Work From Home Mulai Esok | Dengan saranan kerajaan mahukan 40 peratus sahaja kakitangan swasta yang bekerja, maka syarikat umi menurut saranan yang diberikan.
Nak kata happy tu ada jugaklah tapi bukan happy sebab tak payah kerja tapi adalah disebabkan umi dapat beri tumpuan banyak kepada PDPR kakak.Syukur sebab Dak Auni masih lagi bersekolah di Tadika
Yelah, sekolah tadika takdelah ramai sangat, tu yang mereka masih meneruskan lagi pelajaran di Sekolah.Berbanding dengan kakak yang dah bersekolah rendah, ramai pulak tu muridnya, jadi terpaksalah menggunakan kaedah PDPR.
Bukan senang nak menghadapi cabaran anak yang belajar PDPR ni.Lagi si kakak tu masih lagi merangkak membaca, jadi semuanya kena umi bantu dia.Memang tak sempat nak buat beberapa subjek untuk 1 malam.Kadang-kadang umi terpaksa hantar lambat.
Kakak pulak jenis yang memang tak fokus bila belajar.Kalau suruh dia menulis, satu ayat tu boleh ambil masa 15 minit untuk dia siapkan.Ini kan pulak kalau satu perenggan.
Kalau umi tak tengok dia buat kerja, memang mengelamun jelah kerjanya.Sebab tu umi kena hadap betul-betul dia buat kerja.Memang tak boleh tinggal ke mana-mana sampai dia siap.
Jadi bila management beri cuti alternate ni dapatlah umi menguruskan kakak untuk buat kerja sekolah dia.
[ Baca juga Apa itu Lembam ]
Terpaksa lebihkan kakak dulu buat masa ni berbanding dengan adik yang dah boleh buat kerja sekolah sendiri .Syukur alhamdulillah.Dia selalu permudahkan kerja umi.
umi pun dok google apakah tips-tips bekerja dari rumah.Disebabkan umi bekerja di bahagian admin dan tiada sistem yang khusus yang boleh dibuat di rumah, maka kuranglah tekanan umi.Umi ada baca 5 cara untuk bantu kurangkan tekanan ketika bekerja dari rumah.
5 CARA INI BANTU KURANGKAN TEKANAN BEKERJA DARI RUMAH
#1 Ikut Rutin
Salah satu kelebihan WFH adalah kelonggaran untuk mengatur jadual kerja.Namun ia juga boleh menyebabkan seseorang leka atau kurang berdaya hasil.Lantaran itu, adalah penting untuk melakar rutin yang sesuai dan mematuhinya dengan teliti.
Cuba memulakan dan menamatkan waktu kerja pada masa yang sama setiap hari walaupun tiada mesyuarat secara fizikal untuk dihadiri.Elak melakukan tugas pada waktu ganjil atau diluar waktu bekerja yang ditetapkan.
Ini akan membantu untuk meningkatkan daya penghasilan dan memastikan agar anda dapat menyelesaikan tugas tanpa perlu bekerja sehari suntuk.
Senaraikan tugas yang menjadi keutamaan yang perlu diselesaikan setiap hari agar lebih muda merancang peruntukan masa.
#2 Tetapkan Batasan
Kita mungkin pernah mendapatinya sukar untuk mengasingkan antara tuntutan kerja dengan tanggungjawab rumah tangga.
langkat pertama adalah untuk memperuntukkan ruang bekerja khas dalam rumah.
Apabila sudah tiba tamat waktu bekerja, matikan komputer dan tinggalkan ruang bekerja.Perbuatan yang mudah ini membantu minda untuk berfikir seolah-olah anda Masuk dan keluar pejabat.Ini memudahkan peralihan antara persekitaran di pejabat dengan di rumah.
Batasan yang jelas juga mengisyaratkan kepada anggota keluarga yang kita sedang berada di tempat kerja meskipun tidak keluar rumah.
ini agar mereka kurang cenderung meminta pertolongan membuat kerja-kerja rumah atau berbual-bual dengan kita.Terutama sekali jika kita sedang bermesyuarat secara maya.
Berbincang dengan penyelia atau bos supaya boleh mencapai persetujuan berhubung aturan WFH untuk meningkakan keberkesanan ketika bekerja.Inisiatif untuk mengadakan perbualan sedemikian menunjukkan keupayaan kita untuk menilai mutu kerja kita sendiri dan keinginan untuk meningkatkan prestasi kita.
#3 Kekalkan Ketersambungan
Mereka yang sudah lama bekerja dari rumah lebih cenderung berasa seolah-olah terasing daripada orang-orang di luar rumah tidak kira samada mereka tidak gemar bergaul dengan ramai orang atau mereka sebenarnya seorang yang peramah.
Meskipun kita berhasil membentuk sempadan di rumah antara ruang bekerja dan kehidupan peribadi, kita juga perlu meluangkan masa untuk orang-orang tersayang.
Pengasingan sosial juga merupakan sesuatu yang boleh menjejas kesihatan mental.Bertanya khabar dengan rakan-rakan sekerja dan kenalan.Besar kemungkinan mereka juga akan menghargai keprihatinan kita terhadap kesejahteraan mereka.
Kita boleh je manfaatkan teknologi untuk bertemu muka denga nrakan-rakan menerusi wadah online.
#4 Amalkan gaya hidup sihat
Jaga kesihatan rohani dan jasmani kita dengan melapangkan masa untuk beristirehat.Luangkan masa 15 minit untuk bersiar-siar, melakukan senaman ringan ataupun tidur seketika.
Tujuannya untuk membuka ruang dalam minda secara fizikal bagi diri kita dalam sehari agar kita tidak terlalu kepenatan sehingga tugas kita menganggu kesihatan sendiri.
Amalkan gaya hidup sihat termasuk makan dengan betul, bersenam dengan kerap dan tidur secukupnya.bukan sekadar menyihatkan badan tetapi ia juga berupaya memberi ketenangan dan mengalihkan tumpuan dari pekerjaan kita
#5 Sayangi diri kita
Di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu sekarang, adalah penting untuk berbelas kasihan dengan diri kita sendiri.Kita mungkin tidak berdaya untuk sentiasa mencapai tahap prestasi 100 peratus, namun ia merupakan suatu kezaliman.
Jangan menetapkan jangkaan yang keterlaluan dan meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri.
Sebaliknya kita harus menghargai diri kita sendiri untuk mengekalkan daya motivasi dengan meraikan setiap pencapaian kecil
Kalau yang ada anak tu, mungkin akan menghadapi sedikit masalah kan? Mana nak buat PDPR anak lagi, kerja lagi.Sebaliknya kita kena susun atur jadual supaya kita sendiri tak stress nak buat kerja semua tu.
Semoga Allah Permudahkan urusan kita dan dijauhkan segala sebarang penyakit yang merbahaya khususnya covid-19 ni.