ABPBH

Pemenang Anugerah ABPBH31

Pemenang Anugerah ABPBH31 | Ramaikan yang tidak menyangka bahawa Pemenang Anugerah ABPBH31 adalah WANI HASRITA.Tapi itulah yang terjadi apabila beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 31 ABPBH .Dengan Undian tertinggi sebanyak  2,052, 997.Walaupun Wani Hasrita bagi aku hanyalah penyanyi biasa sahaja, ada terdapat beberapa perkara yang mungkin dia menjadi pilihan ramai untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

bintang paling popular wani hasrita
Bintang Paling Popular ABPBH31

kredit photo : rotikaya

Mungkin kerana lagu yang disampaikan oleh penyanyi ini mudah diikuti oleh semua lapisan umur dan menjadi siulan mereka.Dan sebab itu mungkin dia menjadi pilihan ramai.Of course, ramai yang tak menyangka akan kemenangan itu.Tetapi itulah namanya tuah di dalam setiap pertandingan.

 

Anugerah lain yang turut tercalon kepada artis-artis lain pun cukup hebat dimata aku.Mereka memang layak untuk dijadikan juara.And paling aku suka bila Aliff Satar memenangi Artis Versatil Popular.Dia memang layak untuk bergelar artis versatil kerana dia sangat kreatif dalam nyanyian, pengacaraan dan juga lakonan.

 

 

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31

Artis Baharu Wanita Popular – Farah Nabila
Artis Baharu Lelaki Popular – Fendy Bakri
Penyanyi Wanita Popular – Wany Hasrita
Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
Pengacara TV Popular – Neelofa
Penyampai Radio Popular – Haziq (Hot FM)
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Syamel & Ernie Zakri
Artis Versatil Popular – Alif Satar
Pelakon TV Wanita Popular – Nur Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular – Emma Maembong
Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noorkumalasari

KATEGORI ONLINE

Pasangan Serasi Drama Popular –Fattah Amin & Fazura
Pasangan Serasi Filem Popular – Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular – Neelofa
Personaliti Media Sosial Popular – Fatimah Omar Mukhlis
Instafamous Cilik Popular – Arif Jiwa

 

Tahniah kepada mereka yang menang pada malam tu.Aku join jugak tengok masa siaran tu, tapi lama-lama mata pun dah kuyu,so masuk bilik tidur.Masa aku layankan pun dah kira macam tengah-tengah jugaklah..Maklumlah dah jarang nak tengok TV kan…So..All the best semua.Harap tahun hadapan, dapatlah pengacara yang lebih best ..heheheheh

 

 

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *