Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh Pada 26 Mei 2021 | Jarang-jarang kita dapat lihat fenomena ni kan.Jadi jom save the date untuk melihat gerhana bulan penuh ini.
Kalau korang nak tahu fenomena Gerhana bulan penuh akan berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi(perigee) dengan jarak 357,309km.Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan kepulauan Pasifik, termasuk hawaii.
Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16.47 dan berakhir pada jan 21.50 waktu Malaysia.Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai frasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakkan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.
GERHANA BULAN PENUH PADA HARI RABU 26 MEI 2021
Gerhana bulan penuh ini dapat dilihat pada hari Rabu 26 Mei 2021.So pada korang yang nak tengok secara live Gerhana bulan penuh "SUPER FLOWER BLOOD MOON" boleh lihat di Facebook dan Youtube Mysa.
kENAPA IANYA NAMPAK BERWARNA MERAH
1. Cahaya Matahari
2. Atmosfera Bumi
Atmosfera bumi juga membiaskan sebahagian matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari bulan.Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi menyebabkan bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum.Jika bumi tiada atmosfera, maka bumi akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya gerhana bulan penuh.
Sumber: Mysa
Nanti bolehlah ajak anak-anak tengok live di page mysa nanti.ajar sikit diorang tentang ni..
Nantikan esok malam . Tak sabar nak tengok gerhana bulan .
ReplyDelete