Mudah Rupanya Buat Apam Pisang Coklat Kukus ni | Lebihan pisang hari yang tu beli dah lembik.Nak makan macam tu pun dah tak boleh.Semalam dah buat cekodok pisang
Memanglah anak-anak tak kisah cekodok tu, tapi umi pulak rasa kisah.Selagi ada pisang, memang itu jelah menu yang dibuatnya.Kalau letak depan budak berdua tu cepatlah habisnya.Nak-nak makan sambil tengok tv..
Nilah kejadiannya bila dah siap.Umi memang buat kurang manis sikit lah.Pisang tu guna banyak.Nak resepi boleh tengok resepi apam pisang coklat kukus di bawah ni.Janji korang ada bahan-bahan kat bawah ni dah boleh buat apam pisang ni.Mudah sesangat..Yang penting anak-anak nak makan.Alahai, mudah rupanya buat apam pisang coklat kukus ni.
RESEPI APAM PISANG COKLAT KUKUS GUNA BLENDER JE
- 1 cawan pisang yang sudah dilenyek
- 2 cawan tepung gandum *
- 1 sudu kecil soda bikarbonat *
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu serbuk koko
* diayak bersama
Cara membuatnya
- Masukkan air ke dalam pengukus dan didihkan dahulu.Kemudian didalam blender masukkan telur dan gula.Blend sehingga sebati.
- Di dalam bekas masukkan tepung yang sudah diayak, masukkan bahan yang dah di blend, kaup rata semua.
- Kemudian masukkan esen vanila.
- Masukkan pisang dan kaup rata semua.
- Dah sebati, bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian lagi masukkan serbuk koko dan gaul rata.
- Di dalam loyang, oleskan majerin atau korang boleh je letak baking paper.Tapi umi tak de benda tu, jadi nak elak melekat guna majerin jelah.
- Lepas tu boleh la korang masukkan dua adunan ni secara bergilir.
- Boleh la korang corakkan ikut kreativiti korang nak macam mana.Tengok jelah hasil lorekkan umi tu..cantik tak..hahahah
- Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam.Lepas tu boleh la korang cucuk dengan lidi atau sudu, agak dia tak melekat kat sudu tu kira dah masak la ye.
Boleh pulak dia naik macam gunung..Layankan jelah labu.Janji sedap.Nak habiskan kek ni pun makan dua hari jugak la.
Jenis anak-anak ni dia suka berhidang, kalau tak berhidang memang dia takkan makan.Bila berhidang kemain berebut bebudak ni.
Umi happy la selagi anak nak makan, jangan tak makan sudah ler.
sedapnyaaa
ReplyDelete