CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER selamat digunakan oleh kanak-kanak dan ia memberikan haruman pada rambut sepanjang hari.Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster ni keluaran baru Carrie Junior tau.Ia dirumus khas bagi menghilangkan bau rambut yang tidak menyenangkan secara berkesan,tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala.Dengan aroma buah-buaha yang berkekalan selama 24 jam ni,kanak-kanak akan kekar segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain.CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni diperkaya dengan Minyak zaitun dan ia dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.Jadi takdelah umi asyik bergaduh je nak sikat rambut kakak yang lebat tu.
Happy je muka budak berdua ni masa umi bawak balik CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER ni.Apa lagi dapat bag yang cantik tu.Nasib baik tak berebut sebab kakak memang sukakan purple.Bila beg tu lain dari warna purple,memang dia tak kisah.So adiklah yang empunya beg biru tu.Masa tu jugaklah cakap rambut kakak bau busuk.Dia pun tak sabarlah tu nak guna shampoo Odour Buster ni.
Masing-masing nak show off bila depan kamera
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER dihadirkan dalam aroma Perky Peach Fruit Burst yang menyenangkan serta mempunyai PH seimbang,lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.Carrier Junior kids Shampoo Odour Buster ni bleh didapati dalam dua size iaitu pek 280g yang dijual pada harga Rm10.10 di semenanjung Malaysia dan RM10.60 di sabah & Sarawak.Mananaka CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70 di Semenanjung Malaysia dan RM21.70 di Sabah & Sarawak.(*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan)
Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit,pasaraya,pasaraya besar dan farmasi utama seluruh Negara
Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh
namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari.
Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si
manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu
mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni
membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah
semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu
menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja.
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan
anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa
berbau segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan
lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior
termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby
Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari
kanak-kanak.
Heheheeh aku pun suka, baru semalam beli bedaknya, yang lama dah habis hehehe..nak tido suka pakai, melekat bau sampai pagi..
ReplyDeletekat rumah abg adam mmg pkai ni. head to toe terus senang.
ReplyDeletegulai keli + daun kesum tu memang sedap. try lah masak nanti ;)
bukannnn budak2 je yang suka , kita yang doploh tujuh tahun ni ponn sukaa betull carrie junior ni..kihkihkih..nak ngecek sket lah dekat anak jiran kita..hehhehe..
ReplyDelete