NAK ANAK DENGAR KATA DAN RAJIN SOLAT, AMAL 7 DOA INI

NAK ANAK DENGAR KATA DAN RAJIN SOLAT, AMAL 7 DOA INI

sitirohaida
1

 NAK ANAK DENGAR KATA DAN RAJIN SOLAT, AMAL 7 DOA INI | Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dan ini yang perlu kita lakukan dari anak masih kecil lagi dengan mengamalkan doa-doa ini.

7 DOA IBU BAPA PERLU AMALKAN AGAR ANAK MENDENGAR KATA DAN RAJIN SOLAT


Ibubapa mana yang taknak anaknya rajin solat dan mendengar kata.Bak kata orang tua, sejuk perut ibu mengandung.Itulah yang selalu kita dengar bila melihat anak-anak kita rajin solat dan mendengar kata.

Umi kongsikan 7 doa yang perlu diamal agar anak kita sentiasa mendengar kata dan rajin untuk solat.Nak ajar anak cara nak bersolat sebenarnya agak mudah, tapi nak didik anak rajin solat, fuh, bersilat juga. Selalunya di rumah, cepat sahaja mereka tunaikan solat. Cukup si ayah menjeling, terus mereka bergegas ambil wudhuk. Tetapi apabila takde mak abah, mulalah ia culas.

[ Baca juga : 18 PETUA POWER MENDIDIK ANAK YANG NAKAL]

Itulah yang dihadapi ibubapa ketika ni kan.Tapi jangan risau, doa dari ibu tiada hijabnya.Jadi sentiasalah berdoa untuk anak-anak supaya anak menjadi orang yang seperti kita kehendaki.

7 DOA IBU BAPA PERLU AMALKAN AGAR ANAK MENDENGAR KATA DAN RAJIN SOLAT


#1 DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL

Ibubapa boleh amalkan membaca surah Ash-Syura ayat 19:

" Allah maha lebut takdir-Nya(serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya.Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-NYa(menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa" Baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur

#2 DOA ANAK LEMBUT HATI, PINTAR DAN SOLEH



Ketika ibu-ibu memasak, sentiasalah basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari surah Ali Imran yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kautkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertawakallah kepada Allah supaya kamu berjaya"

Diikuti pula dengan perbanyakkan zikir "Ya Hayyu. Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang.Atau baca surah Al-fatihah, surah Taha ayat 1-5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya, Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebutkan nama anak),"Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman., kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

#3 DOA TANGANIU ANAK LASAK DAN NAKAL

Ibubapa boleh amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud :

"Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang,dan zuriat keturunanku.Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku."

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah Al-Furqan ayat 74 bermaksud:

"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada ister-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."

#4 DOA SUPAYA ANAK RAJIN SOLAT

Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40-41

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat.Ya Tuhan Kami perkenankanlah doaku.Ya Tuhan kami ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat)

Dan ini seeloknya dibaca selepas solat atau setiap kali teringatkan anak.

#5 DOA ANAK TAAT PERINTAH ALLAH

Supaya anak taat perintah Allah ibubapa boleh amalkan doa dari surah Al-Baqarah ayat 128:

" Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak-anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara ran tempat-tempat ibadah haji kami dan terimah taubat kami ini.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha penerima Taubat lagi yang maha Penyayang.

Amalkanlah dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat

#6 DOA AGAR ANAK MENDENGAR KATA

Amalkanlah membaca surah Al-Anbiya ayat 69;

"Kami berfirman, Hai api menjadi dinginglah dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim"

Atau Al-Hasyar ayat 22-24

"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,Dialah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Dialah Allah yang tiada Tuhan selain dia, yang maha suci, Yang maha sejahtera,, ang mengurniakan keamanan,yang memiliki segala keagungan,Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.Dialah Allah yang menciptakan, Yang mengadakan, Yang membentuk apa yang ada dilangit dan dibumi, dan Dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana.

#7 DOA MEMOHON RAHMAT DAN KEBERKATAN

Jika kita telah amalkan surah-surah diatas, kita juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik.Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah AL-Imran ayat8-9

"Mereka berdoa, Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya, Engkaulah Maha pemberi kurnia.Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya.Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji

Semoga bermanfaat untuk kita sebagai ibubapa.Membina satu keluarga yang aman dan harmoni.



Tags

Post a Comment

1Comments



Post a Comment