Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud | Berapa kali korang buat solat tahajjud dalam seminggu? Yang buat hari-hari tu syabas diucapkan.
Kalau tak tahu, ambil tahu sebab sunat tahajjud adalah Sunat Muakkad iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah sama sekali pun meninggalkan solat ini sepanjang hayat baginda.Dan baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri.
Baginda bersabda :-
Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)
-H.R Muslim
Solat sunat tahajjud digalakkan dilakukan bersama-sama dengan solat sunat taubat
Firman Allah swt:-
Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan pdada hari akhirat di tempat yang terpuji - Surah al-isra 17:79
KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD
- Dimakbulkan doa
- Tenang hati serta fikiran
- murah rezeki
- Menapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia
- Pintu taubat terbuka luas
Panduan Lengkap Solat Sunat Tahajjud
WAKTU SOLAT TAHAJJUD
Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam iaitu selepas jam 12 malam.
Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan sunyi sepi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.
Firman Allah swt :-
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikti masa ( yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-quran dengan perlahan-lahan - Surah al- muzzammil ayat 1-4
NIAT SOLAT TAHAJJUD
Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk.Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan niat solat tahajjud ini
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
RAKAAT SOLAT TAHAJJUD
Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat tahajjud secara terperinci.
Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat.
Solat sunat tahajjud boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat.Tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungkin mengikut kemampuan anda.
Tetapi yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.
Perlaksaan cara solat tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
CARA SOLAT TAHAJJUD
cara solat tahajjud dari segi pergerakkan adalah sama seperti solat-solat yang lain.Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan.Oleh itu, bolehlah di baca mana-mana surah yang disukai,Di bawah ini adalah cadangan surah yang boleh dibacakan.
Bacaan surah selepas Al-fatihah
Rakaat pertama : Ayat Kursi 7 kali
Rakaat kedua : Surah Al ikhlas 11 kali
atau
Rakaat pertama : Ayat Al kaafirun
Rakat kedua : Surah Al-Ikhlas
atau
10 ayat terakhir,surah Al-Imran
( Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat tahajjud baginda)
Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir bacalah doa berikut 3 kali
Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut :-
Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya.
Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum.
Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”
Sama-sama untuk kita istiqamah dalam melakukan solat tahajjud ini