833 Lok Lok & Bubble Tea Port Makan santai Bersama Keluarga | Restoran makanan ringan yang menyajikan Lok-lok untuk dinikmati bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Sesekali nak juga bawa ahli keluarga atau rakan-rakan melepak di luar kan? So mana tempat port makan best di pasir gudang ni yang boleh korang bawa family and friends untuk makan-makan?
Umi syorkan di 833 Lok Lok & Bubble Tea di Kota Masai Pasir Gudang.Yelah, bila korang dah bosan makan nasi, nak makan yang lain dari yang lain, hah..Inilah tempatnya.
Kalau korang tak tau apa itu lok lok korang boleh teruskan membaca entry ni.Ini bukan olok-olok ye..hahaha
APA ITU LOK LOK
Lok-lok ni adalah salah satu makanan cina yang dikenali juga dengan sate celup.Samada korang nak dipanggang atau direbus.Hah! gitulah dari pemahaman umi.
Cara penyajian lok-lok ni ada 3 cara iaitu samada pelanggan nak rebus, digoreng atau dipanggang.
Kalau ikut apa yang umi makan di restoran lok-lok tu, ia disapu dengan rempah khas samada korang nak rempah yang pedas atau biasa dan digoreng di dalam minyak yang panas.
Rasanya??
Of course umi suka.Kalau tak takkanlah umi berulang ambil makan kat situ.Banyak kali dah umi repeat makan kat sini.Sajalah bawa anak-anak ni makan luar.
Restoran 833 Lok Lok & Bubble Tea
Restoran 833 Lok-lok & Bubble Tea ni terletak di Kota Masai bersebalahan dengan kedai Emas Marigold.Boleh dikatakan sederetlah dengan Tesco Kota Masai tu.
Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 12 malam tak silap umi dan mempunyai lebih beratus jenis lok-lok yang korang boleh pilih.
Ni baru dulang pertama pilihan umi.Belum lagi pilihan babah dan bebudak tu.Tu dah campur jugak dengan pilihan kakak.Korang mesti tau kan yang mana pilihan dia.hahaha
So, lepas dah pilih-pilih mana yang korang nak, terus ke kaunter untuk pilih pilihan korang samada nak digoreng, direbus atau dipanggang.Eh! tak silap umi takde kot panggang.hahah memandai je.Umi piih digoreng dengan rempah pedas dan tak pedas.
Lepas tu korang boleh la layan bubble tea yang ada dijual disini.
Sementara tunggu menu sampai, umi nko memang ler nyempat snap sana sini.Janji snaplah katakan.
SAMBIL MAKAN SAMBIL DENGAR LIVE BAND
Ye korang.Korang yang suka tengok live band ni bolehlah makan kat sini, sebab umi tak sure samada live band tu hari-hari ke macam mana, tapi mereka akan ada live band dari satu band di sini tau.Korang nanti boleh rujuk pada page mereka yang umi akan sertakan linknya di bawah.
Dah kertu ni, jarang suka dengar live band bawa anak-anak ni. Umi serabut.Kang tak tenang umi nak makan…hahahaha…Tengok live band anak je dah puas hati mak ko nak oiii.
Last but not least. insyallah umi akan repeat lagi makan lok-lok kat sini.Nampak seberang jalan depan kedai ni pun ada jual lok-lok jugak.Umi tak mencuba lagi.Nantilah kalau umi tergerak nak pi makan lok-lok, umi akan try.
Korang nak tau details pasal restoran 833 Lok Lok & Bubble Tea ni boleh follow ig dan fb diorang dibawah
INSTAGRAM | FACEBOOK