BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0 BANTU ZERO KOS MARKETING SECARA PERCUMA| Biar betul? Atau saja nak pancing lebih ramai lagi peniaga di luar sana untuk daftar kelas yang mahal tu?
Sepanjang Dato Azizan Osman membuat seminar melahirkan banyak usahawan terkenal, banyak kata-kata sindiran dan negatif yang dilemparkan untuk beliau.Dan ini pula sebahagian daripada komen-komen negatif yang ramai dikatakan oleh masyarakat kepada beliau.
Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit amik semangat katanya.Waktu masuk dengar tu mmg la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayaran nya bukan kecik-kecik anak. Jerung pun boleh meninggal
Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nk berseminar motivasi. Dia pon leni blom berjaya lg…andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lg.. Balik seminar lps tu xde motivasi dah hahahaha
Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik.Sedih pun ada, mungkin mereka tak pernah ikut program berkenaan. Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk melihat hasilnya.
Ramai usahawan berdepan dengan masalah dan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 yang telah pun mengubah kehidupan biasa manusia pada waktu ini.Bagaimana usahawan yang terjejas akibat pandemik ini boleh bangkit dalam krisis masa ini?
Timbalan Naib Presiden Kanan Richworks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektro ekonomi mengakibatkan bukan sahaja perniagaan terjejas malah sampai ada yang gulung tikar.
Katanya, Richworks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubungan dengan kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka.
Meskipun banyak perniagaan ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini.
BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0- SOLUSI BISNES DAN PEMASARAN DIGITAL
Sebab itu Mentor usahawan dan pakar pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr.Azizan Osman buat pertama kalinya membuat program khas iaitu BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0- SOLUSI BISNES DAN PEMASARAN DIGITAL bagi mendorong kebangkitan usahwan ketika tempoh sukar ini.
Terdapat dua kumpulan usahawan ketika pendemik iaitu mereka yang tidak nampak jalan menyebabkan sesetengahnya hanya mengeluh dan meyalahkan orang lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian.
Untuk itu kita mereka ini digalakkan untuk menyertai program anjuran Richworks ini.Pilihan untuk menyertainya atau tidak ada pada tangan mereka sendiri samada bertindak memperbaiki bisnes ataupun tidak.Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, jangan anggap negara kita akan pulih dalam masa terdekat ini.
BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0 | SEMINAR PERCUMA UNTUK BANTU USAHAWAN
APA YANG BAKAL DIPELAJARI DALAM SESI BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0:SOLUSI BISNES & PEMASARAN DIGITAL
- Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik
- Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital
- Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang
- Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda
- Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang
- Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital