10 RESEPI APAM YANG MUDAH DIBUAT MANA SATU YANG KORANG SUKA | Inilah kuih yang umi suka masa waktu kecil-kecil dulu,Paling suka apam kampung yang mudah nak buat.
Banyak sebenarnya resepi apam yang boleh korang dapati, tapi mana satu yang menjadi minat korang.Di bawah ni umi listkan 10 resepi apam yang mudah dibuat, mana satu yang korang suka.
Buat Apam ni pun tak cerewet mana pun, senang nak disediakan dan yang paling penting sedap untuk dinikmati bila-bila masa sahaja.
10 RESEPI APAM YANG MUDAH DIBUAT
#1 Resepi Apam Nasi
Satu adunan dapat lebih kurang 35-37 biji(bergantung kepada saiz acuan) ye.
Bahan A
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 paket mauripan
2 cawan gula
Bahan B
3 cawan air
2 cawan nasi
Bahan C
Beberapa jenis pewarna
Cara membuatnya
Satukan kesemua Bahan A,gaul dan ketepikan.Masukkan bahan B ke dalam blender kisar sehingga hancur.Tuang bahan B ke dalam dalam Bahan A tadi dan kacau sebati.Perap selama 1 jam.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kesukaan korang.Acuan disapu dengan sedikit minyak masak.Tuang adunan ke dalama acuan dan kukus selama 10-15 minit.Boleh dihidangkan bersama kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
#2 Resepi Apam kampung Gula Merah
Sumber gambar : Sini
Bahan-Bahan
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air suam
2 sudu besar gula
3 cawan tepung gandum
1 paket yis (11gram)
Cara-Cara :
1. Masukan gula merah dan air suam ke dalam sebuah mangkuk. Whisk sehingga gula merah hancur. (boleh tapis dahulu jika masih berketul).
2. Kemudian masukan semua bahan yang lain. Whisk semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian biarkan adunan kembang (cadangan: 2jam)
4. Oles loyang dengan sedikit minyak masak. Kemudian tuang adunan tadi.
5. Kukus dengan api kuat selama 30 minit.
6. Kukus kelapa parut (putih sahaja) dengan sedikit garam)
Hasilnya kuih apam gula merah yang gebu dan berongga teksturnya. Rasanya pula memang sedap sekali dimakan bersama kelapa parut bergaram.
#3 Resepi Apam Polkadot
Bahan-bahan-
2 biji telur gred B / gred telur apa2 pun takpa ( mesti dari peti ais untuk kekalkan kegebuan apam lepas apam sejuk dan apam tak keras serta elak apam kecut bila masak)
1 Sudu besar Ovalate
3/4 Cawan gula halus (kalau nak guna 1 cawan pon takpe
1 Cawan susu segar kotak atau susu cair
1 Sudu kecil esen vanila
2 Cawan Tepung gandum(ape2 tepung gandum pon boleh)
1 Sudu Kecil Baking Powder
Pewarna Kesukaan
CARA-CARA-
Masukkan telur,gula,ovalate dan esen vanila ke dalam mixer dan mix sampai pekat kembang ya.
Masukkan tepung dan susu cair selang2 sampai habis.
Bahagikan adunan dan letak pewarna serta ambil sikit untuk corakkan apa2 lakaran pd apam nanti.
Susun cup kertas dalam acuan lompang.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Isi adunan penuh cup ya dan lukis guna piping bag apa-apa yang korang suka.
Panaskan kukusan,betul2 panas baru masukkan apam dalam pengukus.
Kukus 5 minit api sederhana besar.
Bila masak, buka penutup kukus dan keluarkan.
Letak dalam dulang dan bila sejuk boleh keluarkan.
Next untuk kukus sila ingat ya, isi cup hanya cukup2 cup untuk kukus dan next kukus mesti kacau balik adunan atau kalau dah masuk piping,gonyoh2 sikit supaya liang udara hilang dan apam tak berlubang.
Dulu rajin buatkan untuk anak saudara di SINI
#4 Resepi Apam Puteri Ayu
Bahan-bahan A :
2 biji telur*
1 cwn gula*
1/2 s/mkn ovalette*
1/2 s/teh perasa pandan
sedikit pewarna hijau epal
1 cwn pati santan (sy guna kara)
2 cwn tepung naik sendiri
Cara membuat:
1. Bahan-bahan bertanda * dipukul hingga kembang.
2.Kemudian masukkan perasa pandan , pewarna hijau epal dan santan sikit² sampai habis..
3. Gaul sebati dan..Masukkan tepung sikit² kedalam bekas berisi adunan yang dipukul tadi.. gaul jgn kuat² perlahankn mixer.. gaul sebati.
Bahan B :
1biji kelapa parut muda.
1sudu kecil grm
2sudu Tepung ubi
Caranya:
satukan semua bahan B dan padatkan kedalam acuan seri ayu yg telah disapu minyak.kukus sekejap.. dlm 5minit kemudian letakkan adunan Bahan A tadi kedalamnya dan barulah dikukus.. selama 15minit.
#5 Resepi Apam Pisang
Bahan-bahan
3/ 4 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
3 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking soda
1 sdt baking powder
5 biji pisang berangan@ 10-11bj pisang emas
.
