Menu Mudah Nak Buat Puri dan Kari Sardin| Bila cuti hujung minggu ni, ada je nak makan.Jadi bila bahan tu semua ada, maka siaplah kudapan Roti Puri dan Kari Sardin
Kalau hari biasa umi memang sibuk dengan urusan hantar dan ambil anak sekolah.Lagi pulak sekarang ni umi ambil upah untuk perap kambing bagi satu produk ni.
Nampak mudah tapi penat yakmat.Alhamdulillah syukur sebab ada jugaklah income sikit-sikit untuk bantu babah.
Cara buat roti puri ni pun senang, jadi petang tu kita uli je tepung.Kalau tak tau nak buat roti puri macam mana, meh umi share resepi nak buat roti puri ni.
RESEPI ROTI PURI MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahannya
- 2 cawan tepung gandum
- 1 peket yis
- 2 sudu gula
- 1/2 sudu garam
- Minyak masak 3 sudu
- 1 cawan air suam
Cara buatnya
- Masukkan tepung gandum, gula, garam dan yis.Yis tu tak perlulah korang rendam air.
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga dia menjadi doh
- Bila dah sebati semua,rehatkan tepung selama 1 jam.Sambil tu boleh la korang buat kari sardin.
- Tepung yang dah direhatkan tu korang tepuk-tepuk sikit bagi keluar angin dia.
- Kemudian ambil sedikit demi sedikit dan korang bolehlah canaikan ikut besar yang korang nak.Boleh refer gambar kat bawah ni
- Di dalam kuali yang panas korang masukkan tepung yang korang dah lenyek macam roti tu.
- Sambil tu korang siram-siram minyak kat atas tepung tu untuk dia hasilkan gelembung.
- Goreng hingga kekuningan dan ulanglah step tu sampai tepung tu habis.
- Siap untuk dihidangkan dengan kari sardin dan juga Kopi panas
Hah!! Senangkan..Janji ada bahan kat rumah,semuanya jadi tau.
Tak pernah lagi nak baut sendiri.. nanti nak cubalah...
ReplyDelete