Gambar Raya PKP 2021 RAYA TETAP RAYA | Walaupun last minit dengar pengumuman Musim raya tahun ni kita terpaksa PKP, tetap jugak akur dengan perintah Kerajaan.
Baju raya dah dibeli pada pertengahan puasa lagi.Dapat belikan baju sepasang sorang pun dah alhamdulillah.Tema warna umi sekeluarga tahun ni sama dengan tema baju raya mak dengan ayah.Yelah, kita belikan untuk mereka berdua kan.Mestilah kena sama dari adik beradik yang lain.Kononnya nanti bila bergambar dapatlah matching.
Tapi siapalah kita kan nak melawan takdir bila Kerajaan umumkan Negeri Johor dibawah Negeri PKP.Jadi pakailah apa yang ada.Umi memang tak plan pun nak belikan budak berdua tu baju berjalan.Sebab taulah kan musim covid ni dapat balik kampung pun dah syukur.Tak berjalan pun takpe.
Inilah kali pertama umi beraya dengan keluarga kecil umi ni.Selalunya hari raya kami akan balik kampung Melaka atau di Kota Tinggi.Ikutkan memanglah tahun ni tahun kedua PKP, tapi kebetulan masa PKP 1.0 hari tu sempatlah umi balik ke rumah mak.
So, untuk meraikan hari raya, umi sediakanlah sedikit sebanyak persiapan untuk deko rumah dan sebagainya.Tak pernah terfikir nak beli lampu raya, si puteri dua orang tu request nak lampu kelap kelip.Jadi umi dengan babah layankan jugaklah.
Bunga api jangan cakaplah, asyik dok ulang beli.Hangus gitu jelah duit umi ko nak oi..Nasib baik raya setahun sekali.Kalau tiap-tiap bulan mau pokai duit mak pak ko ni hah..hahah
Untik masak-masak hari raya memang ikut hati takmo masak.Merajuk sebab tak dapat balik.Tapi bila fikir risiko yang kita akan hadap bila berdegil, jadi umi redha jelah.Masak tetap masak walaupun hati ni rasa sedih sebab terpaksa masak berdua je dengan adik.Itupun kebetulan ada sorang adik umi yang tak dapat jugak raya balik kampung sebab hari kedua dia dah kerja.
Jadi adalah teman umi memasak malam raya.Bukan malam raya, last puasa umi dah start memasak.Dari pukul 3 sampailah pukul 10 malam.Eh..Lama nau umi ko masak kan?
Menu utama of courselah rendang, lodeh, ketupat, ayam masak merah dan sambal kacang.
Keluar cari lemang malam raya pun non hado.Jadi kita makan jelah apa yang ada tu kan.Umi siap bawa meja makan dekat tengah-tengah ruang tamu.Sambil makan sambil kita layan cerita kat tv tu hah.
Entah berapa kali bebudak ni dok makan.Takpe, umi suka korang makan banyak kali.Janji lauk dalam periuk tu habis.
Letak jugaklak beberapa jenis kuih raya kat atas meja tu.Sempat hari tu umi buat semperit 3 bahan dengan almod cluster.
Pagi raya lepas solat hari raya, panggil bebudak ni berkumpul satu meja makan.Nak meriahkan suasana pagi raya la kan kononnya.
Lepas makan-makan kita bersua photo pulak.Bab ni macam-macam ragam dengan bebudak ni.Gambar takde yang helok.Ada je yang buat perangai.
Dapat bergambar satu family.Dengan nenek sekali lah.Tengok nenek tu masih pucat lagi.Masih lemah lagi badan dia.
Umi baru perasan yang adik buat macam tu.Haishhh geram betul tengok budak-budak ni kalau bergambar.Tu belum mintak gambar berdua lagi.
Kalau ke studio tak taulah jadi apa budak-budak ni.Last sekali bergambar dengan adik umi.
Itu jelah cerita raya kami.Puas bergambo kita tukar baju lain.Lepas tu makan lagi.Hah begitulah kami raya pertama.Malam raya meriah sikitla tengok bebudak ni main bunga api.Tu pun tak boleh lama-lama sebab polis meronda.Risau pulak kang dia dok terjah rumah.Kang ingat ada orang datang nak beraya lak.
Samalah cerita Raya kita, tapi saya lagi bosan sebab takde budak-budak. Tengok tv, makan, tido. Tu jelah aktiviti raya pertama. Selamat hari raya umi, maaf zahir batin
ReplyDelete