10 Senarai Aktiviti Motor Halus kanak-kanak | Untuk memberikan yang terbaik untuk Naura dan Fiyah, umi cuba buat kaedah "TRY AND ERROR".Maksudnya bila aktiviti ni dia tak boleh buat, umi cuba buat aktiviti yang lain pulak.
Kadang-kadang bukan dia tak boleh buat,cuma biasalah kan kanak-kanak ni.Kalau tak kena pada dia, memang dia takkan buat.Mulalah buat perangai.Masa tulah masa malas, mengantuk, lapar dan sebagainya datang.Padahal sebelum ni ok je.
Walau umi ni tak berapa nak pandai didik anak dengan betul, umi cuba yang terbaik.Apa yang dikongsikan oleh parents dalam #Teammommyhappy tentang bagaimana untuk mereka mengajar anak-anak mereka dan buat aktiviti dengan anak-anak mreka umi cuba ikut.
Umur Naura pun dah 4 tahun, dah boleh mengajar dia untuk menulis dan mengenal hurud dan nombor.Alhamdulillah untuk kenal hurud dan nombor tu memang dia hafal.Tapi tulah seperti yang umi katakan tadi, ikut mood lah.
Jadi umi tak risau pada bahagian mengenal huruf dan nombor yang umi nak titiberatkan adalah penulisan pula.Bab ini memang menguji kesabaran tau.
Secara jujurnya, mmeang umi nak anak umi dah pandai menulis dengan elok seeblum dia melangkah masuk ke Tadika.Tapi adakah mungkin?Mustahil ke? Bukanlah nak cantik macam tulisan kita-kita yang dah dewasa ni, cuma cantik tu maksudnya tulis dengan elok, takde kecik besar je tulisan tu.Senget benget dan sebagainya.Tapi ? boleh ke umi terus paksa dia buat macam tu?
Of courselah tidak kan? Sebelum tu mestilah kita kena kuatkan otot-otot tangan dia untuk memegang pensil.Untuk menguatkan otot-otot anak ni banyak je yang kita boleh buat.Yang penting kita tau apakah aktiviti-aktiviti yang boleh membantu meningkatkan KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR ANAK-ANAK.
Dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak, pelbagai jenis mainan yang boleh meningkatkan motor halus dan kasar tau.Cuma kita kena taulah apa jenis mainan yang boleh menguatkan motor halus dan kasar mereka ni.Untuk entry ni, umi nak kongsikan senarai aktiviti motor halus kanak-kanak.Nanti senanglah nak buat kat rumah.
APA ITU KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Kemahiran motor halus ini adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot di mana ia merujuk kepada pergerakan kecil tangan, pergelangan tangan, jari. kaki. jari kaki, bibir dan juga lidah.Koordinasi pergerakkan otot kecil dan organ deria juga termasuk dalam katergori motor halus.
Umi bagi cintih ye, anak-anak masukkan syiling ke dalam tabung,Dalam pada tangan memasukkan duit dalam tabung, mata juga akan fokus pada lubang duit.Sampailah mereka berjaya memasukkan syiling ke dalam lubang tabung itu.Nampak simple bagi kita kan, tapi bila anak-anak yang kecil dumur diantara 2-5 tahun, sangat susah bagi mereka tau.Kalau kita tak asah motor skill mereka, akan ada masalah pada aktiviti menulis mereka.
Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek, koordinasi mengawal jari untuk bergerak dan sensori untuk mengesan jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak,.
So, apa aktiviti yang boleh anak-anak buat bagi menguatkan motor halus mereka.Jom lihat senarai aktiviti yang membantu meningkatkan kemahiran motor halus mereka.Umi kongsikan ye hasil pembacaan umi dari blog preschool, klceducation ni di bawah.
SENARAI AKTIVITI BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK
Umi ada beritahu yang kemahiran motor halus ni ada 3 elemen kan.Dan apakah 3 elemen tu?
- Kekuatan - daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek.
- Koordinasi -Bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak.
- Sensori.-Jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak
1.BUAT RANTAI GUNA STRAW
Sediakan benang yang telah dipotong mengikut saiz rantai yang diingini dan pital sedikit salah satu bahagian hujung benang tersebut.
Potong straw minuman kecil-kecil dan masukkannya ke dalam benang untuk dijadikan rantai,Apabila sudah selesai, ikat bersama kedua-dua hujung rantai tersebut dan ianya siap untuk dipakai.Boleh jgua dibuat gelang atau tali pinggang tau.
2.MAIN TANAH LIAT
Tanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak.Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut,
3.BUTANG BAJU
Disamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini penting dalam kehidupan seharian mereka.Pernah tengok kesukaran anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya,Namun apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah.
4.BELAJAR BUKA DAN TUTUP BOTOL
Sediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz.Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol-botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka.
Anak akan belajar beberapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut.Jika daya yang dikenakan tidak kaut, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.
5.MASUKKAN MAINAN DALAM KOTAK TISU TERPAKAI.
Seperti yang ktia tahum kotak tisu hanya mempunyai lubang yang kecil di bahagian atasnya.Pilih mainan anak pelbagai saiz yang muat untuk dimasukkan ke dalam kotak tisu terpakai.
Anak akan meneroka pergerakan pergelangan tangan dan jari tangan mereka ketika cuba memasukkan mainan tersebut ke dalam kotak tisu terpakai ini.Sebagai tambahan, minta anak keluarkan semula mainan yang telah dimasukkan sebentar tadi.
6.MEMASUKKAN DAN MENGELUARKAN REBEN
Anda boleh saja guna pekakas yang sudah ada dirumah.Contohnya tapis.Ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut.Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak.
7.TUANG AIR KE DALAM CAWAN
Anda hanya memerlukan dua cawan plastik dan air.Lebih mudah gunakan air paip.Tuang air ke dalam satu cawan dan ajar anak untuk menuang air tersebut ke cawan yang lain.
8.MELUKIS GUNA "SQUEEZING BOTTLE"
Buat kelainan dalam aktiviti melukis adan dengan menggunakan DIY cat dan squeezing bottle.Cuma perlu DIY cat mengikut warna kegemaran anak dengan menggunakan tepung jagung sebagai bahan utama dan isikan cat tersebut ke dalam squeezing bottle.Beri mereka kebebasan untuk melukis mengikut kreativiti mereka.
9.MENYUSUN OBJEK MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kad dan lukis satu garisan ziq zaq dan satu garisan beralun.Ambil objek yang kecil seperti kacang, atau butang dan minta anak anda susun objek tersebut mengikut garisan yang telah anda lukis
10.MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Ambil beberapa objek kecil seperti butang, kacang atau klip kertas dan minta anak anda asingkan mengikut bentuk atau waran objek tersebut.
Itu adalah antara aktiviti yang boleh korang buat bersama anak-anak.Sebab tu sekarang ni umi banyak buat aktiviti-aktiviti bersama Naura.Sebab umi percaya, bila otot mereka dah kuat untuk memegang pensel, kita tak payah suruh diorang menulis pun, mereka akan buat.Dan itulah yang umi nampak pada Naura.
Ni antara aktiviti Naura yang umi dah buat dengan dia.Just clipkan pada sampul surat je.Nampak senang bagi kita kan, tapi bagi dia susah tau.Cubalah buat.
Buat kerja sampai terkangkang dik oi.Keluar air liur pun ada tau.
Nanti umi share lagi ye aktiviti motor halus yang Naura dah buat.Mana tau boleh dijadikan idea untuk korang.Nak anak pandai kenalah rajin.Yang penting kita usaha untuk berikan yang terbaik untuk mereka