BAGAIMANA NAK GALAKKAN ANAK BERIADAH | Sejak ada kes HMDF ni,memang jarang aku bawa Naura untuk keluar beriadah.Kadang-kadang tu,bawa pergi kedai pun dia dah happy dah.Janji keluar dari rumah.Walaupun musim-musim HMDF ni,kita kena fikir jugak tempat riadah yang perlu kita bawak selain dari taman permainan.Kat rumah pun masih lagi kita boleh beriadah dengan dia.
Cuma pada ibu yang bekerja macam aku ni,dapat beriadah di luar pun hanya pada hujung minggu.Itu pun kalau cuaca baik.Kalau tak,terpaksalah mereput kat rumah.Tapi orang kata,janji kita dapat luangkan masa dengan mereka itu pun dah bersyukur.Buatlah apa sahaja,janji dengan dia.Aku taknak dia terlalu tertumpu pada gadget dan TV.Sebab tu aku banyak belikan dia mainan dan juga buku mewarna untuk dia.Bukan sahaja buku warna,malah buku untuk di baca.Memang Naura belum lagi pandai untuk membaca,apa yang penting ,aku belikan dia buku bergambar.Kalau rajin kang,aku bacakan untuk dia.Dia suka,tapi biasalah,kanak-kanak ni memang suka bertanya.walau kadang kala pertanyaan tu masih di ulang banyak kali,kenalah bersabar.Paling tinggi tau kesabaran nak jawab soalan dari mereka.Aku ada ceritakan tentang kegilaan kanak-kanak pada gagdet dan tips ibubapa kena buat bila benarkan anak bermain gadget.
Kalau bab mainan pun,dah macam-macam dibeli,tapi tulah,mainan tu rasa tak sampai beberapa hari,dah hilang dan ada yang cabut sana sini.Sebab tu aku ada belikan dia jugak Playground slide ni untuk dia.Aku ada ceritakan juga di entry Playground slide untuk Naura.Kalau beli barang-barang macam ni,aku akan tengok,apa kebaikkannya untuk Naura.Yelah,kalau benda tak berfaedah,buat apa nak belikan.Dari membazir macam tu,baik belikan makanan.
Tapi aku ada jugak membazir dalam membeli buku dan pensil warna untuk dia.Dua barang tu,entah berapa banyak aku dah habiskan.Bukan apa,semua tu sebab aku nak pupuk dia untuk sukakan buku dan juga membiasakan dia untuk memegang pensil.Tapi takdelah aku beli buku dan pensil warna yang mahal.Kalau takat kat DIY dan ECO tu,berapa sangat harganya.Sebab tu aku tak kisah kalau dia menconteng kat buku tu..hehehe
Oh ya,Berbalik kepada topik pasal riadah ni,ada juga terbaca di blog siraplimau mengenai apa yang ibu bapa perlu buat untuk galakkan anak-anak beriadah.Ada beberapa tips untuk galakkan anak beriadah,tetapi semuanya perlu ada kemahuan dari kita juga.Sebabnya kita adalah perangsang utama untuk mereka lakukan aktiviti-aktiviti ini.Kalau kita tak rajin untuk mendorong mereka,maka mereka akan memilih untuk bermain.Lagi tak best,gagdet menjadi salah satu tempat yang mereka paling suka untuk habiskan masa.So,jom kita lihat senarai di bawah ni
Nak jadi Ultraman Taro gaknya
BAGAIMANA NAK GALAKKAN ANAK BERIADAH
1.RIADAH BERSAMA
Anak-anak akan mengikut apa sahaja perbuatan ibu bapa,so kita sebagai ibu bapa kenalah lakukan jugak dengan membawa mereka ke pusat riadah dan lakukan aktiviti bersama-sama.Banyak je tempat beriadah di sekeliling kita.Cuma ambil sedikit masa cuti kita untuk beriadah bersama mereka.Lakukan sekerap mungkin dan jadikan ia sebagai aktiviti wajib keluarga.Anak sihat,kita pun sihat jugak.
2.BELIKAN PERALATAN
Beli peralatan digital seperti Pedometer untuk seisi keluarga.Mereka akan suka gajet ini dan akan bersaing secara sihat untuk mendapatkan result riaah yang dilakukan seperti berjalan yang paling banyak.Di luar sana banyak je jual Pedometer yang mampu milik.
3.PILIH TEMPAT RIADAH YANG BANYAK KANAK-KANAK
Bila kita pilih tempat riadah yang banyak kanak-kanak,secara tak langsung,mereka dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru.Mereka akan lebih seronok dan mampu menggalakkan mereka untuk lebih kerap ke tempat sama pada masa akan datang untuk melakukan aktiviti bersama kawan sepermainan mereka.
4.DAFTAR ANAK KE KELAS KEMAHIRAN
Ibu bapa kena galakkan anak untuk menyertai aktiviti yang memerlukan banyak pergerakkan seperti kelas tarian,Yoga,Zumba ataupun taekwando.
5.LAKUKAN AKTIVITI SPONTAN
Ajak mereka bermain di halaman rumah atau membantu kita untuk berkebun ataupun menemani kita untuk membeli barang apabila kita melihat anak leka dengan mainan.
6.KERAP BERI GALAKAN
Jika anak kita memberontak kerana melakukan aktiviti ini dengan terpaksa,kita tak perlu marah atau menjerit pada mereka,tetapi galakkan mereka supaya lebih bersemangat untuk melakukan riadah.
7.PELBAGAIKAN AKTIVITI
Sebagai Ibu bapa kita harus mengelakkan aktiviti yang sama pada anak supaya mereka tidak bosan.Sebab sifat anak ni,mereka akan cepat bosan,Sebab tu lah ibu bapa kena cari idea² yang boleh membuatkan anak beraktiviti.Lagi bagus jika ada rotation setiap aktiviti yang mereka buat tu.
Anak-anak zaman sekarang ni membesar dengan pelbagai jenis cabaran,kita sebagai ibu bapa yang membesarkan mereka juga mempunyai cabaran yang kuat dengan dunia teknologi yang makin canggih.Kena banyakkan membaca ilmu parenting.Selain tu aku adalah join Homeschooling untuk memberikan aktiviti kepada Naura dan kakak.
betul betulll..memang selalu kena ajak anak2 beriadah kann... baru lahh diorang aktif dan cergas...
ReplyDeletetq akak tips.. bleh apply anak dah besar nanti :)
ReplyDeletedorang lagi seronok beriadah kat luar kan.
ReplyDeletetips yang sangat bermanfast untuk semua.
ReplyDeleteJanji Kita