Assalamualaikum
1st Anniversary Nelayan By The Coast Tunamaya Beach & SPA Resort | Ini kali kedua aku makan di Nelayan Seafood By The Coast.Kali pertama,aku dengan Blogger-blogger meneroka Johor Bahru anjuran Tourism Johor.Korang boleh Baca entry Kembara Blogger Johor Part 8 Tunamaya.Tak sangka mereka dah pun setahun berada disini.Dan apa yang penting keenakkan Seafood masih tidak berubah. Sebab tu Nelayan Seafood By The Coast salah satu tempat makan seafood sedap di Kota Tinggi ni. Disini juga adalah tempat yang mesti korang terjah bila korang teringin nak makan seafood yang sedap.Very Recommended.
Hari tu aku berkesempatan untuk menghadiri Media Tasting di Nelayan Seafood By The Coast ni sempena Ulang tahun mereka yang pertama dengan #Nelayanseafood8818. Untuk menu sempena Ulangtahun mereka,mereka menyajikan hidangan istimewa untuk mereka yang berkunjung ke sini.Sajian ni pasti memberikan satu pengalaman yang akan korang kena sampai bila-bila.Nelayan Seafood adalah tempat makanan seafood yang sedap di Kota Tinggi ni tau.Sambil menghirup udara pantai,korang boleh menikmati sajian yang sedap ini disana.
Ok,Jom kita tengok Menu yang disediakan disini.Yang pastinya semua makanan yang disediakan tidak mengecewakan tetamu yang datang berkunjung disini. Ketua Chef di sini menyajikan hidangan yang boleh dinikmati oleh semua jenis lapisan masyarakat.Seafood yang disediakan juga sangat Fresh dan tak rugi berbelanja makan disini.
Chef Fatt dan menu masakkannya.
So,kita scroll makanan di bawah ni ye.Harap korang tabah melihat menu-menu yang sedap ni.Sebelum tu kami diberikan minuman penyejuk tekak iaitu air kelapa.Memang segar.
MERDEKA PLATTER
Hidangan yang pertama disajikan untuk kami adalah Deluxe Combination Platter.Sempena Hari Kemerdekaan ni,mereka menyediakan Deluxe Combination Platter ni dengan nama MERDEKA PLATTER.Boleh dikatakan,menu yang terdapat di dalam DELUXE COMBINATION PLATTER ni semua sedap-sedap belaka tau.Nanti aku bagitahu berapa harga untuk Merdeka Platter ni.
BARISED SEAFOOD SOUP WITH BEANCURD CUBE
Hidangan keduanya pulak adalah Barised Seafood Soup With Beancurd Cube.Kali pertama nampak ni,ingatkan sup sarang burung,tetapi sangkaanku meleset.Rasa seafood seperti sotong di dalamnya dah membuatkan Soup ni sangat sedap.Rasa segar seafood yang ada di dalamnya juga sangat sedap.
HONG KONG STYLED STEAMED RED SNAPPER
Hidangan ini pula pastinya menjadi kesukaan ramai.Di masak dengan cara Hongkong pastinya korang akan puas hati .Ikan yang segar di masak dengan cara steam ni,memang sedaplah kan.Uih..yang menulis ni rasa nak menjejes air liur.Rasa nak pi repeat lagi je ni.
BOSTORN LOBSTER WITH CEREAL
Kalau kat kedai biasa,jarang sangat kan Lobster ni masak macam ni.Tapi di sini,Cheff memasak Lobster dengan Cereal yang pastinya memberikan rasa yang rangup dan sedap.Tak perlu cari nasi,Makan macam tu pun dah pastinya sedap.
BROCOLI WITH MUSHROOM
Kalau ikut plan,sepatutnya Chef menyajikan kami Asparagus,tetapi disebabkan Asparagus yang diterima tidak begitu segar,Maka chef menyajikan Brocoli with Mushroom.So bagi aku,menu ni pun dah membuka selera tau.
CRISPY ROASTED CHICKEN
Selepas itu kami disajikan dengan Crispy Roasted Chicken ni.Memang sedap dan lagi sedap aku makan dengan menu seterusnya di bawah ni.Baru ngam...hehehe
LOTUS LEAF RICE
Hanya ada di Nelayan Seafood By The Coast.Takkan jumpa di tempat lain menu Lotus Leaf Rice ilham dari Chef kita ni.Sebetulnya,aku sedikit pelik masa menu ni sampai.Memang tak pernah lagi merasa menu seperti ini.So,menu yang paling wajib korang rasa.Lain dari yang lain tau.
Menu pencuci mulut juga disediakan.
Longan Sea Coconut ni memang mampu menyejukkan tekak.Disajikan juga dengan
Premium Chinese Tea.