Cara Cara Masak Resepi Apam Pisang Simple Sukatan Cawan
1. Masukkan semua bahan kecuali hirisan pisang ke dalam blender .. kisar hingga sebati..peram adunan selama 30minit..
2. Panaskan air kukusan hingga air mendidih.. api sederhana yer.. sapu minyak pada acuan.. masukkan adunan 3/4 acuan.. letak hirisan pisang.. kukus selama 15- 18minit
sumber : Sedapnya Resepi
6 Resepi Apam Susu
- 4 Biji Telur
- 1 Sudu teh Esen Vanilla
- 1 cawan gula pasir
- 4 sudu besar susu pekat
- 2 cawan tepung gandum
- Pewarna
Cara Membuatnya
Sebelum tu korang panaskan la dulu pengukus ye.Jadi senang bila dah siap adunan tak payah nak tunggu lama-lama sangat.
Bahan 1-5 tu diblend/mix sampai betul-betul kembang.
Then,masukkan la tepung sedikit demi sedikit.Lastly asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain,dan letak pewarna yang korang suka
.Oles kan sedikit marjerin ke dalam loyang dan letakkan bancuhan secara selang seli .
Nak cantik lagi,lepas dah letak selang seli warna tu,korang lorekkan mengikut kreativiti korang..
Disebabkan aku tak berapa nak kreatif,terhasillah corak yang entah pape tu.Lepas tu dah boleh letak dalam kukus dan kukus selama 45 minit.
Resepi asal sini
#7 Resepi Apam Yougurt
Bahan-bahan :
(kita akan dapat lebih kurang 35 biji apam...)
1 cawan gula
2 cawan tepung
1 camt double action baking powder
1 camt ovalette
1 cawan plain yogurt
2 biji telur
1 camt esen vanilla
Utk Pewarna di atas
Pewarna biru atau lain2
Pes coklat + 1 camt serbuk koko.
Air kukusan dipanaskan dgn api yg besar.
Semua bahan kecuali bhn pewarna di campurkan dan diputar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi kembang dan putih.
Ambil 5 sudu utk diletakkan warna yg disukai atau campur dgn pes coklat + koko.
Adunan yg lain, dimasukkan dlm piping bag dan diisi ke dalam mangkuk kecil. Adunan yg berwarna dipaipkan sedikit diatasnya.
Kukus selama 10 minit dgn api yg kuat.
(kita akan dapat lebih kurang 35 biji apam...)
1 cawan gula
2 cawan tepung
1 camt double action baking powder
1 camt ovalette
1 cawan plain yogurt
2 biji telur
1 camt esen vanilla
Utk Pewarna di atas
Pewarna biru atau lain2
Pes coklat + 1 camt serbuk koko.
Air kukusan dipanaskan dgn api yg besar.
Semua bahan kecuali bhn pewarna di campurkan dan diputar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi kembang dan putih.
Ambil 5 sudu utk diletakkan warna yg disukai atau campur dgn pes coklat + koko.
Adunan yg lain, dimasukkan dlm piping bag dan diisi ke dalam mangkuk kecil. Adunan yg berwarna dipaipkan sedikit diatasnya.
Kukus selama 10 minit dgn api yg kuat.
#8 Resepi Apam Coklat
Bahan A:
1 cwn tpg gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
(semua bhn diatas satukn dan ayak... ketepikn)
Bahan B:
½ cwn gula pasir
½ cwn minyak
½ cwn susu pekat
½ cwn air suam
1 biji telur
caranya:
mix gula + telur sampai kembang.
Dah kembang, buh susu pekat + minyak. mix sebati.
Buh air mix sampai sebati..
Tuangkn kedlm bhn yg telah diayak tdi n kacau sebati...
Tuangkn adunan tdi ke dlm acuan yg telah disapu sedikit minyak n kukus selama 20 minit.. (saya guna blender je.. senang... )
selamat mencuba.. resepi ni saya telah campurkn dgn resepi lain.. maknanye 2 resepi saya gabungkn jdi satu resepi..
#9 Resepi Apam Pandan
Bahan-Bahan
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan ( kisar satu lima helai pandan dan tapis )
1 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 paket yis mauripan (11 gram )
1 sudu teh garam
Pewarna hijau sikit
Cara membuatnya :-
Satukan semua bahan dan kacau sampai sebati.
Perap selama satu jam
Dah siap perap, sapu minyak pada acuan
Tuang adunan separuh acuan
Kukus selama lima belas minit atau sampai masak
Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam. Selamat mencuba.
#10 Resepi Apam Dewa
sumber : mamawandiha
Bahan-bahan
- 6 biji telur
- 1 1/2 cawan gula (MaDiHaA letak 1 1/4 cawan gula kastor)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
- Pewarna
- 1 sudu kecil ovelette (Ina tambah ~ MaDiHaA tambah juga)
Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula dan sunquick dan ovelette hingga kembang (putih).
2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
3. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. Alaskan loyang dengan plastik, kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
4. Kemudian kacaukan sedikit adunan yang di dalam loyang dan lorekkan corak di atas.
5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. (MaDiHaA kukus 1 jam dengan menutup loyang saiz 7" x 7" dengan aluminium foil)