MUDAHNYA NAK MASAK MEE SIZZLING TANPA HOT PLATE | Kalau dulu teringin nak makan Sizzling ni mesti pi cari kedai.Rupanya kat rumah pun boleh masak mee sizzling macam kat kedai.
Nampak nau umi tengha rajin menggodeh resepi kan.Masa pi belanja dapur tu ternampak la mee ni kat rak, terus umi google, cara buat mee sizzling di rumah tanpa hot plate.Kang satu kerja pulak nak cari hot plate tu kan.
Baca Juga : Resepi buat laksam paling sedap
Rupanya ada resepi mee sizzling simple yang boleh kita ikut.Sedap pun sedap jugak.Boleh la kan bila tekak nak makan.Tapi takdelah hot platenya.Nanti umi nak beli hot plate kat shopee tu.Masa tu nampak macam kawan umi baru je beli.
Tanpa melengahkan masa korang yang membaca, meh ler kita terus ke resepi mee sizzling
RESEPI MEE SIZZLING GUNA KUALI DI RUMAH
BAHAN-BAHAN
- 3-4 gulung yee mee(ikutlah korang nak banyak mana untuk sekeluarga)
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 inchi halia dicincang halus
- Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
- Cendawan Shitake kering
- 5-4 cili kering dipotong-potong
- 3 sudu makan kicap cair
- 4 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan minyak bijan( umi tak letak sebab takde)
- 1 ketul kiub ayam
- 2-3 dudu makan tepung jagung(tambah sedikit air)
- Minyak untuk menumis
- dan air
CARA MEMASAK
- Masukkan minyak bijan dan minyak masak.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan goreng sebentar sehingga ayam tu masak
- Masukkan 4 cawan air.Ikut korang nak kuah banyak mana
- Masukkan sos tiram, kicap cair,kicap pekat dan serbuk lada hitam
- Biarkan mendidih dan ayam masak.Masukkan cendawan dan biarkan selama 2-3 minit.
- Masukkan air tepung jagung.Gaul rasa dan biarkan kuah jadi pekat
- Bila dah nak hidang tu korang masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil.Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur.
Gambar masuk pinggan tak sempat nak ambil sebab masing-masing sibuklah nak makan.Jadi selamat masuk dalam perut.
Masak dalam hot plate tu nak effect berasap je kot. Hihi
ReplyDelete