LONGAN SEA COCONUT
So,korang dah tengok kan antara menu yang dihidangkan sempena 1st Anniversary mereka kan.Untuk korang yang nak rasa keenakkan Seafood dari Nelayan Seafood By the Coast,ada harga menarik yang korang boleh dapati sementara Promosi dari 1 Ogos sehingga 30 September 2018
HARGA
1 Set Hidangan Seafood untuk 10 orang
RM758++
MERDEKA PLATTER SET
RM61
NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST
(No Pork, No Lard)
Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast
Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
WAKTU PERNIAGAAN
Setiap hari
11.30 pagi - 10.00 malam
TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT
+607-88338888
info.dtbsr@careluxuryhotels.com
WEBSITE
www.careluxuryhotels.com/tunamaya-desaru/
MAPS
HAPPY ANNIVERSARY NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Woww! Semua nampak yummy especially Bostorn Lobster 🤤
ReplyDeleteyupp..sedap sangat tau
Deleteya Allah nak nangis tgk makanannyaaaa!! >.<
ReplyDeletekena pergi sinilah nampaknya
Deleteallahu,,, sedap nya tengok gambar pun rasa berseleraaa nak makan ni..
ReplyDeletememang puashati seafood kat sini
Deletenampak sedap semuanya
ReplyDeletesedap sangat cik ash
DeleteHidangan yang ditawarkan disini semuanya nampk sedap dan menyelerakan. Lokasi pun agak strayegik. Datang johor bolehlah singgah
ReplyDeletememang recommended sini..sambil makan sambil tengok laut
DeleteUntung nyer dpt g even makan2 :-)
ReplyDeleteOhsem. Platter & lobster tu tarik perhatian aida tau.
Kota tinggi aida pernah g sekali aje.
Ada family day d desaru. Berjalan ke kota tinggi skali :-)
alhamdulillah rezeki Aida,nanti datang sini,boleh la jalan2 lagi
DeleteAlaaaaaaa...x leh tahan wooo...semua nya sedap2..kalau pi Johor bleh la bawak SA ke sini...SA dah la pencinta seafood...
ReplyDeletehah...nanti kalau datang roger2 eh kita
DeleteSemua hidangan nampak menarik sangat. And fresh! Masyuk tu dapat makan lobster
ReplyDeletesedap lobster tu tau fadzi
DeleteBaca post ni masa time perut lapar. Memang sakit hati je tengok gambar seafood sedap sedap depan mata. Boleh la try tempat ni nanti.
ReplyDeletehahaha...adoii..nampaknya kena datang sini kan
DeleteNelayan seafood hidangan Chinese food dia nampak sedap. Nasib baik jauh kalau johor ngan KL cuma 1jam perjalanan dah pergi dah mkn kat sana
ReplyDeletemana tau nanti ke sini,boleh la rasa seafood dari Nelayan ni
DeleteCrispy roasted chick ? Wow one of my fav food ever. Semua makanan nampak sedap.
ReplyDeleteyes..you should try
DeleteMakanan dekat situ nampak sangat sedap dan lazat... terliur tengok.. next time bolehlah pergi Nelayan seafood nih
ReplyDeletenampak pun dah sedap,makan lagi sedap tau
Deletesemua nampak sedap..tapi jauh untuk kita..huhu..murah pun murah..tertelan air liur tengok maknn ni..terus rasa lapar
ReplyDeletehahah..Nad kena datang sini nampaknya
DeleteBostorn loster tu memanggil sangat! Nampak sedap..ni kalau ke Kota Tinggi, bolehlah kami singgah di sini
ReplyDeleteyup,nanti kalau ke Kota Tinggi,singgah ye
DeleteBanyak menu makanan.semua nampak sedap sedap.anyway hapoy 1st anniversary..
ReplyDeletehaah mimi,banyak lagi menu seafood yang lain.boleh try
DeleteSekejap je pejam celik dah 1 tahun hidup bersama sama kan. Semoga keberkatan dan keserasian terbina dengan usia perkahwinan yang bertambah.
ReplyDeletehahha..mesti baca tajuk je...ni anniversary untuk Nelayan seafood by the coast dear
DeleteOhoo dah 1 tahun buka restoran, terbaik lah. Semoga perniagaan makin maju dan makin banyak untung. Boleh buka cawangan dan bayar zakat lebih
ReplyDeletehahaha..betul tu..
DeleteBoleh singgah makan kat sini kalau pergi johor. Ibu memang suka sangat makan makanan laut. Nyum nyum
ReplyDeleteboleh ibu,nanti singgah ye
Deletesiapa je yang tak suka seafood. makanan kat atas tu nampak sedap tambahan pulak dimasak oleh chef yang berpengalaman. bertambah tambah sedap!
ReplyDeletebetul tu nik,lagipun seafood yang disediakan memang fresh
DeleteAllahu..baru hari tu cko kt husband lama x mkn chinese set mcm ni..rindu nak makan..dah pulak ada yg update..alamakkkkk
ReplyDeletehah...nampaknya kena mencari la seafood ni kan
DeleteHappy Anniversary Nelayan Seafood tempat makan seafood di kota tinggi. Nerharap sih suati hari nanti Abby juga bisa menikmati sajian makanan sedap di Nelayan Seafood.
ReplyDeleteya,insyallah abby...
Delete