjasama dengan pembekal komponen terbaik di seluruh China, Korea dan Taiwan untuk memastikan kualiti pada setiap tahap rantaian bekalan. Dengan kehadiran di seluruh Asia Tenggara dan akan datang ke Timur Tengah & Amerika, kami berhasrat untuk menjadi “Sahabat Gaya Hidup Sempurna” anda.
CORDLESS VACUUM CLEANER A&S A90 PLUS
Memang banyak kelebihan cordless vacuum cleaner A&S A90 Plus yang menyebabkan umi TERPAKSA beli hahaha..
Ok nak bagi tau korang A&S ni dah banyak keluarkan Cordless Vacuum Cleaner pelbagai model.Antaranya Robotic vacuum cleaner, tv, peti ais dan banyak lagilah.Korang boleh pergi ke website A&S kalau korang nak tau produk keluaran mereka.Untuk entry ni umi nak cerita tentang apa yang best menggunakan cordless vacuum cleaner A&S A90 plus ni.
Sampai je rumah, umi terus unboxing tau.Tak simpan dah..Rugilah kalau umi simpan kan.Dengan penuh kesabaran umi charge dulu bagi penuh supaya dia dapat berfungsi dengan baik.Nak charge dia pun senang.
Tunggu lah sampai yang berwarna biru tu penuh.Lepas tu dah boleh suruh vacuum ni buat kerja.
Dengan menggunakan Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus ni,umi dah tak perlu pening kepala.Nak bersihkan rumah pun umi lebih rajin dan semangat.Sebab tak leceh nak tarik keluar wayar dari vacuum, kena cucuk plug bagai tu.Dengan Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus ni, bersihlah nak bersih dekat mana, ruang besar,tempat tidur,dapur, dalam kereta pun boleh ok.Nak angkut sana sini senang sebab ringan je
Bila cuba je dekat karpet umi tu, memang ler nampak sampah-sampah je dia tarik.Masa tu memang cakap dalam hati,ala….biasa je.Kita tengok dulu nanti hasilnya.
Kena dekat karpet umi yang kalau pakai penyapu lidi baru jalan, umi pun try vacuum menggunakan removal brush.Hah!! terkejut den tau.Bersih betul.
umi gunakan benda ni untuk sedut di tempat-tempat yang susah untuk dicapai dengan vacuum yang besar.Di bawah-bawah kerusi, di tepi-tepi tingkap dan di celah-celah almari, memang bagus guna ni.Serius umah umi memang banyak habuk.Lagilah rumah tepi jalan besar, bila selalu bukak tingkap, memang banyak la kan habuk kat luar tu masuk.
Guna ni,tekan suction kepada level dua,Wah!! terbaik.Senang nak menyedut dekat bawah-bawah kerusi dan seanteronya.
Kerja-kerja membersihkan rumah sangat dilakukan dengan tenang.Takde unsur-unsur keganasan sepanjang menggunakannya.Kalau penyapu lidi tu sikit-sikit hentak, sikit-sikit hentak.Pinggang pun boleh patah tau lama sangat menunduk.Itu yang penting.Maklumlah dah tua ni, kalau menunduk banyak sangat nanti sakit belakang.
Malam tu jugak umi bersihkan sekitar karpet dan ruang tamu.Nampak tak betapa rajinnya umi buat kerja dengan maid baru ni.Punyalah tak menyabo kan umi ni.
So, korang nak tengok tak hasil dari maid baru ni buat kerja.Bila bukak ni memang..SPEACHLESS.Bukan je sampah dan rambut tau.habuk-habuk halus pun banyak…
Nampak!! Tapi nak bagi tau, ini adalah sampah kedua yang umi sedut.Korang tengok dekat video yang pertama kali umi vacuum rumah ni menggunakan Cordless vacuum cleaner ni.Memang terbaik.
Inilah habuk-habuk yang melekat dekat brush dalam tu.Bukan kata habuk je tu, rambut umi yang kat lantai tu memang semua disapunya.Best gila.
Jadi apa ciri-ciri yang terdapat pada cordless vacuum ni.Nak jugakkan tau walaupun korang hanya tau guna je tapi tak tau ciri-ciri yang ada pada cordless vacuum korang tu..
CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA CORDLESS VACUUM CLEANER A&S A90 PLUS
- 10,000Pa suction power
- 150w Output Power
- 0.8L Dust Cup
- HEPA Filter
- 30 minutes working time
- 2,200mAh built in battery
- 2 speed control
Di dalamnya juga terdapat
- Dust Mite Removal Brush
- 2 in 1 Crevice Nozzle & Brush charging
- Wall hanger & accessories storage
And tambahan korang akan dapat kad warranty kerana setiap pembelian mereka akan berikan korang 2 tahun warranty.So itu korang tak perlu risau.
Mesti korang nak tanye umi pasal harga Cordless Vacuum cleaner yang terbaik ni kan.
Harga Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 PLUS ni berharga RM499 sahaja tau.Berbaloi kan?
Of courselah berbaloi kalau dia boleh keluarkan habuk-habuk kecik macam tu.
MANA NAK DAPATKAN CORDLESS VACUUM NI
Untuk pengetahuan korang, mereka ada authorized dealer di seluruh Negeri.Tapi nak memudahkan kerja korang, boleh buat pembelian di Shopee dan juga Lazada.
Nak lagi murah korang boleh beli masa 8.8 Shopee tu nanti.Korang guna je kod yang umi letak kat bawah ni untuk dapatkan diskaun bila korang membeli produk ni di Lazada
Kod Diskaun – Lazada Voucher
Untuk maklumat lanjut tentang produk A&S ni korang boleh rujuk details dibawah
okayy faiq dah tahu next target nak beli apa untuk bagi gift dekat my mom for her birthday.
ReplyDeleteSis ada vacuume yang jenis wayar tu. Kalau tengok vacuum jenis ni kuat juga dia sedut tu ya...
ReplyDelete***vacuum
Deleteorang perempuan memang wajib ada cordless vacuum ni sebab banyak rambut gugur. Kalau pakai penyapu memang bercinta jadinya, habis masa dekat situ je. Pakai cordless vacuum ni sambil tengok movie pun boleh kemas rumah
ReplyDeleteWow... this cordless vacuum cleaner looks awesome. Me need to get me on of these. Thank you for sharing.
ReplyDeleteWow... this cordless vacuum cleaner looks fantastic! Me need to get me one of these. Thank you for sharing.
ReplyDeletethe price so attractive! I like to use Cordless Vacuum Cleaner to clean the house too
ReplyDeleteNie buat Rawlins rasa macam nak beli gak - ada banyak fungsi yang Rawlins nak guna kat rumah.
ReplyDeleteNell pun keen to go for cordless vacuum since lebih convenient kan... flexible in movement and to reach tempat yang susah nak capai... boleh consider la this one..
ReplyDeletePenat hari2 vacuum pakai vacuum biasa... Nak jugak cordless vacuum ni...
ReplyDelete