food Review

EAT ALL YOU CAN DI QING PALACE PULAI SPRINGS

EAT ALL YOU CAN DI QING PALACE PULAI SPRINGS | Sesekali kan ubah selera dengan makanan Chinese ni memang sedap.Yang paling best makanan Chinese yang orang melayu dan bangsa lain pun boleh makan.Ianya Halal dan itu salah satu dari apa yang terdapat di Qing Palace Pulai Springs.“EAT ALL YOU CAN ” adalah promosi yang akan berlansung pada sepanjang Oktober ini bermula dari hari 1 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018

QING PALACE PULAI SPRING

Di sepanjang Oktober ini Qing Palace  Pulai Spring menerima pengunjung yang ingin merasai kenikmatan hidangan makanan yang lazat dan merupakan Signature Dish di Qing Palace Pulai Spring.Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2018, Qing Palace Pulai Springs menawarkan hidanganEAT ALL YOU CAN” pada harga promosi yang sangat murah iaitu  RM65 untuk dewasa dan RM32.50 untuk kanak-kanak.Promosi ini hanya sah pada waktu makan tengahari dan makan malam sahaja.

Jom tengok Signature Dish yang tak akan korang lupakan bila dapat menikmatinya sepanjang bulan oktober ini.Di sepanjang promosi Eat All You Can  ni, korang boleh memilih lebih dari 80 menu hidangan ekslusif dan pencuci mulut yang tertera di menu.Jom tengok pilihan makanan yang recommended sangat untuk korang order.

EAT ALL YOU CAN  PROMOTION MENU DI QING PALACE PULAI SPRING

Szechuan Hot & Sour Soup

Menu wajib yang perlu korang order tau bila makan di Qing Palace Pulai Spring ni.1st time aku rasa menu ni dan sangat tertarik dengan rasanya.Ada rasa macam tomyam sikit..Berapa kali dah aku tambah Szechuan Hot & Sour Soup ni.Untuk menu kedua pulak, korang kena tengok hidangan di bawah ni.

WASABI PRAWN

 

Selalunya kita order Butter prawn,udang tepung je kan.Tapi kali ni,di dapur Qing Palace Pulai Spring, mereka menyediakan Wasabi Prawn yang bagi aku memang sedap.Kombinasi udang dan wasabi tu memang membuka selera membuatkan aku yang banyak habiskan berbanding yang lain.Selain dari Wasabi Prawn ni,korang boleh juga try Oatmeal Prawn.

BROCOLLI WITH BLACK MUSHROOM

Aku memang suka kalau brokoli masak dengan black mushroom ni.Memang rasa sedap sangat.Menu lain untuk sayuran ni banyak, so korang boleh jugak pilih yang lain jika korang tak minat makan brokoli dengan black mushroom ni.

CHAMPOR AND TEA SMOCKED DUCK

Bagi mereka yang sukakan itik, jangan risau ye kerana di Qing Palace ni memang ada sediakan menu itik ni.Korang boleh cuba makan Champor and tea smocked duck ni.Disediakan juga roti mantao ni untuk dimakan bersama itik tu.

GENERAL T’ZO CHICKEN

Ayam yang rasa manis-manis dengan sosnya yang lain dari yang lain, memang sedap dan pastinya ia menjadi salah satu menu wajib yang patut korang pilih bila makan kat sini.Sedap tau.Kalau ikut hati nak order lagi.Tapi disebabkan perut ni dah full, jadi next time jelah kita order lagi.

 

FRICE RICE WITH SALTED FISH

Nampak macam biasa je kan nasi goreng ni, tapi seriously memang sedap.

INDONESIAN STYLE CURRY FISH

Seriously aku memang recommend sangat korang untuk cuba menu ni ye..Wajib cuba untuk merasai kelainan menu dari tempat lain.Tak pernah lagi la tengok menu macam ni.Ikan siakap goreng, lepas tu dicurah dengan Kari Indonesia style yang bagi aku sangat unik..Sedap yakmat tau.

CUTTLEFISH WITH SPECIAL SAUCE

Antara menu yang kami tambah pada malam tu.Memang sedap sangat sotong yang digoreng dengan sos special.

BUTTER PRAWN

Wajib ada untuk setiap menu seperti butter prawn ni sebab anak-anak paling suka dan mudah untuk makan butter prawn ni.

Setiap hidangan rasa tak lengkap bila takde pemanis mulutkan.So, untuk pemanis mulut pada malam tu korang boleh tengok di bawah ni

HONEY DEW WITH SAGO

Pencuci mulut yang ni memang best.Dapat pulak makan sejuk-sejuk kan.Memang nikmatnya tak boleh nak diungkapkan.Selain tu ada juga pencuci mulut lain yang kami order tau.

MANGO PUDDING

Disebabkan aku suka dengan mangga, so aku order mango pudding ni untuk sejukkan tekak.Kira last penutup makanan yang aku makan malam tu.Memang sedap sangat.

Untuk korang yang ingin merasai signature dish yang sedap ni, boleh la datang ke Qing Palace Pulai Springs ni.Untuk Promosi EAT ALL YOU CAN ni, korang boleh makan apa sahaja yang korang nak dengan satu pakej  pembelian.Syaratnya tak boleh bungkus bawak balik la kan..hehehehe…

“Eat All You Can” Promotion

Adult : RM65.00 per person

Child : RM32.50 per person( 3-11 years)

(Price inclusive of 6% service tax)

Terms  and Conditions:

Promotion available for lunch (12pm-2.30pm)

Dinner (6.30pm- 10.30pm)

Minimum 4 persona required

Not Applicable with other discounts and promotions

Other terms and conditions apply

Address

Qing Palace Chinese Restaurant

Pulai Spring Resort

20Km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai,

Johor

Tel :

+607 521 2121

Fax :

+607 521 1818

Email 

enquiry@pulaisprings.com

Website

http://www.pulaisprings.com/

Facebook

http://www.facebook.com/PulaiSprings

Instagram

http://www.instagram.com/pulaispringsresortjb

MAPS

                                                                   

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *