Apa Itu Lembam dan adakah Anak Tergolong Dalam Masalah Itu? | Terpanggil untuk berkongsi tentang masalah ni apabila masalah ini terkait dengan salah seorang anak umi.
Umi pun tak tau nak diagnose kakak ni sebagai lembam atau tidak, tapi ada sedikit ciri-ciri lembam ni dalam diri dia.Yelah, mungkin masa lampau yang membuat dia begitu kan?
Tapi sebagai ibu yang menggalas tanggungjawab menjaga dia semula selepas beberapa tahun tidak bersama dengan dia, umi kena jugak usaha untuk dia.
Syukur alhamdulillah dak Naura bab membaca ok dah.Jadi umi lebih tertumpu kepada dia.Tapi tulah, sekolah pun ditutup sekarang, tu yang buatkan umi risau dia makin lambat dan kebelakang.
Usaha umi untuk dia belajar membaca adalah kelas fonik setiap 2 kali seminggu.Itu pun hanya 20 minit untuk satu sesi.Bersyukur jugak walaupun proses membaca dia lambat, tapi oklah sikit.Kelas pun dah lebih setengah tahun dia buat, tapi memang lambat dia nak kejar.Sekarang dah masuk buku 7 tapi kadang-kadang dia masih tak ingat mana 'a' mana bunyi 'i' dan 'u'.
Itu yang umi pelik.Lepas tu selalu sangat dia keliru mana b dan d.Puas dah umi ingatkan dia tangan kiri dan kanan tu boleh bezakan bacaan b dan d.
Adakah dia termasuk golongan yang Lembam?
Lembam tu bukan lembab ye.Lembam ni bermaksud Slow Learner.Kalau tak tau meh umi share pasal apa itu lembam.Umi share dari pembacaan umi di sini
APA ITU LEMBAM
LEMBAM atau SLOW LEARNER ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau di sekolah biasa.Mereka terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah.Namun begitu, permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental.
Masalah pembelajaran khusus kanak-kanak lembam juga didefinasikan sebagai beberapa jenis kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan, Kanak-kanak yang didefinasikan sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta adakalanya mempamerkan masalah kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK LEMBAM
1. Ciri-Ciri Kognitif
Kanak-kanak lembam menunjukkan keupayaan intelektual mereka berada di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana ini, iaitu IQ mereka pada tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001).Kanak-kanak lembam juga mengalami kepayahan memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.
2. Ciri-ciri Akademik
Di antara kemahiran 3M kemahiran kesukaran membaca adalah yang paling ketara yang mengatsai masalah-masalah lain seperti masalah tingkah laku.Dalam kemahiran matematik pula, kanak-kanak lembam sukar mengingat makna simbl-simbol yang digunakan atau menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang dan menggunakan beberapa konsep seperti campur, tolak atau bahagi.
3.Ciri-ciri Sosial-emosi
Ciri-ciri yang sedia ada seperti kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, kepayahan melakukan beberapa turutan tugasan sudah tentunya menyebabkan kanak-kanak ini lebih cenderung mengalami masalah sosial emosi.
PUNCA-PUNCA LEMBAM
1. Baka
Baka atau genetik merupakan antara faktor penyebab mendapat anak yang bermasalah seperti slow learner, Autisme, down sindrom dan maslaah pembelajaran yang lain.Masalah baka antara faktor utama kerana genetik yang mempunyai masalah ini akan diwarisi oleh keturunan atau generasi yang seterusnya.
2.Intelek yang rendah
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran(Slow Learner) mempunyai keupayaan intelek yang rendah.Jal ini bermakna kanak-kanak slow learner menghadapi masalah dalam pembelajaran berbanding rakan mereka yang normal.Keupyaan dalam menguasai 3M adalah amat sukar jika mereka tidak dibantu oleh guru-guru pendidikan khas.
3.Masalah Emosi
Gangguan emosi boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju di dalam pelajarannya.Terdapat juga kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca dari gangguan emosi.
4.Kekecewaan
Kekecewaan yang dialami oleh kanak-kanak ini mungkin disebabkan masalah keluarga atau masalah dalaman diri kanak-kanak itu sendiri.Masalah rumahtangga yang akhirnya memberikan kekecewaan kepada kanak-kanak ini seperti berlakunya perceraian antara ibu bapa kanak-kanak tersebut.Kesannya adalah kanak-kanak ini tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan dalam pelajaran mereka hingga mereka dikategorikan sebagai kanak-kanak slow learner.
5.Ubat semasa mengandung
Pengambilan ubat yang salah ketika mengandung adalah sangat merbahaya kerana ia akan memberi kesan kepada kandungan ibu.Semasa ibu mengandung, perlu dielakkan mengambil ubat yang salah.Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, ibu-ibu mengandung perlulah mendapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.Pengambilan ubat yang salah ketika mengandung akan memberi kesan terjadinya anak-anak yang bermasalah seperti slow learner, simdrom down dan lain-lain masalah.
CARA MENGATASI -STRATEGI PEMBELAJARAN
Mengubah yang abstrak kepada konkrik.Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat.Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.
Elakkan daripada membuat generalisasi.Kanak-kanak lembam sukar untuk membuat generalisasi seperti mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi yang baru kerana kurang upaya dari segi memproses maklumat, mengingati kembali dan kurang berkemahiran membuat penaklukan.Mereka biasnaya memahami arahan yang khusus.
Membolehkan kemahiran asas membentuk sub-skill lain.Dengan kebolehan menguasai asas pembelajaran, kanak-kanak lembam boleh dilatih membentuk sub sklill lain melalui apa yang dipelajari.Contohnya apabila mereka telah menguasai kemahiran membaca secara kuat(reading aloud) merkea akan dilatih untuk membaca secara senyap.